Gambar dua remaja yang dipercayai merupakan pasangan bercinta asyik masyuk itu kelihatan seolah tidak memperdulikan seorang penumpang lain yang berdiri bersama anaknya di dalam kenderaan tersebut. Walhal sangat jelas, tempat pasangan remaja ini sedang bersenang-lenang merupakan tempat duduk yang dikhaskan untuk golongan ibu bersama anaknya.
Saya sendiri tengok pun jadi geram. Anda?
Gambar Dua Remaja Tanpa Kesedaran Sivik Jadi Viral di Facebook
Memang tidak patut betullah dua remaja tersebut berkelakuan sedemikian. Bukan nak jatuhkan hukum, tapi sudah jelas apa yang mereka buat tidak menggambarkan sebuah masyarakat yang punyai kesedaran sivik. Bukankah kesedaran sivik ini sudah menjadi amalan kita rakyat Malaysia yang bersifat harmoni dan saling hormat-menghormati?Sivik diajar di sekolah. Dalam agama sendiri pun banyak perihal kesedaran sivik ini. Jadi, agak malanglah bagi dua remaja yang dimaksudkan tidak mengetahui bahawa apa yang mereka lakukan melanggar adab tatatusila dan kesedaran sivik.
Nak mengata lebih-lebih nanti jadi bahana fitnah pula. Biarlah gambar berbicara, ye tak?
Saiful Nang Minta Viralkan Gambar Remaja Tiada Kesedaran Sivik
Saiful Nang telah berkongsikan gambar dua remaja tersebut di laman Facebooknya, yang diambil daripada laman pengguna Facebook yang lain. Gambar dua remaja tersebut sehingga entri ini ditulis telah memperoleh lebih daripada 5000 likes di FB Saiful Nang dan lebih daripada 1400 shares di Facebook gambar asal diambil.Semoga ianya menjadi pengajaran buat semua. Bukan gambar sahaja boleh jadi viral, tetapi juga status FB, video dan seumpamanya. Saya kongsikan kisah ini bukan untuk memalukan dua remaja ini; kerana jika dinilai daripada cerita sensasi lain yang telah menjadi viral, apa yang dikongsikan ini boleh dijadikan satu pengajaran berguna buat semua, terutama buat diri saya ... yang maklum bahawa diri sentiasa buat dan melakukan kesilapan.
Baca mengenai Keaiban Yang Dipandang Mulia.
Kempen kesedaran sivik dah dibelanjakan beratus ribu ringgit. Jadi, apabila perkara ini berlaku, satu yang merugikan wang rakyat telah dibuat. Apa guna kempen, andai masyarakat masih bersikap acuh tak acuh.
Kenapa Ramai Marah Dua Remaja Ini?
Gambar di atas bawa kemarahan ada dua sebab:- Aksi pasangan kekasih ini di dalam kenderaan awam tidak hiraukan ibu mengendong anak berdiri di sebelah.
- Notis atau peringatan yang ditampal pada cermin yang jelas semua penumpang boleh baca (kecuali buta huruf) yang tidak diambil tahu oleh pasangan remaja ini.
Kempen jadi sia-sia. Tampal poster jadi sia-sia. Kesedaran sivik dalam masyarakat kita entah ke mana-mana. Bila jadi sia-sia; tergolonglah kita semua dalam kategori manusia yang rugi.
Dan untuk saya dan kita semua, jika nampak ... mohon jangan hanya memetik butang 'tangkap' dan 'share' yang ada pada telefon bimbit canggih, tapi cubalah tegur dengan upaya yang ada, ye tak?
memang patut kena viral...
BalasPadamramai yg mcm ni sebenar nyer..
BalasPadamBetul, tapi yang ini memang sangat jelas sekali. Yang buat jadi jelek ialah pasangan remaja lentuk2 tgk telefon bimbit ... hmmm .. tu yang lagi buat orang marah tu.
PadamMemang ramai yang takde kesedaran sivik dalam public transport ni.
BalasPadamCakap berdasarkan pengalaman sendiri.
Masa Mrs. A travel SBN-KL setiap hari guna komuter 5 tahun lepas tengah pregnant pun mereka buat-buat tidur. Mana yang ada kesedaran tu siap sound yang duduk tu bagilah kak ni duduk kesian dia pregnant. Mental & fizikal kena kuatlah kalau dah tak dapt tempat duduk tu memang tak harap sangat pun orang akan bagi duduk.
perangai satu hal, budak ni tak reti baca signboard belakang tu ke....
BalasPadamDah ramai skg ni yg takde kesedaran sivik ... moga jd pengajaran kepada mereka2 yang berkenaan lepas ni ..... tak pasal2 glemer satu malaysia ... huhu
BalasPadamNi la mentaliti sebilangan rakyat Malaysia..dah tahu dan dah nampak tapi buat2 tak tau je..
BalasPadameee..geramnye..yang heran tu xde ke orang yang nak tegur diorang berdua ni..:(
hurm... macam takde perasaan... kalau sha, tak sampai hati... serius.. walaupun sha memang tak boleh berdiri lama, tapi tak sampai hati tengok perempuan preggy atau orang tua yang berdiri... hurmm
BalasPadamSaya pun pernah juga kena macam ni, kita nak minta tempat duduk satgi orang cakap kita berlagak pula, tapi dah terang 'sign' tu mention utamakan tempat duduk untuk golongan yang lebih memerlukan. Kalau tak faham memang sah la tak da kesedaran sivik
BalasPadamsendiri mau ingat..
BalasPadamTERUKNYA.....KASIAN AKAK TU DGN BABYNYE
BalasPadamSiapa pulak yg mengambilkan gambar ni?(perempuan preggy atau orang tua). Adakah dia serahkan tempat duduknya?
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.