Saya berani cakap, tiada satu pun Telco yang benar-benar berikan penjimatan yang murah berbaloi. Jika ada pun, ianya hanyalah bersifat sementara. Dan inilah dinamakan strategi pemasaran. Saya sangat berminat dengan pemasaran, kerana itulah semasa saya belajar mengenai komputer, saya ambil juga kelas untuk belajar mengenai pemasaran. Pemasaran sangat penting dan konsepnya itu boleh digunakan untuk memajukan diri, hatta dalam dunia blog Malaysia sendiri.

Ok. Saya bertanya tadi, adakah Telco atau syarikat telekomunikasi yang benar berikan penjimatan murah berbaloi?

Benarkah Telco Beri Penjimatan Murah Berbaloi?

Setakat yang saya nampak, kebanyakkannya merupakan satu gimik dan strategi untuk mendapatkan pelanggan. Ia seperti anda akan pergi ke sebuah pasaraya atau kedai yang ada jualan murah. Memang ada jualan murah dan potongan serta diskaun yang membuat mata pinar, namun di sebaliknya itu ada juga produk yang tidak ditawarkan diskaun sebenar. Yang penting, pelanggan mesti masuk kedai atau pasaraya.

Strategi Telco Dapatkan Pelanggan Baru

Samalah juga dengan strategi Telco. Yang utama ialah untuk mendapatkan pelanggan terlebih dahulu. Lebih banyak pelanggan, maka akan ada lebih banyak peluang untuk promosikan servis lain yang ada. Tidak kiralah anda pengguna telefon bimbit prabayar ataupun berbil, teknik ini akan diguna pakai supaya anda samada beralih ke Telco baru atau kekal bersamanya.
Banyak Telco atau syarikat komunikasi yang telah muncul. Ada Maxis, Celcom, Clickster, Tone Excel, Altel, Digi, Umobile dan sebagainya. Semua ada kelebihan masing-masing. Semua ada strategi masing-masing. Walaupun pihak ini kata dia yang paling berbaloi dan murah, namun impak jangkapanjang untuk pengguna masih lagi kabur. Benarkah ia merupakan Telco yang boleh berikan penjimatan murah berbaloi serta berikan segala kelebihan dari Telco yang lain?

Cara Sebenar Nak Berjimat Dengan Pemilihan Telco

Sebenar-benarnya ialah untuk berjimat dengan Telco masing-masing ialah cara kita menggunakan servis dan perkhidmatan itu. Semua orang mahu berjimat dan mendapatkan servis berkualiti tetapi murah, tetapi hakikatnya untuk membolehkan jimat dan murah itu adalah pada diri kita.

Cuba baca pengalaman rakan blogger saya ini - Pakej Telefon Malaysia Bebankan Pengguna Mungkin boleh dijadikan sandaran untuk memilih mana yang patut dipilih.

Nak dapatkan servis Telco yang berikan penjimatan murah berbaloi adalah diri kita - bagaimana uruskan dan guna servis tersebut dengan cara berhemah dan tidak berlebihan.

Jika kita rajin baca terma dan syarat mana-mana Telco yang dakwa berikan penjimatan sekalipun sudah ada ditulis dan tertulis, jika guna lebih atau guna terlebih, maka kena bayar certain amaun. Jika guna servis sekian sekian, ada caj perkhidmatan yang perlu ditanggung.

Sebagai pengguna servis telekomunikasi, anda adalah berhak untuk buat perbandingan dan penilaian. Jika fikir Telco ini sesuai untuk diri anda, maka pilihlah. Jika tidak, cari dan beralih kepada Telco yang lain. Itu sebab di Malaysia ada banyak syarikat telekomunikasi dan bukan lagi didominasi oleh hanya satu atau dua, semuanya itu adalah untuk berikan kelebihan buat pengguna.

Jangan silap memilih sudahlah.


17 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Replies
    1. Samalah .. siap supplement line lagi .. hehhee.. :) call sesama keluarga jimat murah .. :)

      Delete
  2. Gua malas nak cakap banyak... dah panjang lebar gua merapu dekat blog snediri

    jemput baca ek tuan hasrul - http://www.broframestone.com/2014/08/pakej-telefon-malaysia-membebankan-pengguna/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua dengan rendah hati baca dan sudah komen pun.

      Delete
  3. saya guna Tune Talk....ada point...boleh redeem

    ReplyDelete
  4. setakat ni saya setia ng celcom.. hehe.. berbaloi untuk saya. :P

    ReplyDelete
  5. Setuju. Strategic Planning + Marketing. Semuanya terpulang kepada penggunaan pengguna.

    ReplyDelete
  6. sedang meninjau peluang untuk tukar kepada ALTEL - laris jugak

    ReplyDelete
  7. selagi gua masih mampu bayar, gua bayar je tanpa banyak soal. hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab mampu tu betul, macam gua kata dalam blog Broframestone ... setia itu berbaloi... :)

      Delete
  8. servis/coverage tu yang lebih penting, sampai diceruk rantau....heeee

    ReplyDelete
  9. sama jg dengan yang lain tu masih setia dgn celcome..tak apa lah janji dpt line

    ReplyDelete
  10. Saya utamakan coverage dan kelajuan :)

    ReplyDelete
  11. telco kat Malaysia ni tak boleh nak letak quota unlimited dan harga murah..nanti poket org atas tak masyuk..

    ReplyDelete
  12. wlupun saya diberikan henfon/line/internet(data) secara percuma oleh syarikat (ada Telco sendiri) tmpt saya bekerja...tetapi register sebagai pengguna toneexcel kerana TE menawarkan apa yg tiada pd Telco lain & saya nampak peluang buat duit amat luas.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement