Blogger Terkenal Jujur Tak Hadir Ke Kuliah. Jujur betul blogger terkenal ini berikan alasan kerana tidak hadir ke kuliah. Sesunguhnya tiada cacat celanya menjadi seorang yang jujur. Jujur itu lebih baik untuk kehidupan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Saya tertarik ingin berkongsi sekeping surat alasan yang ditulis oleh seorang blogger terkenal, iaitu +Ammar Yasir. Sebuah surat yang menyatakan sebenar-benar alasan mengapa tidak dapat hadir ke kuliah.
Blogger Terkenal Jujur Tak Hadir Ke Kuliah

Ada setengah orang mahasiswa tentunya sering reka cipta alasan yang sebenarnya tidak wujud hanya untuk menjadikan mereka sebagai pelajar yang patut dicontohi, walhal apa yang dibuat adalah suatu perbuatan yang salah.


Saya pernah juga menulis surat alasan seperti ini untuk anak saya. Memang terang-terang saya nyatakan anak saya tidak ke sekolah kerana mengikuti ibubapa bercuti (wife saya yang cuti, saya memang cuti lama dah .. hehehe). Tak guna nak sembunyi cerita sebenar, sebab nanti lambat laun diketahui juga. Daripada dicap dan dicop pembohong dan penipu, adalah lebih baik awal-awal beritahu perkara yang sebenar-benarnya.

Anda tahu tak apa reaksi cikgu anak saya bila dapat surat menyatakan alasan untuk diberikan cuti kepada anak saya?

Cikgu anak saya siap beritahu; "Kenapa beri surat ini sebelum bercuti, lepas balik cuti, barulah bagi .."

Nak gelak pun ada. Alasan yang penuh jujur diberikan jawapan yang jujur juga.

Bab kerja, jika fikir tak dapat nak hadir ke tempat kerja; beritahu sahaja perkara sebenar. Betul ni ... sebab saya pernah SMS dan buat surat ke boss saya satu ketika dahulu, mengatakan saya tidak dapat hadir ke tempat kerja sebab ketinggalan bas, dan bas yang seterusnya saya perlu naik masanya sudah buat punch-card saya jadi merah, dan buat saya tidak produktif di tempat kerja.

Mengejutkan, boss saya terima alasan tersebut!


17 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Replies
    1. Yeap, sesuatu yang patut dicontohi ni ... tak gitu?

      Delete
  2. hikhik! siap boh item no.3 nak kuatkan alasan dia :P

    ReplyDelete
  3. elok lah. tu alasan yang menjadi pilihan ramai tu...

    ReplyDelete
  4. bos yang pernah mengalami lebih faham kot, tu yang terima...heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama pernah jadi org bawah, jadi bos tentu faham ...:)

      Delete
  5. Assalamualaikum,
    zaman IT ni, pensyarah boleh check ke FB pelajar untuk tengok betul ke tak. Ramai juga pelajar yang kantoi; bagi tahu pensyarah tak sihat untuk ke kuliah tetapi letak status di FB pergi tengok wayang dengan awek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm tak sama dengan zaman saya, yang memestikan tulis surat tunjuk sebab kenapa tidak hadir, kalau tak merit kena potong ooo ... walaupun time tu belum pun diambil kira .. :P

      Delete
  6. walaupun alasan tu nmpk simple/kelakar/bodoh, yg pntg adalah kejujuran... Pembohongan akan buat org lain susah lg nk percaya kat kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Lebih baik cakap benar daripada bohong ntah apa2 ...

      Delete
  7. Bukan semua bos dan lecturer boleh terima alasan even kita jujur. Dan kadangkala dalam situasi bekerja pula, bos ok. Org kanan pula cucuk2 bos agar marah dan ada yg perli2 lagi atau lebih sudu dr kuah marah yg tak hadir atas masalah2 tak dpt dielakkan.
    Macam2...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement