MH17 pesawat Boeing 777-200ER ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Russia pada Julai 2014 mengorbankan 283 penumpang berserta 15 anak kapal. Pesawat MAS MH17 ini terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko. Pesawat penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur, Malaysia berdasarkan bukti ditembak menggunakan peluru berpandu dari darat ke udara.
Sebanyak 20 jenazah daripada 30 mangsa yang dikenal pasti dibawa pulang pada 22 Ogos. Dalam tragedi ini, 43 mangsa nahas adalah rakyat Malaysia. Jenazah yang dibawa pulang merupakan 9 kru MAS dan 11 penumpang MAS MH17.
Kepulangan jenazah diterbangkan dari Amsterdam, Belanda menerusi pesawat MAS MH6129. Pesawat ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada jam 9.54 pagi. Pesawat khas tersebut diterbangkan oleh juruterbang MAS Datuk Kapten Misman Leham, Kapten Bakr Othman dan Kapten Zaim Khalid serta dibantu pegawai penerbangan, Yap Yoon Kong. Ketibaan penuh sayu ini melibatkan 17 keranda dan tiga kendi berisi abu mayat mangsa.
#MalaysiaBerkabung
“Sayang tak akan selamanya sentiasa ada bersama abang suatu hari nanti. Sayang akan temui Allah dan takkan kembali, ” itu SMS terakhir diterima Mohamed Affendi Khairuddin, 43, suami kepada pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), Mastura Mustapha, 40, yang terkorban dalam tragedi pesawat penerbangan MH17 dihantar Mastura pada malam 17 Julai sebelum pesawat MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol, Belanda. - Kosmo
Seluruh rakyat Malaysia bersedih dengan tragedi ini. Seluruh rakyat Malaysia hiba. Ia catatan hitam dalam sejarah, apatah lagi selepas hilangnya MH370 yang sehingga kini masih lagi misteri.
Begitu juga dengan beberapa blogger yang menzahirkan dukacita dan sedih akan peristiwa ini.
Mereka terkorban di hari jumaat, dikembalikan ke tanahair juga pada hari jumaat. Jumaat penghulu segala hari, punyai rahmat dan keberkatan sendiri.
Doakan yang terbaik.
Takziah buat semua ahli keluarga mangsa...suram je hari ini..
ReplyDeleteInna lillahi wa inna ilaihi raji’un
Ya. Di tempat saya pun suram.
Delete#WelcomeHomeMH17...Salam Takziah buat semua ahli keluarga mangsa yang terlibat dan Al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam..
ReplyDeleteSemoga roh para jenazah MH17 bersemadi dengan aman. Amiin...
ReplyDeleteSalam takziah buat keluarga dan waris penumpang yg terkorban.
ReplyDeleteSalam takziah buat keluarga mangsa tragedi MH17
ReplyDeleteSalam takziah..
ReplyDeleteSalam takziah buat keluarga mangsa tragedi MH17 ... moga ditempatkan dikalangan kekasih2 Allah .. amin
ReplyDeletesalam takziah...
ReplyDeleteseluruh rakyat Malaysia bersedih dan berkabung... bukti kita rakyat prihatin
ReplyDeleteSelamat kembali..Al-Fatihah
ReplyDeleteSalam takziah dan Sl-Fatihah utk semua mangsa tragedi MH17.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.