Sikap tamak membunuh pendapatan dari blog. Memang betul. Tak percaya? Lihat sahaja bagaimana sesetengan blog yang azab nak masuk baca entri kena klik sana sini, yang akhirnya terkubur dan income blog dulunya sering melekat lebat setiap bulan, sudah jadi kosong kosong kosong .. macam nyanyian lagu Fauziah Latiff .. ehh bukan ... silap .. nyanyian lunak Najwa Latiff.
Sikap Tamak Membunuh Pendapatan Dari Blog
Ramai blogger Malaysia yang teringin nak dapatkan income lebat hebat seperti blogger +redmummy.com macam saya cerita di entri ini -Blog Berpendapatan RM12K Dari Nuffnang! Memang blog boleh jana income lebat, tapi kenalah banyak bersabar dan tidak tamak nak kejar benda ni.Macam saya. Saya dok setia dengan KOMLI selepas bebas dari Nuffnang. Awal-awal dapat income menerusi platform pengiklanan Komli ni memang ciput walaupun trafik blog boleh tahan juga lepasi ribu pageviews. Saya dedahkan income Komli awal-awal dulu, ramai yang macam tak percaya kenapa saya dapat sikit .... saya kata .."Masih belum ada rezeki lagi dengan Komli.." Sampaikan ada yang suruh saya beralih arah, seperti mana saya buat pada Nuffnang. Tapi, saya tak buat .. saya setia dengan Komli.
Hasilnya, alhamdulillah, menerusi iklan Komli, bolehlah dibuat bayaran untuk hutang yang ada. Kalau tidak, jenuh juga nak mencari sumber income untuk bayar hutang piutang.
Saya Pernah Tamak
Saya pernah tamak. Saya akui. Letak iklan sampai sarat blog. Bila sarat blog dengan iklan semata, pembaca setia mula menjauhi blog. Bukan itu sahaja, trafik pun dah jadi kurang. Ramai pengunjung sudah malas nak kembali, kalau tersesat ke blog, cepat-cepat mereka pangkah dan padam blog saya dari paparan skrin komputer.Mula-mula tu memanglah masyuk, tapi sampai bila nak bertahan begitu?
Sikap tamak membunuh pendapatan dari blog. Dalam dunia realiti pun gitu juga.. tamak haloba nak kaut untung berganda, akhirnya lingkup ntah ke mana. Nama pula ditinggal busuk semua. Bila orang dok ingat, hanya ingat perkara buruk tentang diri kita. Dah dapat bonus yang tidak disangka.
Meh sama-sama tanamkan azam supaya jangan ada sifat tak baik ini dalam mencari income menerusi blog. Biar sedikit tapi berkat. Biar lambat tapi berjaya.
Betul tuan. Floating banner yg luarbiasa bnyknya, pop up banner mcm mercun mlm raya..:(
BalasPadamAssalammualaikum... bro HH,
BalasPadamterima kasih ingatan yang baik nie.. iklan bila dah byk loading bloh jadi lambat dan pembaca setia pun lari sebb tak tahan nak tgk iklan bersepah2... biar sikit jadi kemas dan teratur. Tapi income 'meletop' ...
mselim3
Hehehe.. saya pun banyak kali terbabas pasal iklan ni ....
PadamPerkongsian yang berguna. Nak tamak boleh. tapi jagan dalam satu blog..hehehe.
BalasPadammmg btul tu HH.. nk bertapak pun susah ni HH..
BalasPadamBertapak untuk dapatkan income memang susah, tapi bila dah mula dapat .. ia akan terus terusan dapat tanpa kita sedar pun.
Padamtengok tamak jenis macam mana.
BalasPadammacam aku, memang aku tamak banyak sikit. haha
Tu rahsia dalam Kitab SEO Merah Jambu ... mana leh kabo .. hoho
PadamBagus bro nasihat macam ni... :)
BalasPadamTerima kasih Julia ... :) harap adalah yang sudi ambil kesah ... sbb blogger yang buat macam ni .... rasanya tak jenguk pun blog ni ...
Padamtamak sebab kurang ilmu
BalasPadamSetuju..kalau blog banyak sangat adverts memang jawabnya hanya sekali ajelah singgah...lain kali tak datang lagi..he..he
BalasPadamHarapnya blog saya tidak jadi gitu ... :)
Padamtamak haloba memang bahaya, klasik dan trajis pulak cerita anjing dan bayang-bayang ni.
BalasPadamThanks for da nasihat Mr. HH.. Sekarang kat blog deno hanya ada iklan Nuff^^
BalasPadamTerima kasih atas ingatan dr otai HH
BalasPadambetul2 . nak sampai ke entri macam2 iklan kuar . last2 tutup je la senang
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.