Ada orang tanya saya, "Abang HH beli ebook tak untuk berjaya dalam dunia blog?" Ok. Nak jawab soalan ini, seperti awal saya sebut di awal-awal entri, kena buat penilaian diri. Jadi, marilah nilai diri saya ....hehehe......
Perlukah Beli Ebook Untuk Ilmu dan Panduan?
Soalan pertama yang perlu ditanya adalah .....Sejauh mana pengetahuan sedia ada tentang apa yang terkandung di dalam ebook tersebut? Ok. Jika ia sesuatu yang saya tahu, saya akan teliti dulu apa mungkin bernilai selain apa yang saya telah tahu. Sebab bukan semua yang kita konon tahu itu benar-benar tahu. Penting supaya tidak membeli sebuah ebook yang sebenarnya menyediakan panduan yang telah sedia kita tahu. Rugi pulak nanti.
Adakah apa yang ditulis dan dipersembahkan di dalam ebook itu boleh saya dapat dengan percuma? Ok, jika apa yang disampaikan itu, dengan sedikit kajian dan usaha, boleh saya dapat dengan percuma, maka ia akan jadi penentu untuk membeli dengan tidak. Caranya ialah dengan teknik Google.... yang saya pasti semua orang tahu nak buat.
Ada Pengetahuan Untuk Praktik Ilmu Dalam Ebook
Ketiganya ialah adakah saya tahu nak praktikkan ilmu yang ada di dalam ebook itu. Ibaratkan anda mahu beli kenderaan; adakah anda akan beli sebuah helikopter jika anda tiada lesen dan tidak tahu nak kendalikan sebuah helikopter? Haa ..gitulah adanya. Ada ebook yang dijual minta anda buat itu dan ini, dan ia memerlukan sedikit kemahiran. Jika kemahiran itu anda telah tahu, maka pastikan ia cukup supaya apa jua yang ada di dalam ebook itu senang nak anda ikuti.Rajin
Keempat, rajin. Adakah anda rajin dan ada semangat untuk usaha sehingga berjaya. Dalam hal ini, ada dua perkara - iaitu rajin tak anda nak amalkan apa yang ada dalam ebook tersebut? keduanya adakah anda rajin nak cari ilmu dan panduan yang ada dalam ebook tersebut. Rajin nak amal, maka beli. Tak rajin tak usah beli.Oh ya, dalam bab rajin ini, jika anda rajin nak cari ilmu yang sama secara percuma; tanpa ebook maka letak tepi dulu keinginan nak dapatkan panduan daripada ebook tersebut. Cuba gunakan kemahiran anda untuk cari lebih info berkaitan produk; jika ia boleh dapat percuma maka dapatkan ia secara percuma - itupun jika anda betul mahu.
Kelima ialah lihat siapa yang tulis ebook tersebut. Penting sekali anda memilih ebook dan panduan yang ditulis oleh mereka yang benar berjaya dan membuktikan kejayaan tersebut. Bukan semua ebook itu bagus. Sebab ada yang buat ebook hanya dengan menulis atau kongsikan 2 perenggan ayat sahaja yang benar. Yang lain semua ayat goreng ntah apa-apa. Tak ada isi padat, semua ibarat tong kosong yang diketuk bunyinya sahaja kuat.
Inilah 5 perkara yang perlu dilihat pada diri anda dan dibuat penilaian.
Secara ringkas.
- Anda tahu mengenai panduan tersebut? Tahu - tak perlu beli.
- Anda rajin dan mahu usaha? - Rajin dan mahu usaha sendiri tak perlu beli. Malas silalah dapatkan.
- Anda yakin dengan penulis? - Jika ya, sila beli. Jika ragu-ragu, letak tepi.
- Mahu benar praktik? - Sekiranya anda mahu beli kerana sekadar mahu tahu, maka biarkan dulu. Pastikan ada keinginan kuat barulah beli.
Dah.
Ebook selalunya ditulis dan disediakan untuk mereka yang mahu ilmu panduan dan berusaha ke arah itu. Ada juga ebook yang ditulis untuk mudahkan sesuatu bukan beri bulat-bulat. Ebook kebanyakkannya panduan, jika anda tidak ikut, tiadalah kejayaan yang boleh anda dapat.
Semoga pengisian ini bermakna dan bermanfaat buat anda.
yup!
ReplyDeleteits depends and true ..just beli if rasa mmg nak buat ikot betul yg dlm ebook tu
tp kalau beli just nk tmbah koleksi pon boleh ..hobi katanya
depends la pd dri sendiri ...
ada jg ilmu dlm tu kita boleh dpt free dgn bertanya pd yg tahu
tapi kalau tak tahu nk tanya spe so beli la .. hehe :)
perkara paling penting sebenarnya adalah tindakan..kalau beli, tak buat pun..sama je..
ReplyDeleteFikir panjang dulu sebelum beli sesebuah ebook..saya setuju dengan point bro HH yang ada ebook yang ditulis hanya ibarat tong kosong yang diketuk, bunyinya sahaja kuat..goreng saja yang lebih..
ReplyDeleteJadi, penting untuk buat sedikit kajian mengenai ebook yang bakal dibeli..misalnya lihat jika ada review ikhlas mengenainya yang pernah ditulis..atau jika ia direkemen dari mereka yang pernah membeli dan membacanya..
setuju. Ilmu, amal, usaha dan tawakkal
ReplyDeletetapi ebook ni sebenarnya agak was nak beli..takot2 terbeli ilmu ygu kita boleh cari dekat google..tapi saya pernah sekali beli ebook dan nasib baik ilmu di dalamnya berbeza dan membuka mata kita
ReplyDeletethanks for sharing the tips yeah~
ReplyDeleteRegards,
(A Growing Teenager Diary Malaysia)
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.