Terima kasih atas doa dan ucapan selamat yang telah diberikan. Alhamdulillah, Allah S.W.T kurniakan saya umur panjang dan kini sudah hampir melewati angka 40; tetapi masih belum lagi sampai di situ ehh ... :P.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi izin untuk saya kecapi hidup, dan memberikan kesempatan untuk menikmati segala limpah rahmatNya bersama keluarga tercinta, sanak saudara dan rakan-rakan taulan.

Saya berterima kasih kepada semua yang telah memberikan ucapan selamat hari lahir, panjang umur dan murah rezeki buat saya. Doa kalian semua saya amat hargai, dan semoga Allah S.W.T memakbulkan dan perkenan segala doa yang baik yang telah diberikan.

Dan saya juga mendoakan semua yang telah mendoakan kesejahteraan saya agar diberikan juga kesenangan hidup dunia dan akhirat. Semoga kita semua menjadi sebaik-baik manusia yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain. In Sha Allah.

Salah satu doa yang amat baik dibacakan semasa hari menyambut kelahiran:

للَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيْهِ

"Ya Allah, banyakkanlah hartanya, anaknya dan berkatilah apa yang engkau kurniakan padanya.."

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement