Siapa tahu cara nak ambil gambar kentut? Tetiba sahaja nak tanya soalan ini. Saya cuba dapatkan reaksi dan input dari rakan blogger untuk sembang blogger sesaja nak tahu samada boleh atau tidak ambil gambar kentut.

Kenapa tetiba sahaja nak cerita pasal kentut?

Kentut. Ada yang senyap tapi berbau perghh menusuk hidung, bakal teringat sepanjang minggu punyalah.

Kentut. Ada yang bunyi gegar serumah, tanpa bau. Kejap je jadi porak-peranda, tetapi lepas itu tidak lagi dipedulikan. Tidak diingati dan mudah dilupai.

Kentut. Berbunyi dan ada bau tengit. Jarang berlaku. Tetapi jika berlaku, memang impak sampai semua orang akan dok kata.
Cara Ambil Gambar Kentut

Cara Ambil Gambar Kentut

Tidak ada lagi rasanya teknik untuk ambil gambar kentut. Tapi ada rakan blogger yang kongsikan mengenai cara yang mungkin boleh guna untuk ambil gambar kentut. Ada yang beritahu saya, nak ambil gambar kentut, kena ada api. Mengapa api? Sebab kentut adalah merupakan bahan buangan dari badan disebabkan gas yang dijana akibat tindak-balas kimia dalam perut terhadap makanan yang dicernakan. Gas ini boleh terbakar jika terkena api. Itu kata dialah.

Ada yang kata, nak ambil gambar kentut gunakan serbuk atau tepung. Sebabnya ialah kentut juga adalah angin keluar dari badan. Bila keluar, dengan cara khas bolehlah ambil gambar kentut menggunakan serbuk atau tepung.

Satu lagi cara yang mungkin berjaya ialah dengan ambil gambar kentut di dalam air. Ini adalah kerana sifatnya iaitu gas, kemungkinan besar gambar kentut boleh diambil disebabkan adanya gelembung udara yang terhasil.
Cara Ambil Gambar Kentut
Mungkin ramai tak tahu, dalam teknik ambil gambar yang bagus; anda perlu kentut atau fart terlebih dahulu. Teknik fart memang diguna-pakai untuk hasil serta dapatkan gambar foto terbaik berkualiti.

Teknik Kentut Dalam Fotografi

Teknik kentut atau Fart yang saya maksudkan dalam bidang fotografi ialah F (Feel), A (Ask), R (Refine) dan T (Take). Anda boleh Google sendiri teknik Fart ini untuk mengetahui apa maksud Feel, Ask, Refine dan Take dalam bidang fotografi.

Kentut dalam teknik blogging pun ada. Nanti saya ceritakan kemudian. Tentu anda nak tahu apa benda teknik kentut dalam dunia blog ini. Tapi jika awal tadi anda faham serba sedikit mengenai jenis kentut yang ada, mungkin anda boleh fikir sendiri.

Kentut yang berbau busuk adalah disebabkan oleh kandungan hidrogen sulfida dan merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Seandainya anda makan makanan yang banyak kandungan sulfur seperti telur dan daging, makin banyak sulfida dan merkaptan akan terhasil. Maka, bau kentut akan sangat busuk.

Manakala kentut yang berbunyi kuat disebabkan kecepatan gas itu dikeluarkan. Bab ni, anda boleh bayangkan sendiri .. hahaha.. adeh. Kentut berbunyi kuat biasanya berlaku bila banyak pengambilan makanan berjenis kekacang.

Teknik Kentut Dalam Blog Post?

Ok, jangan lupa baca soal kentut dan kaitannya dengan teknik menghasilkan entri atau blog post terbaik dalam blog. Jika guna teknik kentut yang betul, boleh semarakkan trafik ke blog seperti api yang marak menyala .. hahahaa...
Cara Ambil Gambar Kentut


15 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. speechless tetiba...hihih...boss baru je melepaskan angin dlm bilik ni sambil berlalu keluar dari dalam bilik nie..hampeh betul...

    ReplyDelete
  2. ok membaca entri ni sambil tersenyum sendiri...hik hik hik...

    ReplyDelete
  3. boleh mintak Ghost Rider kentut berapi lepas ni :)

    ReplyDelete
  4. blom pernah lagi terfikir nak ambil gambar kentut...haha..

    Tips Mudah Hamil

    ReplyDelete
  5. Ya Allah...lawaknya lahhai...
    Teknik ni pun ada rupanya dlm berblogging? Kelakarnyaaaa... :D :D :D

    Sifu, kenapa perkataan pengiklanan kat atas ruang komen ni tak link kepada entri pengiklanan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm saya tak pasti kenapa dah tidak boleh. Mungkin template baru ni tak benarkan, jjadi saya dah buang.

      Delete
  6. pernah tengok dalam video, samada video tu special atau tipu tak pasti pulak.

    ReplyDelete
  7. Ada juga ya orang ambil gambar kentut... semua yang disarankan nampak tidak logiklah.... moga ada cara lain lagi yang lebih berkesan.

    ReplyDelete
  8. Nampak powerlah tengok template baru tuan HH. Moga power SEO nya lebih daripada yg terdahulu...

    ReplyDelete
  9. Hahah.. tetiba teringat nabil rajalwak yang potong kentut

    ReplyDelete
  10. kentut yg senyap xde bunyi tu bahaya..tau2 bau dah naik je..wakaka

    ReplyDelete
  11. Takde keje lain dah org putih ni...kentut pun layannnn...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement