Blogger 'Jual' Gambar Bogel Neelofa? Dek kerana mahu dapatkan trafik, dan seterusnya income menerusi blog, ada blogger yang sanggup 'jual' gambar yang didakwa gambar selebriti terkenal Neelofa tanpa pakaian, atau dengan kata lain gambar Neelofa berbogel. Nyata, teknik dan taktik jahat ini dikesali, apatah lagi apabila ia telah dikesan dan dihidu oleh pemilik gambar tersebut, yang merupakan rakan kepada rakan blogger saya seorang fotografer.

Agak salah sebenarnya, apatah lagi tajuk dibuat boleh mendatangkan fitnah.

Saya mungkin pernah kongsikan untuk membuat tajuk yang memikat dan mengumpan, tetapi tidak dengan cara sebegini yang nyata salah. Lebih-lebih lagi menggunakan gambar orang lain, dan membuat satu 'kenyataan' yang tidak pernah berlaku, yang jika dilihat seperti satu kenyataan fitnah melampau!
Gambar Neelofa

Blogger 'Jual' Gambar Tanpa Pakaian Neelofa?

Rakan blogger saya, +reez chenta (cinta?) ada berkongsikan cerita dan kisah ini dalam entri Blogger Bodoh Rajin Fitnah yang ada ditunjukkan gambar yang didakwa gambar tanpa pakaian selebriti cantik Neelofa.

Betul kata rakan blogger saya ini;
"memang ni dah buta tuli dah! Itu je selayaknya aku gelarkan blogger yang buat cerita fitnah begini demi mengimpikan duit dari blog yang mana apabila visitor masuk je blog depa, akan keluarlah popup yang dah macam ‘porn site’ tu. Yer..Porn Site..dan blogger ni bukannya blogger, tetapi adalah pengusaha Porn Site versi Malaysia disebabkan penyebaran fitnah yang dibuat tu memang amatlah menjatuhkan maruah blogger-blogger kat Malaysia ni" - Mohd Fairiz

Aduhai, terasa bersalah pula bila saya pernah kongsikan cara dan tutorial untuk buat iklan pop up dalam blogspot. Harap janganlah blogger yang dianggap sebagai blogger porn site oleh rakan blogger saya dari Ipoh ini ambil ilmu iklan popup dari blog saya ini. Aduh .. aduh. Mohon dijauhkan.

Saya berkongsi tips dan tutorial blogspot adalah untuk tujuan kebaikan dan manfaat bersama; bukan sebab cara untuk dapat duit mudah dengan blogger 'jual' gambar bogel seperti ini; yang sememangnya dalam kes selebriti Neelofa yang telah berhijrah ini; adalah satu fitnah. Fitnah baik kepada yang tukang ambil gambar, mahupun pada diri Neelofa sendiri yang sudah pun berhijab.
Foto Terbaru Neelofa Berhijab 2014
Blog-blog yang sudah jadi seperti laman porno ini seharusnya dibentes dan dikekang untuk terima pelawat. Jika boleh, sesiapa jua yang terjumpa blog-blog sebegini, sila cepat laporkan kepada pihak berwajib, atau setidaknya lakukan sesuatu menerusi dunia blog Malaysia agar blogger-blogger seperti ini tidak diberikan tempat dalam dunia blog Malaysia.

Bukan dengki khianat blog itu dapat ramai pengunjung dan trafik. Apatah lagi dengkikan duit income dari blog yang menambun diperoleh; tetapi adalah penting supaya memastikan blogger Malaysia dihormati, bukan setakat di Malaysia, tetapi juga di dunia.

Anda mungkin tidak tahu, blogger Malaysia antara pengguna paling aktif sama seperti pengguna di Facebook.

p.s: Saya gunakan perkataan jual dalam tajuk entri ini kerana blogger tersebut menggunakan modal gambar Neelofa untuk dapatkan iklan diklik dalam blognya.


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement