Apa hajat anda sebagai blogger yang belum tercapai ehh? Saya, setakat ini masih belum lagi nampak tanda-tanda yang hajat saya tu tercapai. Apakah hajat saya? Adakah anda nak tahu apa hajat saya dalam dunia blog yang terasa masih belum tercapai?
Ramai blogger Malaysia dah nyatakan hasrat mereka, dan impian yang belum tercapai. Ada macam-macam hajat, dari nak dapatkan komen blogger terkenal di dalam blog sampailah ada yang nak masuk dalam TV dan majalah.
Hajat saya lain sikit. Seperti entri saya, blogger kecil berjiwa besar ... saya mahu lebih sekadar menjadi seorang blogger yang kongsi cerita, panduan, tips, cara buat duit online ... tapi, saya tidak mahu menjadi seorang blogger yang dikenali, saya cuma mahu blog saya dikenali. Ini kerana lambat laun esok lusa ntah siapa yang tahu, saya mungkin tidak berupaya menulis lagi di blog ini. Mungkin orang lain, mungkin isteri saya, mungkin anak-anak saya ... mungkin juga rakan blogger yang menjadi pemilik seterusnya.
Hajat saya memang belum tercapai.
Hajat saya sebagai blogger yang belum tercapai ialah mahukan blog saya diingati apabila blogger Malaysia sebut ... 'blog manakah patut jadi panduan untuk berblog dalam blogspot'. Saya mahu blog ini diingati sebagai panduan untuk blogger blogspot Malaysia berjaya buat blog terbaik. Bila nak buat blog guna blogspot ... orang akan ingat blog ni ... itu hajat saya.
Setakat ini belum nampak ianya berjaya lagi.
Saya dah rasa diberi penghargaan sebagai Pakar SEO Malaysia oleh Denaihati.com
Saya juga dah rasa diberi penghargaan oleh Ben Ashaari sebagai blogger yang boleh maju ke depan (bukan perut).
Saya juga dah merasai entri-entri penghargaan yang tak terbalas sampai sekarang oleh ramai rakan blogger luar dan dalam negara.
Saya juga dah merasa masuk majalah.
Saya juga dah merasa masuk TV walaupun nampak tangan sahaja.
Saya masih banyak kelemahan dan masih banyak impian ... dan hajat yang saya katakan tadi adalah hajat terbaik pernah saya fikir apabila pertama kali ubah niche blog ini sekitar 2011-2012.
Moga hajat ini akan tercapai. Anda ada hajat blogger yang belum tercapai? Curahkan dan beritahu hajat anda di sini - Hajat Blogger Yang Belum Tercapai
saya mahu jadi blogger yang terkenal dan mahu berjumpa dengan para blogger yang hebat seperti HH, Denaihati, Mialiana, dan BenAshaari
ReplyDeleteSaya mahu blog SentiasaPanas diingati terutamanya oleh pembaca yg suka membaca. Baca info yg mampu menambahkan ilmu, kisah2 pelik dan misteri, kisah agama, ttg kekejian yahudi, perkara luarbiasa, dan sedikit hiburan dan politik. Maklumat yg tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan. Insyaallah..:)
ReplyDeletebyk jgk lah yer yg tercapai..semoga berjaya kelak
ReplyDeleteBanyak artikel tuan tips dan info menambahkan ilmu saya terutama dari segi tips berblogging dan yang berkaitan dengannya.Kalau saya dapat jumpa Tuan hasrul Hassan sambil pekena kopi tarik dan roti bakar dan bercerita hal2x dunia blog itu pun dah cukup bagus kepada saya. :).Apapun terima kasih keran info da tips yang berguna yang dikongsikan kepada yang lain.
ReplyDeleteSaya pun dah bagi penghargaan : Pakar SEO Blogspot Malaysia Semoga segala hajat tuan akan tercapai!
ReplyDeletehajat sy nak org komen selalu di entri saya...traffik pulak mencanak2 n ada pendapatan dari nuff...kalau boleh nak gak follower beribu2...hehehhee
ReplyDeletetujuan asal sha sebenarnya nak cari kawan2... kongsi kehidupan... dan sha suka baca kehidupan orang lain... rasa seronok !
ReplyDeletehajat saya satu jer..nk org kenal blog dari diri sndri :)
ReplyDeletesemoga hajat HH tercapai...setakat ini pun, memang blog HH dah makin terkenal
ReplyDeletesemoga impina kita semua akan tercapai bro..inysallah ada rezeki kita masing2
ReplyDeleteHH memang dah jadi top pun...well done
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.