Tips keluarkan lemang dari buluh. Ada petua dan tips mudah untuk keluarkan isi lemang dari buluh. Saya dah cuba dan memang berjaya, malah anak saya yang umur 10 tahun pun boleh buat dengan jayanya.

Mudah. Memang teknik yang sangat senang nak dibuat untuk keluarkan isi lemang tanpa perlu anda gunakan pisau atau parang nak belah buluh lemang. Serius, anda tidak perlukan pisau dan parang, apa yang perlu adalah sedikit kudrat sahaja. Ala kudrat anak saya yang umur 10 tahun pun boleh buat, takkan anda yang ada otot kental tak boleh buat, ye tak?

Apa yang perlu anda buat ialah, hanya ketuk-ketukan batang lemang yang dah siap dimasak ke lantai. Ketuk batang lemang dengan bahagian pangkal (bawah) ke bawah seperti gambarajah yang saya sediakan ini.

Tips Keluarkan Lemang dari Buluh dengan Mudah

Tips Keluarkan Lemang dari Buluh
Selepas diketuk-ketuk ke bawah di atas lantai atau tempat keras, anda goncang-goncangkan sedikit buluh lemang tersebut. Goncang secara arah lawan jam, atau dengan kata lain, pusing-pusingkan batang buluh lemang itu.
Langkah mudah nak keluarkan lemang
Kemudian, terbalikkan, dan julurkan isi lemang tadi, julurkan perlahan-lahan sehingga semua isi lemang keluar.

Teknik ini akan membuatkan lemang keluar tanpa cacat cela, dan batang buluh pun tak perlu dibelah-belah. Malah, boleh diguna-pakai semula untuk tujuan lain jika mahu.

Ia juga boleh mengelakkan diri dari tercedera semasa membuka buluh lemang. Apatah lagi bila lemang tersebut ada benda tersembunyi yang anda tidak sangka-sangka.... hehehehe...

Lemang Dengan Isi Pisau


Hahaha.. awas ... beli lemang leh dapat pisau, gambar di atas adalah perkongsian dari abang ipar saya dari WhatsApp. Ni dah macam beli lemang, dapat percuma pisau sebilah.

Terfikir pula saya, mungkinkah teknik yang saya kongsikan ini adalah sebenarnya teknik akibat pisau pemotong buluh lemang telah hilang ... dengan tidak sengaja dimasukkan ke dalam isi pulut lemang seperti apa berlaku dalam gambar di atas ...


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement