Sekarang, alhamdulillah saya sendiri adalah bukti nyata ia semuanya benar!
Andai nak dibandingkan dengan zaman masa saya masih lagi remaja, masih lagi di IPT, kemudahan untuk berbisnes dari rumah ini agak terhad. Namun, sekarang peluang untuk mempunyai bisnes sendiri semakin terbentang luas. Apatah lagi, bisnes atau perniagaan yang pelbagai sudah boleh dimulakan menerusi medium seperti Facebook, Twitter mahupun Instagram.
Ya, dah jadi sangat senang.
Katakan hari ini anda tetiba tergerak hati nak berniaga dan mempunyai bisnes sendiri, hanya dalam beberapa jam sahaja dah boleh mula. Apa yang anda perlukan hanyalah produk dan kemudian platform perniagaan anda.
Bisnes Dari Rumah - Mulakan Kurang 12 Jam
Bila nak mulakan bisnes dari rumah, perkara pertama sekali nak kena fikir ialah produk. Anda harus fikirkan produk apa yang anda mahu jual. Anda boleh pilih untuk adakan produk sendiri, atau hanya pasarkan produk milik orang lain. Ada macam-macam produk, ada macam-macam bentuk bisnes. Jika tak tahu nak pilih produk dan bisnes apa, mungkin anda boleh rujuk entri saya yang ini - 50 Idea BisnesPeluang bisnes yang diberikan sekarang paling mudah ialah bisnes online. Bisnes online saya anggap mudah, cepat dan berkesan; sebabnya anda boleh setup perniagaan hanya dalam masa satu hari. Dalam satu hari, anda boleh lakukan perkara-perkara berikut:
- Dapatkan produk untuk dijual - 1 hingga 3 jam.
- Daftarkan perniagaan dengan SSM secara online - 1 jam.
- Setup blog perniagaan - 1 hingga 2 jam.
- Setup laman sosial untuk perniagaan di Facebook, Instagram mahupun Twitter - 1 jam.
- Buat pemasaran menerusi blog dan laman sosial - 2-3 jam.
Kurang dari 12 jam, atau kurang sehari ... anda dah boleh ada bisnes sendiri dari rumah. Modal? Anda hampir tak guna modal, lebih-lebih lagi jika anda pasarkan produk orang lain. Anda hanya tumpukan soal pemasaran sahaja.
Dua Cara Popular Jana Income Dari Rumah
Dua cara bisnes dari rumah pasarkan produk orang lain iaitu menerusi affiliate dan juga dropship. Dua-dua cara bisnes ini tidak memerlukan modal, apa yang anda lakukan adalah lebih kepada pemasaran. Jika ada modal terbabit pun, ia lebih kepada pemasaran.Bisnes Sendiri
Ok. Ada yang mahukan perniagaan sebenar iaitu perniagaan kepunyaan sendiri. Tidak menjadi masalah, sudah ada banyak bisnes yang boleh mula dari rumah, contohnya bisnes tudung secara online atau bisnes buat coklat homemade.Bisnes seperti ini modal permulaan yang paling penting ialah ilmu dan panduan mengenainya. Ramai yang mahu bisnes sendiri dari rumah yang gagal kerana kurangnya ilmu mengenainya. Kalau ada ilmu pun, ada yang lompang dan tidak lengkap.
Seperti bisnes printing tanpa modal yang sekarang menjadi satu sumber income lumayan bagi kebanyakkan student-student IPT. Percayakah anda jika saya katakan ada seorang pelajar USM di Kampus Kejuruteraan mampu beli kereta sendiri secara tunai hanya dengan bisnes cetak t-shirt I AM? Dan beliau hanya jalankan bisnes itu dari rumah sewa RM300 sebulan?
Saya sendiri ada paparkan kejayaan seorang blogger yang kini sudah ada butik sendiri hanya jual tudung sahaja. Biasa dengar Radiusite? Dah jadi jutawan pun ...
Makanya, bisnes dari rumah memang satu realiti dan ia sudah semakin mudah untuk diceburi. Apatah lagi di zaman di mana semua orang dok sibuk nak shopping online... berjam-jam mengadap laptop, komputer, tablet, ipad .... berjam-jam mengadap Facebook, Instagram mahupun blog ....
Inilah peluang. Tak rebut rugi.
Gagal? Cuba lagi... kali ini lakukan dengan ilmu yang betul.
boleh dijadikan panduan..kena rajin promot. Usaha yang gigih inshaAllah ada rezeki
BalasPadammana2 kerja pun kene ada usaha,, mana ada orang trus naik atas tnpa buat apa2 - kedaionlinemy.com
PadamIlmu pun kena ada..kena rajin-rajin cari ilmu berkenaan cara bisnes dari rumah ni..
BalasPadamnice sharing...
BalasPadamYang penting iltizam yang tinggi ;)
BalasPadambisnes online kini bukan lagi perkara asing..yang penting kita sediakan perkhidmatan terbaik dan jujur untuk pelanggan
BalasPadambetul, zaman sekarang terlalu banyak peluang utk mulakan bisnes secara online. antara mahu tak mahu aje. hehe..
BalasPadammemang hebat la abg hasrul ni..terbaik !!
BalasPadambisnes dari rumah harus diawali dengan niat yang kuat dan tidak bosan pantang menyerang untuk mempromosikan produk di internet minimal 2 jam sehari, kalau lebih lama lebih bagus promonya, terima kasih sudah barbagi artikel yang menarik sekali
BalasPadamGambar last sekali best.. Macam buku Robert T. Kiyosaki plak...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.