Memang seronok bertemu kembali dengan rakan-rakan dan senior semasa belajar dulu. Mana taknya, dulu kacak, sekarang dah terlebih kacak. Dulu shantek, sekarang dah makin jelita. Dulu sorang, sekarang dah segerabak keretapi .. hehehe... tentunya perubahan-perubahan ini yang dinanti dan ingin sangat dilihat.
Itu baru cerita pasal penampilan fizikal, yang nampak di mata. Belum lagi mendengar cerita dan perkembangan dari mulut yang dulu pernah berbisa.
Reunion Ex-Desasiswa Permai Kelab Kembara 96-99
Oh ya, saya dulu merupakan bekas pelajar di USM Kampus Minden, tinggal di hostel selama lebih dari 3 tahun. Saya merupakan penghuni tegar asrama, yang ketika itu dikenali sebagai Desasiswa Permai. Desasiswa Permai ada dua blok bangunan, iaitu blok H13 dan blok H14. Kalau student kat situ, lebih gemar menggelar sebagai Hilton (H13) dan Shangri-La (H14) disebabkan Desasiswa Permai mempunyai ciri-ciri tersebut.Pada 14-15 Disember 2013, saya telah berpeluang untuk bertemu rakan-rakan senior yang sama-sama dulu aktif dalam Kelab Kembar Desasiswa Permai antara tahun 1996-1999. Ramai juga yang hadir. Saya cuma kesempatan bertemu sebahagian, sebab hadir pada hari kedua perjumpaan bekas pelajar USM Kelab Kembara Desasiswa Permai ni.
Memang seronok dapat jumpa balik, sambil ingat cerita lama, dan sesekali selit cerita terkini. Uhh perangai sama .... tak jauh beza ... hahaha.. masing-masing masih huha huha macam zaman muda remaja .... hahaha....
Namun, ada sedikit kecewa di hati, sebab tak ramai rakan sebaya yang dapat hadir. Al maklumlah, masing-masing duduk jauh, dan komitmen lain yang membatasi.
Mungkin lain kali boleh bertemu.