Saya sukakan kanak-kanak. Memang tabii dari sejak dah lepasi akil baligh saya sukakan kanak-kanak. Dari sejak remaja pun dah biasa dengan kanak-kanak, siap jadi pengasuh lagi. Bila tengok anak-anak kecil dulunya saya yang jaga kencing berak derang, bila dah besar, rasa segan pula. Sekarang dah ada anak sendiri, alhamdulillah, saya bukan kategori bapa yang kekok nak handle anak-anak.
Gambar Anak Ustaz Azhar Idrus Serius Comel
Gambar anak-anak Ustaz Azhar Idrus ini serius comel-comel, itu sebab saya ingin kongsikan di blog ini. Mungkin juga ada yang belum pernah lihat foto anak-anak ustaz yang diambil sendiri oleh beliau. Ustaz dari Terengganu dan masih pekat loghat bahasa Terengganu ini memang pakar bab-bab menghasilkan gambar terbaik, dan Digital Mukmin adalah trademark untuk gambar-gambar bidikan beliau.Bercakap pasal Digital Mukmin, ia bukan sahaja sebuah laman web yang kongsikan hasil kerja fotografi Ustaz Azhar Idrus, tetapi juga ada forum untuk ahli-ahli dalam Digital Mukmin kongsi idea dan teknik terbaik dalam fotografi. Ia juga tempat berkongsi gambar-gambar yang patuh syarak; yang selaras dengan diri seorang muslim terbaik.
Dah tengok gambar anak-anak ustaz yang comel-comel tu? Ok, mungkin yang tidak tahu, Ustaz Azhar Idrus setakat ini ada 3 orang isteri dengan 7 orang anak. Dan baru-baru ini, salah seorang anaknya iaitu Nur Madihah Asyiqin telah melangsungkan pernikahannya pada 5 April 2014 bertempat di Kuala Terengganu. Nur Madihah Asyiqin merupakan anak sulung Ustaz Azhar Idrus hasil perkahwinan beliau dengan Rogayah Binti Sulong.
Gambar Perkahwinan Anak Perempuan Sulong Ustaz Azhar Idrus
Semoga berkat keluarga Ustaz Azhar Idrus jadi contoh buat semua, in Sha Allah. Tahniah pada keluarga ustaz yang dapat menantu, in Sha Allah dapat cucu pula selepas ini.
p.s: Saya memang suka gambar-gambar hasil kreatif UAI ini.
Bini no3 ustaz pun lawa...heheh3
ReplyDeleteMemang serius comel!^^
ReplyDeleteMemey comey belako anak ustaz azhar ni
ReplyDeleteustaz azhar idrus ada berapa isteri semua ya?
ReplyDelete3 kot isteri beliau...
Deleteye betul ank2 UAI mmg comey2 cantik2 hensem2...
ReplyDeletedah bermenantu beliau yer... sikit lagi bercucu pula
Comel macam model kanak-kanak dari overseas :)
ReplyDeletekeluarga bahagia....
ReplyDeleteAs salam...Ustaz beli mane motobasikal anok 2 lawo la..nk beli se..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.