Saya nak ajak sembang blogger mengenai satu perkara biasa yang boleh jadi luarbiasa jika bijak gunakan sebaiknya. Saya nak cerita mengenai Fanpage yang ramai blogger dah buat untuk blog mereka mahupun diri mereka. Ok. Fanpage bukan untuk artis dan selebriti sahaja ye, ia merupakan satu branding untuk mudahkan orang yang ada akaun FB, ketahui benda baru yang berkaitan dengan blog anda (jika fb fanpage tu adalah fb fanpage blog).

Sesiapa sahaja yang ada akaun Facebook, boleh ada sebuah fanpage sendiri. Terpulang nak buat untuk tujuan apa. Dalam fanpage Facebook ini, ada banyak kategori. Jika anda lihat sendiri apa yang saya tunjukkan di bawah ini... banyak tu ...

Apa Guna Ada Fanpage Jika Tak Update!

Blogger bajet retis ada fanpage sendiri

Anda boleh cipta dan reka fanpage bersandarkan lapan kategori yang ada. Ia bertujuan untuk bantu apa yang anda usahakan mendapat reaksi dari pengguna Facebook. Jika anda ada bisnes boleh buat fanpage untuk bisnes anda, atau anda mewakili satu pertubuhan atau persatuan, contohnya Alumi sekolah, boleh buat fanpage untuk Alumni.

Atau anda seorang usahawan yang sudah ada jenama sendiri. Seperti +Ejam Othman yang ada jenama HEYdotMY untuk bisnes Pelikat Pants.

Atau anda ada servis berikan sewa kereta di Sabah seperti Kereta Sewa Sabah yang ada kemudahan tempah online untuk menyewa kereta di Sabah yang boleh anda buat tempahan mudah menyewa kereta pandu sendiri samada di portal atau di Facebook.

Atau anda ada komuniti atau tujuan murni seperti Projek Iqra yang merupakan FB fanpage untuk bantu anak-anak yatim peroleh pendidikan sempurna.

Banyak kemungkinan .... saya sendiri ada fanpage untuk blog ini di mana saya kongsikan tips-tips berkaitan blog dan blogger Malaysia yang ditulis secara ringkas dan padat. Malah, saya selitkan sedikit hiburan dalam page berkenaan, selain anjurkan giveaway mudah untuk pembaca blog ini.

Dah ada fanpage sendiri, jadi tanggungjawab dan prihatin anda untuk update dengan sebaik mungkin. Jangan hanya wujudkan dan biarkan sepi. Rugi anda nanti.

Saya ada satu fanpage, dek kerana saya kerap update ... dalam masa singkat fanpage tu dah dapat lebih 20 ribu likes; tanpa perlu saya promosi pun ... kalau ada pun saya cuma share apa yang patut. 20,000 likes ... perghh saya pun terkejut, kalah page blog ini yang lebih dahulu wujud dari fanpage tu.

Blogger Bajet Retis Ada Fanpage Sendiri

Saya nak kongsikan beberapa pandangan rakan blogger untuk jadi tatapan dan pedoman semua, yang sudah tentu mengenai apa guna ada fanpage jika tak update ... anda boleh baca sendiri di bawah ini:

"akak tak de fan page..tapi kan akak tegok ramai blogger tak reti nak manfaat kan fanpage dia.,..post kat fanpage dia semuanya artikal2 blog dia je..padahal macam2 vbenda dia boleh letak..bukan semata2 citer2 kat blog dia je..tu yang buat fanpage macam hidup segan mati tak mau sebab blog pun jarang2 update.patutnya bila blog tak update pun apa salahnya share2 la video ke,artikal2 yang bermanfaat dari mana2 laman web dan sebagainya.." - Diana Rashid

Ini merupakan salah satu komen yang telah ditinggalkan dalam entri blog ini - http://goo.gl/N1ozfY

Dah ada fanpage sendiri, bajet retis .... tapi tak update. Hoho .... sentap saya dibuatnya ... adakah saya ada fanpage yang ntah apa-apa dan bajet popular macam artis?

Jika anda ada fanpage tak kiralah apa tujuannya, pastikan ia tidak bersawang dan dibiarkan lalai tanpa ada update baru. Kasihan mereka yang berikan Like padanya .... hargai sedikit ok.

Hoho .. kalau anda tahu ... ada fanpage ni boleh jadi sumber lubuk buat duit online, leh jana income sehingga ribuan ringgit seandainya anda bijak menggunakannya....




29 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Gua ada fanpage, tapi biasa je...

    Yang power-power pun selebriti yang punya. Gua tukang jaga je dan monitor sahaja he..23x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm lu jaga, lu dapat bayaran ke bro?

      Delete
    2. saya pun ada,, tapi post reach tu yang tk best,, sikit sangat - kedaionlinemy.com

      Delete
  2. mmg betul..tak update, tak guna gak, mcam fanpage aku tuh..ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... sila terasa .. jeng jeng jeng ....

      Delete
  3. memang boleh buat duit dgn fanpage ni.. setahu st TAT kene seiring jgk lah

    ReplyDelete
  4. aduh terasa...
    memang ada benarnya.
    tengok saya fanpage bisnes tu hidup segan mati kalau boleh jangan ler...hehe
    kena buat sesuatu ni, cari idea set auto publish siap2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. minta maaflah andai terasa, tak niat pun nak buat terasa .... :) jadi dah terasa ni .. leh la buat apa yang perlu ye tak? hehehe

      Delete
  5. Yeop rasa benda tu perkara biasa. Kalau tak berupdate dalam page pun tapi update dalam blog pun sama juga. Kan kan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi Yeop, nanti FB akan pinggirkan Fanpage .. dan tak muncul di feed mereka yang LIKE.

      Delete
  6. page boleh schedule sepertimana blog, jadi ianya bukan alasan untuk tidak update :)

    ReplyDelete
  7. dulu fanpage ni ok sebab sekali pos beratus orang tengok sekarang fb dia nak untung lebih segala pos kita untuk sell online hanya dilihat oleh beberapa orang sahajja..like beratus ribu pun yg reach hanya berpuluh orang sahaja....kena guna trik tertentu untuk bagi penglibatan lebihbramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm kan.. FB pun tau benda tu boleh buat duit ... jadi rugilah mana yang ada fanpage tak rebut peluang ..... hoho .. trik apakah itu? boleh share dengan kawan2 tak?

      Delete
  8. Kena hidupkan kembali fan page ni..hihi dah agak nk naik sawang la

    ReplyDelete
  9. nad pun sentap bila akk tu bagi komen..hehehe..ok pasni kene update

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe .. sentap membina .. jangan sentap buat diri rasa down .... kena usahalah tu bila dah tersentap ye tak?

      Delete
  10. alamak... dah lama betul saya tak update fanpage. Adeh macam-macam nak kena update ni

    ReplyDelete
  11. Terima Kasih sbb sgt berguna ilmu nie...

    ReplyDelete
  12. hehee..sentap juge tkena kat btg hidung hehee ^_^ lepas ni kena rajin lg..adehhh ^_^

    ReplyDelete
  13. Betul juga, share dari artikel orang lain pun kira ok gak...
    next time aku buat...
    Nak hidupkan fan page aku yang kurang like tue...
    ha haa h

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat. Jangan tak buat. Boleh je tgk page orang lain camner mereka handle nak naikkan like tanpa paksa ....

      Delete
  14. ehhh macam penah baca je blog tu... hahahhaa.... tapi sokong apa yang ditulis... sha ada fanpage dibiarkan kosong je, sebab dah lama buat tapi tak tahu apa fungsi.... lebih suka guna personal FB untuk update apa2... sebab yang tu je Sha kasik on... agagaga

    ReplyDelete
  15. saya ada fanpage, tapi tak aktif dan takde org like pun. sadis betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti saya kongsikan cara mudah dan percuma untuk dapatkan like fb, mahupun follower fb, instagram, twitter ... tunggu... :)

      Delete
  16. Benar apa yg dikatakan tu. Terima kasih sifu membuka minda ^__^

    ReplyDelete
  17. Ha'ah betol2.. jangan link blog je...

    Deno selalu update kat fanpage, tak kisah org like ke tak.. hihi...Ada je update.. Setiap hari... hihik^^

    ReplyDelete
  18. Terima kasih tuanHasrul Hassan, memang ramai yang ada fan[age facebook, tulah tak update. inilah yang menyebabkan ramai terasa malas nak like page mereka. moga lepas baca artikel ini, sama-sama kita manfaatkan fanpage yang ada.

    ReplyDelete
  19. Saya ada page....himpunan gambar lawa..ada la dalam 8k lebih likers..huhu..sy tgh pk cm ne nk buat duit..mcm blog boleh guna nuffnang buat duit..huhuuu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement