#VMY2014 | Fakta Hangat - Pernah tiba dan berkunjung ke Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis atau dikenali sebagai Snake Farm Perlis tak? Haa, destinasi ini adalah antara destinasi yang popular di negeri Perlis. Saya dan keluarga dah pernah beberapa kali ke taman ular ini, dan pada Mei 2014, saya berkesempatan lagi ke Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis ini.

Sebenarnya jejak langkah panjang ke taman yang direkodkan dalam Malaysia Book of Records ini disebabkan lawatan yang saya dan keluarga ikuti bersama rombongan Persatuan Kebajikan Kakitangan Hospital Parit Buntar ke rumah Anak Yatim Mak Teh di Kangar, Perlis.
Taman Ular dan Reptilia Perlis VMY2014
Snake Farm Perlis sebenarnya destinasi yang terkenal seluruh dunia bagi peminat haiwan eksotik ini. Ini adalah kerana ia satu-satunya ladang ular atau taman ular yang mengumpul lebih daripada 50 spesies ular dari dalam dan luar negara. Malah, di Snake Farm Perlis ini ada spesies ular yang jarang ditemui dan kebanyakkannya hampir pupus.

Antara spesies ular yang ada di taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis ini adalah ular orok-orok (Ratles Snake), ular Rusuk Kerbau, ular Katam Payung, ular Kapak Bakau serta ular Katam Punti. Antara lain, terdapat juga ular jenis paling berbisa di dunia seperti ular Tedung Senduk Sembur. Kalau ikutkan, ada dekat 200 ekor ular di taman ini. Memang banyak .... dan ular-ular ini ditempatkan di dua kawasan berbeza, satu yang tertutup dan satu lagi yang terbuka.

Ikut rekod taman ini, ular terberat adalah ular Sawa yang seberat 80 kg dan punyai panjang 23 kaki.

Selain ular, reptilia dan haiwan lain yang boleh anda lihat di sini ialah biawak hutan, landak, memerang, buaya serta terdapat juga iguana, ijok, tuntung. Menarik ada katak tanduk dan juga biawak ekor dua.
Taman Ular dan Reptilia Perlis VMY2014
Taman Ular dan Reptilia Perlis VMY2014

Bekas Tempat Penyelidikan Penawar Bisa Ular

Taman ular ini asalnya dulu merupakan tempat kajian Kementerian Kesihatan untuk penghasilan penawar bisa ular. Ianya kemudian diambil-alih oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis pada tahun 1995 untuk dijadikan sebuah tarikan pelancongan.

Taman yang terbesar di Asia Tenggara dan diiktiraf dalam buku Malaysia Book of Records ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Tiket RM 4 dikenakan ­kepada orang dewasa manakala kanak-kanak dikenakan RM1.

Gambar Sekitar Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis (Snake Farm Perlis)

Gambar Sekitar Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis (Snake Farm Perlis)
Gambar Sekitar Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis (Snake Farm Perlis)
Gambar Sekitar Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis (Snake Farm Perlis)Gambar Sekitar Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis (Snake Farm Perlis)
Taman Ular Perlis - Snake Farm
Taman Ular Perlis - Snake Farm

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement