Siapa ada tengok siaran Majalah 3 pada 25 Ogos 2014? Siaran Majalah 3 waktu itu menampilkan kisah biduanita negara, arwah Dato' Sharifah Aini yang telah meninggal dunia pada 4 Julai 2014 jam 1.26 pagi. Ia berkisar mengenai perjalanan seni yang telah dilalui oleh biduanita negara ini. Akibat daripada siaran Majalah Tiga TV3 ini, ramai yang menonton berasa tidak senang, dan ada yang anggap bahawa pihak TV3 telah tidak hormati permintaan terakhir arwah Dato Sharifah Aini.

Samada betul atau tidak, saya cuba cari kepastian mengenai permintaan terakhir arwah Sharifah Aini, apakah sebenarnya permintaan akhir beliau sehingga ada penonton Majalah Tiga yang berasa kesal dengan siaran tersebut.

TV3 Tidak Prihatin Permintaan Akhir Arwah Sharifah Aini?


"Bang, kenapa Majalah Tiga dok tayang gambar lama Sharifah Aini ni? siap tak pakai tudung ..." kata isteri saya bila sekilas saya tukar siaran ke TV3.
"Ehh kenapa?" tanya saya untuk kepastian.
"Bukan ke permintaan akhir arwah supaya orang tak sebar gambar-gambar lama dia dah? ... kalau tak silap la .." kata isteri saya.

Saya godek punya godek, dan akhirnya saya jumpa juga. Apa yang dikatakan isteri saya itu adalah bersandarkan video temuramah Prof. Dr Muhaya dengan Sharifah Aini (Kak Pah) dalam sebuah rancangan di TV9.

Permintaan Akhir Dato' Sharifah Aini Bersama Celik Hati Profesor Dr Muhaya


Tak berapa nak tangkap apa yang dinyatakan oleh arwah Sharifah Aini dalam rancangan Celik Hati ini? Ok .. saya cuba keluarkan satu persatu ...

YA ALLAH, Kak Pah cakap pun Kak Pah hendak menangis,”
“Tengok YouTube dengan rambut dan penampilan saya… saya malu pada ALLAH, terlalu malu…saya malu pada ALLAH…tapi itu sudah lepas, hendak kata apa lagi.
“Jadi saya ada permintaan pada stesyen televisyen, kepada kawan-kawan media, kalau nak keluarkan gambar tolonglah jangan keluarkan gambar dulu, gambar yang tidak berhijab.
“Kasihan dekat kita semua, kami semua sudah ‘move on’ ke jalan Tuhan. Hendak jadi lebih baik, hendak dekat dengan ALLAH, setiap hari kami mencari keredaan ALLAH,”

Jelas?

Jadi, tindakan TV3 menyiarkan siaran Majalah Tiga yang ada menampilkan gambar-gambar lama beliau boleh dianggap seperti telah tidak hormati permintaan yang jelas nyata disiaran langsungkan untuk tontonan semua.

Manalah tidak marah mereka yang sedar akan perkara ini.



Harapnya entri ini boleh dijadikan teguranlah supaya TV3 lebih sensitif. Saya tahu, dah macam proses pihak TV3 lalui terutama krew penerbitan Majalah Tiga untuk tapis cerita berkaitan arwah. Mungkin terlepas pandang sehingga lupa bahawa arwah pernah berpesan sebegitu.

Niat TV3 mungkin baik mahu imbau dan imbas apa yang telah disumbangkan oleh arwah Daro Sharifah Aini, tetapi sebaik mungkin cuba juga tonton rancangan terbitan MediaPrima yang lain .. supaya ambil tahu ... :) jangan harap penonton je nak tengok tapi orang TV3 sendiri tak tonton rancangan mereka, lebih suka tonton rancangan TV berbayar ... hoho ...

Al Fatihah.

22 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ada jugak berkata2 dalam hati ni... ikutkan memanglah dah putus hubungan amalan kita sepanjang didunia bila kita mati nanti..

    tapi itukan permintaan arwah, hmm tv3 tak alert tau :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. amalan tidak akan terputus apabila kita mati...itu lah yang orang panggil "saham"..hehehe..

      Delete
  2. Tadi pun saya tengok jugak.. Hmm terlintas juga saya tentang perkara ni.. Langsung tak fikir sensitiviti orang yang dah berhijab.. Tak patut keluarkan lagi gambar2 lama macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tgk citer lain..citer pasal yahudi nama Mark Zuckenberg cipta laman sosial nama Facebook .. hoho .. alih kejap je terus nampak majalah 3 dok tayang dan wife saya yg respon.

      Delete
  3. tak sempat tengok, tau-tau dah jadi perbincangan hangat di FB. tengok cerita Dibah Lori di TV9... ada Neelofa dan Wan Maimunah ketika tidak berhijab juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoho ... yang tu benda dah lepas tak leh nak wat apa, ni benda yang boleh elak ..

      Delete
  4. apa2 pon kita sedekahkan al-fatihah pada arwah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Hebat Kak Pah ni .. didik anak dia tu sampai .. ishh susah ooo nak didik anak jadi camtu .. mana ada anak skrang yang reti sgt nak sholat jenazah .. apatah lagi imamkan.

      Delete
  5. bukan sahaja TV3..Harian Metro juga mengeluarkan gambar beliau tidak bertudung..sehari selepas beliau meninggal..kadangkala pihak media ni ambil mudah tentang perkara seperti ini..tetapi memperbesarkan perkara yang remeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm tu la pasal. Bila blogger je buat .. pandai lak derang nak tembak kita ni .. hoho ..

      Delete
  6. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman...aminn...salam blogger HH

    ReplyDelete
  7. Patutnya, TV3 perlu peka untuk tunaikan permintaan arwah jika benar-benar ikhlas mahu menghargai sumbangan arwah sepanjang hayat beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sylarius ... mungkin entri ini boleh dijadikan landasan bahawa penonton peka.

      Delete
  8. Niat tidak menghalalkan cara. Memang niat TV3 tu elok tapi cara yng dia buat tu sgt tidak elok.

    ReplyDelete
  9. Doakan yang terbaik buat arwah.. TV3 mesti ambil langkah proaktif teguran penonton.. Jangan masuk telinga kiri kuar ikut idung..telinga kanan pun x sempat nak lalu..hehr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang saya harapkan. Mungkin entri ini tidak sesensasi lain, tapi wajar sampai ke TV3 untuk mereka nampak impak apa yang mereka siarkan. Jangan harapkan penonton sahaja utk prihatin, TV3 pun patut samalah.

      Delete
  10. tertanye jugak masa tengok smalam. kenapa boleh jadi camni..??sedangkan permintaan tu dibuat bukan sahaja bila dia dah takde..malah ketika dia masih ada lagi..

    ReplyDelete
  11. ada perasan malam tadi, harap akan datang pihak TV3 lebih prihatin lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku utk sebuah stesen TV yang punyai kakitangan hebat hebat.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement