Bidang kajian SEO secara 'luar bilik darjah' memang banyak. Jika anda gunakan carian Google mesti akan jumpa pelbagai artikel yang bercerita soal SEO ini. Anda boleh cuba segala pendekatan yang ada, tetapi percayalah ...... teknik hari ini takkan sama dengan teknik esok atau akan datang. Seperti yang saya beritahu awal tadi, SEO ini dinamik, dan bukan kita yang tentukan cara ia bekerja (untuk pastikan entri top rank di Google); tetapi pembangun enjin carian terutama sekali Google.
Percaya atau tidak, blog atau entri anda mungkin popular di carian Google, tetapi mungkin tidak di Yahoo atau Bing. Malah, jika anda gunakan kata kunci yang sama di Google untuk cari di Yahoo mahupun Bing, jangan terkejut jika anda tidak nampak entri mahupun blog anda pun tersenarai di situ.
Cuba baca artikel-artikel mengenai Teknik SEO Blogspot dalam blog ini. Mungkin ia membantu.
Semua orang yang ada laman web dan blog mahu entri dan informasi yang mereka kongsikan berada di halaman utama enjin carian. Ia akan membuktikan kejayaan mereka. Kejayaan dalam menyampaikan apa yang ingin disampaikan. Semua orang berebut untuk menjadikan blog dan laman web top rank.
Ramai rakan blogger saya kerap bercerita soal menggunakan Google Keyword Planner untuk memastikan entri yang ditulis berjaya di SERP dan mendapat tempat terbaik di enjin carian. Tapi, jujur saya katakan, saya tak menggunakan langsung pendekatan tersebut dalam teknik SEO blog ini!
Minat nak tahu pasal Google Keyword Planner? Boleh baca artikel rakan blogger saya ini - Tutorial Guna Keyword Planner
Apa yang saya buat hanyalah teknik-teknik asas SEO. Itu sahaja.
3 Teknik SEO Asas Ramai Kurang Faham
Soal asas inilah yang saya gunakan untuk membolehkan banyak entri-entri blog ini berada di halaman utama enjin carian.Apakah yang asas itu?
Reka Bentuk Blogspot
Pertama sekali ialah rekabentuk blog anda itu sendiri. Percaya atau tidak, walaupun anda gunakan Google Keyword Planner, jika blog anda tidak ada rekabentuk yang mesra SEO, apa yang anda buat adalah kerja sia-sia.Cara Menulis Entri
Keduanya ialah cara anda menulis entri anda. Jika anda telah set meta tag dan keyword umum untuk blog anda sebagai blog percutian; maka elak-elakkan untuk tulis entri yang diluar keyword umum tersebut. Ia akan menjejaskan reputasi dan authoriti blog anda.Contohnya, saya set meta tag dan keyword untuk blog ini seperti ditunjukkan di bawah ini:
Termasuk dalam teknik SEO asas ini ialah meta description untuk blog ini - hasrulhassan.com blog personal Malaysia menampilkan dunia blogger, tips seo, buat duit online, sembang blogger, widget blogspot, panduan menulis blog dan informasi malaysia
Lihat betul-betul, dan anda buat pemerhatian anda mengenai kata kunci yang saya gunakan, hoho .. jangan cilok dah la .. kesian kat saya ... :P
Banyakkan Entri Berkaitan
Ketiganya ialah selain dari reka bentuk, cara menulis .... yang antara paling penting anda perlu buat untuk asas SEO ialah perbanyakkan entri berkualiti mengenai apa yang disampaikan oleh blog anda. Katakan blog anda merupakan blog tentang masakan, anda perlu pastikan 90 peratus entri di dalam blog anda adalah mengenai masakan ......Idea Menulis Mana Nak Ada Selalu Bang ...
Erkkk hmmm mungkin idea banyak kali tersekat ehh, oklah, cukuplah ada lebih daripada 50 peratus kandungan blog anda mengenai masakan. Cuba anda lihat blog ini - Blog Resepi Masakan Terbaik Malaysia klik mana-mana bahagian blog tersebut akan nampak soal resepi dan masakan, termasuk segala segi - dari bloglist, gambar ... nampak benda yang ketengahkan niche atau tema blog tersebut.Anda perlu perkayakan blog anda dengan entri-entri yang merujuk kepada keyword yang telah anda tetapkan secara am untuk blog anda. Tidak boleh tidak, ia penting!
Siap.
3 Teknik SEO Asas
3 teknik SEO asas yang perlu anda praktikkan. Tak susah mana ye tak?- Reka bentuk blog mesra SEO boleh cari - saya sendiri dah sediakan pautan untuk muat turun beberapa template mesra SEO untuk blogspot.
- Kata kunci dalam meta tag blog - Anda tulis pada dashboard blogspot anda pun dah memadai, apatah lagi di bahagian Search Description pada dashboard entri blog anda.
- Banyakkan entri - Jika anda menulis blog bersandarkan kepakaran, pengetahuan dan pengalaman anda, ia bukanlah satu masalah besar.
Anda boleh. In Sha Allah.
Selamat mencuba.
:)
BalasPadamAssalammualaikum... bro HH,
BalasPadamthanks tip2 yang diberikan nie...
mselim3
Sama-sama, MSelim....
Padamterima kasih untuk tips tips ini :)
BalasPadamTerima kasih bro HH atas perkongsian bermanfaat ini.. Kerana entry2 abg HH la entry LeYa dah mendapat tmpt ranking google.. Alhamdulillah... nnti leya akan up blog abg HH di blog leya..
BalasPadamTerima kasih HH. Matlamat dua tahun seterusnya. Insha-Allah..
BalasPadamKadang2 tulis entry blog pun xde halatuju lg.. x tau apa yg mereka mint kt blog kita.. susah jgk..
BalasPadamtip blogging yang berguna...buat aku yang sentiasa belajar nak perbaiki diri
BalasPadamCedok mana perlu, buang mana tak perlu ...
Padammemang terbaik..aku memang gunakan keyword planner untuk mulakan operasi je..hehe..yang lelain tu lain ceritanya..:D
BalasPadamKeyword Planner tu aku kadangkala konpius nak guna, almaklum tak mahir ... :) nanti aku godek lagi pasal benda tu.
PadamAssalam.. berjalan di alam maya pagi ni & dihidangkan dgn tips yg bermanfaat dari tuan sifu. T kasih atas nasihat ini HH.. :)
BalasPadamNak mesra SEO ni kekadang tersalah mesra takot2 kena banned plak..terima kasih admin di atas perkongsian ilmu yang baru saya ketahui ini..
BalasPadamAssalamualaikum HH!
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian yang ebrguna ni.. Boleh saya tau, rekabentuk blog yang macamana lebih mesra SEO?
And macamana nak set meta tag tu ye?
Mohon tunjuk ajar.. Terima kasih.. ^^,
Rosmiza Ali Official Blog™
Boleh godek entri2 dalam blog saya ni, in Sha Allah akan jumpa, gunakan kotak carian yang saya sertakan dalam blog ni.
PadamMemang betul bagus tips ni.saya dah apply kan..dulu main ikut suka hati ja..
BalasPadamsebenarnya masih kurang faham lagi. kalau abang hasrul turun kl, mohon buat kelas.
BalasPadamIzzati yang shantek ... saya masih lagi tak layak nak buat kelas ...
Padamterbaik nih.. tak perlu susah nak buat yg pelik2.. simple2 pun dah cukup... okok
BalasPadamBetul tu ... tak perlu pelik2 selagi yang asas pun belum mahirkan diri.
PadamTips yg baik.
BalasPadamoh terfikir blog saya main campur aduk je. tak ada keyword yang tertentu..hehe
BalasPadamBoleh je nak campur aduk, tetapi kena pegang satu keyword dan main dengan keyword itu ... contoh, jika kita suka cendol, boleh je cerita pasal income blog, tetapi ayat cendol masukkan dalam entri blog.
Padammemang tip yang sangat berkesan...tahniah HH
BalasPadamHH duk parit buntaq ka haha jom2 pi pasaq kemboja haha
BalasPadamSaya jarang pi, isteri saya yang selalu pegi kalau nak tambah income ... jual online tudung dan kain ambil dari situ ....
Padamminta maaf bertanya Hasrul, boleh tak tamplate jenis etuza pakai tu nak letak scrol bloglist, tadi saya klik edit html..expand klik tak keluar kotak search kod.
BalasPadamSetiap template ada kelebihan dan kekurangan. Mungkin itu adalah salah satu kelemahan template yang digunakan.
PadamCabaran paling besar setakat ni ialah nak perbanyakkan entri :-)
BalasPadamTQ atas perkongsian..tu la..kadang2 konffius juga niche ape nak pilih untuk blog..hihu
BalasPadamTips yang sangat berguna. Tq tuan
BalasPadamTerima kasih kerana sudi jenguk dan baca tips SEO ini.
Padamterima kasih tuan Hasrul ...
BalasPadamowh... betul juga tu. yg simple tu lah selalu org cari sebenarnya ^__^
BalasPadamowh..template pun main peranan jugak rupanya.
BalasPadamInsyaAllah, nanti saya try template yg bro share tu :)
Ada banyak template yang boleh anda guna pakai untuk dapatkan SERP ..
PadamAlhamdulillah... SEO banyak membantu trafik blog RM walaupun hanya sesekali menerbitkan entri target trafik. Benar... template seo, content dan authority adalah penting utk memikat robot enjin carian.
BalasPadamYa. Tapi jangan lupa bahawa yang banyak baca blog kita ini adalah manusia, jangan sesekali abaikan 'kehadiran' mereka.
Padamsaya baru tahu mengenai ini..terima kasih berkongsi..nak terus cepat2 aplly
BalasPadamTerima kasih untuk tips SEO ni..memang kena belajar lagi ni nampaknya
BalasPadammesti buat 3 ni
BalasPadamPerkongsian yang hebat tuan..
BalasPadam3 perkara yang selalu blogger abaikan apabila mengekarkan sesuatu yang tidak mudah seperti adsense..
Ikhlas Dari
Along Misuari
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.