Tahniah diucapkan kepada blogger Farah Lee, isteri kepada personaliti terkenal TV3 Ally Iskandar yang telah selamat melahirkan anak sulong perempuan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor pada 7 Ogos 2014 sekitar jam 9.00 malam.

Berita kelahiran anak perempuan sulong pasangan bahagia ini telah dimaklumkan sendiri oleh pasangan terbabit di laman sosial milik masing-masing.

Blogger Farah Lee Lahirkan Anak Perempuan

Blogger Farah Lee Lahirkan Anak Perempuan
Buat masa ini, tiada lagi gambar anak sulong perempuan yang dirakamkan, cuma ada satu gambar yang membuktikan kelahiran anak sulong perempuan pasangan ini ada dikongsikan di facebook Farah Lee.



Mungkin ada yang tidak tahu, Farah Lee sebelum ini pernah mengandung tetapi telah keguguran sekitar tahun 2013. Rezeki buat pasangan ini, alhamdulillah, 2014 satu permulaan serba baru buat mereka berdua, dan 7 Ogos 2014 merupakan detik bersejarah yang in Sha Allah akan diingati sehingga akhir hayat.


“Significant 2 on 200112. Ulangtahun ke-2 ‘Aku Terima Nikahnya’ and we celebrate this year anniversary together with 12 weeks old lil caliph in my bump. Our 2nd baby after my miscarriage on 150413 of 7 weeks old lil boo. Feeling blessed with all those ‘gula’ and ‘garam’ during these 2 blissful years alhamdulillah,” dipetik dari akaun Facebook milik Farah Lee.

Bercinta Selepas Nikah

Anda mungkin hairan seandainya saya katakan bahawa pasangan ini walaupun sudah 3 tahun berkahwin, masih lagi dalam proses saling mengenali. Percaya atau tidak, saya katakan bahawa Ally Iskandar sendiri masih dalam proses mengenali isterinya setelah selama ini sering berjauhan memandangkan Farah Lee ketika mereka mengikat tali pernikahan masih lagi belajar di Korea Selatan.
Ally dan Farah Lee bernikah pada 20 Januari 2012 dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.

Bagi saya, perkahwinan mereka berdua diibaratkan bercinta selepas kahwin, dan in Sha Allah, kelahiran anak perempuan sulong ini bakal mengikat kukuh tali cinta antara mereka berdua.

Sekali lagi, tahniah saya ucapkan kepada Farah Lee, antara blogger kesukaan ramai di Malaysia kerana telah selamat melahirkan bayi perempuan yang masih lagi belum bernama (ketika entri ini ditulis) bersama Ally Iskandar yang nampaknya masih kekal muda kacak seperti biasa.

Harap nanti baby baru ini akan diberikan nama cukup indah dan penuh makna buat kedua pasangan ibu dan bapa muda ini.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tahnia ally pengacara Malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. bakat ally dalam pengacaraan amat terbaik! tahniah pada anda berdua ya :-) - kedaionlinemy.com

      Padam
  2. Tahniah buat Ally dan Farah Lee..

    BalasPadam
  3. tahniah..mesti comel anak mereka kan..

    BalasPadam
  4. Tahniah buat Farah Lee dan Ally Iskandar dikurniakan cahaya mata.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.
    Feeling happy for them too.

    BalasPadam
  6. tahniah.... boleh bayangkan muka baby yang sangat comel :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement