Foto Sekadar Hiasan |
Saya tidaklah mahu ulas panjang lebar mengenai isu semasa yang hangat diperkatakan ini, tetapi sekadar mahu berkongsi kepada semua, terutama untuk ingatan diri dan keluarga saya; bahawa berfesyen dalam Islam memang boleh, asal tidak melampaui batas.
Tahniah Buat Muslimah Yang Berhijrah
Tahniah kepada muslimah yang dulunya tidak bertudung, tetapi kini telah berhijrah untuk menggayakan tudung; cuma perlu ingat biarlah bertudung mengikut syariat dan bukan bertudung dalam masa yang sama tampil mengghairahkan. Tudung adalah untuk menjaga aurat (rambut) diri muslimah. Ia sebenarnya bukan hanya menjaga aurat, tetapi juga dari didatangkan aib serta fitnah."Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; Dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki (hamba daripada rampasan perang), Atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan" (An-Nur: 31)Muslimah adalah golongan yang mudah didatangkan fitnah, samada terbit dari dirinya mahupun dari orang lain yang tidak padu kekuataan iman dan taqwa. Jangan terperanjat andai ada wanita lain yang melihat wanita lain dalam serba mengiurkan dan rasa ghairah. Apatah lagi dari seorang lelaki seperti saya yang sering terjerumus dengan bisikan-bisikan nafsu dan syaitan yang suka ambil peluang.
Memetik Utusan Online:
"MUI mengeluarkan fatwa berkenaan berikutan trend baharu dalam kalangan wanita bertudung yang menggayakan fesyen Jilboobs (gabungan Jilbab dan Boobs) yang kini menjadi ikutan di Indonesia. Golongan tersebut mempopularkan fesyen Jilboobs iaitu mengenakan tudung kepala tetapi berpakaian ketat bermula dari paras leher ke bawah."Ramai yang memberikan respon agar muslimah yang bertudung ambil serius berkaitan fesyen yang menepati syariat, bukan bermaksud untuk beri kekangan dalam style penggayaan pakaian, apatah lagi untuk bertudung cantik, tetapi memastikan apa yang mereka lakukan kepada diri sendiri membawa kebaikan dunia akhirat.
Jilboobs - Penghinaan Untuk Komuniti Hijabista
Dan ada sesetengah komuniti Hijabista yang menganggap penggunaan istilah Jilboobs adalah satu penghinaan dan tidak sepatutnya diketengahkan. Ia seolah cuba memberikan aib kepada golongan yang telah berjilbab tetapi masih belum arif mengenai pemakaian sebenar berlandas syarak. Adalah lebih baik, pihak berwajib malah komuniti fesyen itu sendiri memberikan kesedaran bagaimana untuk berfesyen berjilbab atau bertudung dengan tampilan fesyen sebetulnya dalam Islam dan bukan menjatuhkan kesalahan kepada wanita dan muslimah yang sebenarnya adalah mangsa fesyen.Apa pandangan anda?
bertudung tapi tidak menutup aurat sepenuhnya...
BalasPadamagaknya ini yg nabi kata bertudung tapi bertelanjang...
BalasPadamYa betul tu Pha Is.. terliur lihat body melekap baju melekat...
PadamInilah yang berlaku apabila manusia jahil dengan Islam dan mementingkan keuntungan duniawi semata2. Semoga pendedahan ini dapat membuka mata pihak yang terlibat dan seterusnya mendatang keinsafan kepada mereka untuk berubah ke arah kebaikan.
BalasPadamni la terjadi bila hnya fikirkan fesyen..mudah-mudahan trhindar dr semua ni..amin
BalasPadamakhir zaman... JILBOOBS
BalasPadamKat Malaysia pun ramailah. kreatif sangat cuma tak kena pada tempatnya.
BalasPadamhahahaha... istilah baru...
BalasPadamtu la pasal..kalo nk tutup tu, biar la tutup btul2.. jgn bukak separuh, tutup sparuh jerr...
baik bikini je .. ye tak Blade H?
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.