Ramai pengguna Astro yang marah-marah apabila siaran Astro tergendala pada 24 Ogos 2014. Apakah punca ia tergendala sehinggakan ramai yang meluah rasa tidak puas hati sampai ada yang memaki-hamun menerusi laman sosial? Saya cuba cari, dan nampaknya sudah ada penjelasan pun daripada pihak Astro berkenaan punca tergendala 24 Ogos 2014.

Gangguan siaran atau tergendala itu berlaku bermula jam 8:00 pagi.

Saya difahamkan masalah gangguan siaran berlaku disebabkan oleh kebakaran yang berlaku pada sistem bekalan kuasa tunggu sedia atau UPS di Bukit Jalil.
Punca Astro Tergendala 24 Ogos 2014

Punca Astro Tergendala 24 Ogos 2014

Punca Astro Tergendala 24 Ogos 2014

Gangguan siaran ini kembali pulih sekitar jam 11:30 malam, dan pihak Astro telah kemudian umumkan perkara itu di Facebook Astro. Berbeza dengan maki hamun, kurang pula yang ucapkan terima kasih atas tindakan Astro bertindak untuk kembalikan siaran.

Erkk .. ok. Saya bukan nak backing Astro, lagipun saya bukan pelanggan Astro. Jadi, entri ini tidak ada kena mengena langsung nak bodek Astro. Saya memang tak langgan dan tidak bercadang untuk melanggan. Jika anda pernah baca entri-entri saya berkaitan Astro, ada banyak sebab kenapa saya tidak melanggan Astro.

Namun, agak tidak eloklah budaya maki hamun sumpah seranah menjadi amalan kita. Dah makin kronik dah saya tengok. Ada je yang tak kena, sumpah seranah sana sini. Kenapa? Susah sangatkah nak pergi ke bilik air ambil air wudhuk dan tenteramkan hati yang marah?

Ada baca soal Amarah tak yang saya post baru-baru ni? Tak baca? Ok, ia bukan cerita sensasi yang ramai mahu kongsi kepada ramai... saya faham.

Marah melampau ini mungkin disebabkan ia siaran yang perlu dibayar setiap bulan. Kalau percuma, mungkin tak kisah sangat, biarlah keluar siaran tergendala, takkan ada yang rajin nak telefon, sms kepada pihak berkenaan. Tunggu je sampai ia jadi tak tergendala. Benda percuma selalu gitu, jarang sangat dihargai .. kan kan? :P

Siapa suka kena maki? Elakkan diri ehh .. ... puas dah Nabi Muhammad S.A.W ajari umat untuk berakhlak mulia.

Saya sedikit kecewa dengan diri sendiri sebenarnya bila apa yang saya cuba sampaikan tidak berjaya seperti apa yang diinginkan hati, seperti teringinnya hati untuk menang iPhone 5s gajet impian setiap blogger.



5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. biasa la orang Malaysia...macam sudah terbiasa mulut tu caci-maki, sumpah-seranah tu semua dalam laman sosial media...benda tak dijangka kan...bukannya minta jadi macam tu...cuba la jadi orang yang kuat BERSABAR...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm sejak dua menjak ni .. ramai rakyat Malaysia stress kot .. mungkin antara sebab ALLAH S.W.T makin banyak berikan ujian utk lihat siapa yang benar ada kesabaran.

      Padam
  2. haha..baru siaran Astro gelap sikit dah bising..

    BalasPadam
  3. mereka nak minta potongan pembayaran bil astro tapi berani kot pastu maki heE

    BalasPadam
  4. itu dia penangan astro bergelap..hu3..sebelum ini selalu cerita pasal air tak ada dengan elektrik terputus je..skang astro pun dah pandai black out..gelisah jugak orang kita yer

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement