Ada blogger yang tidak berapa nak faham bagaimana nak jana income blog menerusi Advertorial.MY yang telah saya promosikan beberapa post yang lalu. Pada yang tak tahu, menerusi Advertorial.MY, blogger baru mahupun lama ada peluang untuk jana income menerusi penulisan blog atau entri berbentuk review. Income menerusi review ini boleh cecah RM300 - RM500 seminggu mahupun sehari jika kena teknik dan cara.

Menerusi Advertorial.MY, blogger yang mahu sediakan servis penulisan berbentuk advertorial bolehlah meletakkan blog mereka di dalam senarai blogger atau blog. Kemudian, pihak Advertorial.MY akan cuba mencari dan mendapatkan seberapa banyak pengiklan yang mahukan dapatkan pengiklanan berbentuk advertorial. Jika ada pengiklan berminat, maka pihak pengiklan akan hubungi blogger tersebut untuk dapatkan sebutharga bagi servis yang disediakan.

Cara Jana Income Blog Menerusi Advertorial.MY

Ok. Mungkin ada yang tidak tahu apakah itu advertorial. Advertorial berasal dari dua perkataan iaitu Advertisement dan Editorial. Ia bermaksud anda menulis satu blog post berbentuk review samada produk, servis, jenama di dalam blog anda. Anda akan dibayar setiap penulisan ini. Selalunya blogger Malaysia yang sudah punyai nama dan kekuatan sendiri dalam dunia online akan tetapkan harga sekitar RM100-RM500 satu-satu post. Malah ada juga blogger yang dibayar sehingga RM1000 - RM3000 untuk satu post.

Post advertorial kebiasaannya kekal di dalam blog, selagi blog itu hidup dan URL blog boleh diakses. Ada juga blogger yang tetapkan jangkamasa tertentu untuk penulisan berbentuk advertorial ini seperti selama 3 bulan, 6 bulan mahupun setahun. Jangkamasa ini diletakkan supaya niche blog terpelihara, dan untuk kekalkan momentum Google PR yang baik.
Cara Jana Income Blog Menerusi Advertorial.MY
Google PR akan terjejas seandainya terdapat link atau pautan di dalam entri yang menjurus kepada pengiklanan. Kenapa? Sebab di dalam Google sendiri sudah ada advertorial dan juga Adsense. Seandainya blogger yang terlalu banyak menulis entri berbentuk advertorial, dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan blog tidak mendapat ranking yang baik di dalam enjin carian!

Inilah sebab ada blogger yang letakkan harga tinggi untuk penulisan berbentuk advertorial. Selain menjaga niche blog, ia juga adalah untuk jangkamasa panjang menjaga Google Pagerank (PR). Tak percaya? Anda lihat sahaja blogger-blogger mahupun blog yang ada PR yang tinggi, jarang ada link atau pautan ke laman-laman yang 'menjual' tetapi lebih kepada laman-laman yang memberikan 'informasi'.

Mahu jana income menerusi Advertorial.MY? Ada blog?

Bagaimana Nak Dapatkan Bayaran RM50, RM300 mahupun RM500 Setiap Post?

Daftarkan blog anda untuk disenaraikan dan dapat income menerusi penulisan berbentuk advertorial di blog. Pendaftaran boleh dilakukan di sini - http://bit.ly/advertorialads
Cara Jana Income Blog Menerusi Advertorial.MY
Cara Jana Income Blog Menerusi Advertorial.MY

Selepas mendaftar, anda masukkan butiran blog anda dan tunggu sahaja email daripada pengiklan yang berminat nak dapatkan servis daripada anda. Mudah.

Selamat mencuba, dan pastikan anda letakkan harga advertorial yang sepadan dengan kekuatan blog anda. Jangan terlalu mahal, tetapi tidak juga terlalu murah. Berikan standard selayaknya untuk blogger Malaysia yang kini sudah semakin menyerlah untuk promosikan sesuatu produk dan servis!



8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. diorang biasa hubungi blogger dengan cara apa? email ke? kalau jarang buka email susah juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita letak email, maka emaillah... kalau ada no telefon, mungkin mereka akan hubungi dengan telefon.

      Delete
  2. Dah daftar. Tapi memang kena bayar yer HH? Acc paypal pon nan hado.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah ikut terma syarat dia ... bukan ke dah boleh ikut bayar guna Maybank?

      Delete
  3. saya mengamalkan konsep tunggu dan lihat..masih belum percaya sepenuhnya dengan advertorial.my ini , lebih2 lagi register jobdirumah pun sampai skang masih belum jumpa job yang sesuai di sana...

    ReplyDelete
  4. dah banyak info... kena cuba jugak nie

    ReplyDelete
  5. Dah daftae di advertorial.my ni tapi belum bank-in duit. Rasa tak berapa yakin dgn diri sendiri. Saya tak terjadi spt jobdirumah yang lepas, jana setakat 2 dan 3 kali lps tu tak dpt2 income/komisen. Pasal ini pun kliksolusion juga syarikatnya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement