MH17 terkini. Disebabkan berita MH17 ditembak jatuh di Ukraine, blog ini mendapat trafik yang tidak disangka-sangka daripada negara-negara yang terlibat dengan kejadian malang tersebut. Insiden MH17 ditembak jatuh di Ukraine mendapat perhatian seluruh dunia, dan semua orang termasuk dari Malaysia mahu tahu perkembangan terkini yang terjadi atas mangsa MH17 yang malang itu.
Gambar di tempat MH17 ditembak jatuh
Ucapan takziah dan al-fatihah buat keluarga dan sahabat handai mangsa MH17. Ia satu kejadian yang merupakan satu detik hitam dalam sejarah aviasi negara. Dan paling malang ia berlaku ke atas pesawat MAS (Malaysia Airline System) yang baru sahaja berhadapan dengan tragedi kehilangan pesawat MH370 di lautan Hindi.

MH17 Undang Pembaca dari Negara Peranchis, Ukraine dan Belanda

Blog ini mendapat trafik daripada empat negara utama iaitu Malaysia, France, Ukraine dan juga Netherlands. Empat negara ini merupakan stock-holder paling besar dalam kejadian MH17 ditembak jatuh di sempadan Russia-Ukraine itu.
Statistik trafik blog hasrulhassan insiden MH17
  • France - kerana pesawat MH17 yang ditembak jatuh merupakan pesawat Boeing 777 200 buatan Peranchis.
  • Ukraine - kerana pesawat MH17 dikatakan menjadi mangsa akibat konflik antara dua negara, iaitu Ukraine dan Rusia. Dan pesawat malang ini ditembak jatuh di kawasan Ukraine.
  • Netherlands - kerana pesawat ini adalah dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dan kebanyakkan penumpang seramai 280 penumpang dengan 15 orang anak kapal adalah dari Netherlands (Belanda).
Dengan menggunakan teknik gambar dan video tragedi MH17 untuk menarik trafik ke blog, hampir 20 ribu pageviews dibawa hanya kerana ramai mahu mengetahui perkembangan terkini mengenai MH17.

Kejadian MH17 ditembak jatuh bukan sahaja menggemparkan negara dan pihak MAS sendiri, tetapi seluruh dunia. Berikutan kejadian malang tersebut, timbullah pelbagai spekulasi siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab atas insiden yang menyedihkan ini.
Insiden MH17 masih lagi dalam siasatan badan penyiasat bebas yang telah ditubuhkan. Walaupun terdapat masalah pada awalnya untuk menyiasat dan membawa kesemua mayat mangsa MH17 yang terhempas, tetapi disebabkan kebijaksanaan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, alhamdulillah, semua proses itu sedang dilakukan dengan lancar.

22 Ogos Jumaat Hari Berkabung Seluruh Negara MH17

Negara akan menerima jenazah dan mayat mangsa pertama pada 22 Ogos 2014 mulai jam 10 pagi. Negara Malaysia juga akan istiharkan bahawa 22 Ogos 2014 adalah Hari Berkabung seluruh negara untuk menghormati keluarga mangsa dan juga mengingati tragedi MH17 yang malang ini.

MH17 bukan sahaja undang trafik ke blog ini dari pelbagai negara terutama France, Ukraine dan Netherlands tetapi juga menjadi perhatian dunia pada tahun 2014. Ramai beranggapan tahun 2014 merupakan tahun yang mencabar dan penuh dengan suka-dukanya.

Takziah sekali lagi buat keluarga mangsa MH17 dan tidak dilupa buat keluarga mangsa misteri kehilangan MH370. Pasti, segala peristiwa yang terjadi adalah ujian dari Yang Maha Esa.

#PrayForMH370
#PrayForMH17

Semoga segala ujian daripada Allah S.W.T ini menjadi iktibar buat semua.


19 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kena pakai google translate ni bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akan kuar automatik in Sha Allah ... sbb saya dah siap tag meta lokasi dan bahasa. Jadi bila orang luar datang ke blog, dia akan detect lain bahasa so akan kuar translate.

      Delete
  2. al fatihah untuk semua mangsa beragama islam

    ReplyDelete
  3. al-fatihah..moga segala urusan dipermudahkan Allah

    ReplyDelete
  4. Jenuhlah pembaca luar ni baca artikel kena google translate..hehe

    ReplyDelete
  5. eh baru perasan theme baru. cantik!

    mesti lah ramai pembaca luar negara, blog SEO terbaik! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Terima kasih atas pujian itu Umi Nazrah.

      Delete
  6. fuhh..ramai..
    Al-fatihah untuk mangsa MH17 yang beraagama islam..

    ReplyDelete
  7. betullah. saya pun dapat pengunjung dari france. Walaupun ada satu artikel yang pendek sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm masa tu mana-mana blogger Malaysia yang dapat cover citer MH17 dengan baik, memang dapat trafik canak la ... lagi yang guna Adsense dalam blog .. masyukk tu.

      Delete
  8. sifu saya dah padam n3 MH17 atas arahan suami tapi pelawat blog dr 3 negara tu tetap datang berkunjung. Dari Israel dan Rusia pun ramai. Rasa pelik dan takut pun ada gak. Huhu...
    Wah... smartnya blog sifu...

    ReplyDelete
  9. Tentunya diorg minat utk dptkan info terkini pasal MH17 sama macam kita juga bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Lagi kalau pandai main satu-satu isu macam Brado Kapak buat pada blognya .. memang trafik terima menakjubkanlah.

      Delete
  10. Tahniah bro..pastinya ada info yg berkaitan yg dicari kat sini. Anyway... template baru ni nice bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh terima kasih sebb sukakan template baru yang responsif ni ...

      Delete
  11. Tahniah bro. Takziah lagi buat keluarga mangsa MH17 dan MH370.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh lawan dengan blog Denaihati yang dapat trafik lagi lebat sebb MH17 dan MH370 ni.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement