Jadinya, saya lakukan inisiatif untuk tulis entri yang berkaitan tips blogging, tips SEO, cara menulis blog dan macam-macam lagi termasuklah perkongsian saya mengenai widget blogspot yang boleh digunakan oleh blogger Malaysia.
Blog Peribadi Dedah Tips Rahsia Blogger Berjaya
Blog peribadi?Kira peribadilah sebab ia merupakan tips blogging yang saya sendiri gunakan. Mungkin ada blog lain yang buat atau papar entri yang sama; samada tuan punya blog praktikkan, itu di luar bidang pengetahuan saya. Jika mereka beritahu dan tunjukkan bukti, mungkin mereka dah buat cara tersebut.
Memang benar, kebanyakan tips dan panduan blogging yang saya kongsikan, saya dah cuba. Mungkin ada beberapa entri yang saya cuma kongsikan, tetapi saya tengok dulu samada ia berbaloi atau tidak saya tulis dan berikan pada anda yang mencari entri sebegini.
Cuba Untuk Tidak Menulis Tentang Tips Blogging
Saya nak cerita perkara lain sebenarnya dalam blog ni, termasuklah kisah saya gi sana sini, pergi bercuti, makan-makan, tapi nampaknya yang banyak sambutan adalah entri-entri yang berkaitan dunia blog dan tips blogging. Jadi macamana?Mungkin saya berhenti cerita pasal tips blogging, panduan blogger, kongsi widget blogspot dan sebagainya. Lepas tu, saya buat kelas belajar blogging .. saya caj RM100, RM200 untuk hadir; agaknya ada yang nak pergi tak?
Ok. Bagi blogger yang berduit tu mungkinlah akan pergi. Jadi, bagaimana dengan blogger baru yang cuba nak tempatkan diri dalam dunia blog ni? Takkan selamanya nak suruh mereka follow blog-blog yang dah memang terkenal sana sini? Peluang mereka bagaimana?
Nak belajar untuk kejar impian jadi blogger berjaya, kena bayar sekian-sekian harga. Alamatnya, blogger baru akan terus jadi blogger baru. Terus jadi pengikut dan pembaca blog-blog yang dah berjuta-juta pageviews tu. Peluang mereka ditentukan oleh blogger senior .... hmm ....
Blog ini adalah untuk dijadikan panduan bagi blogger baru yang nak bertatih, nak dapat tempat dalam dunia blog, nak tahu cara dapatkan trafik, nak tahu bagaimana nak ada orang baca tanpa perlu jadi popular dan ada ramai pengikut; itu yang saya tampilkan dalam blog ini.
Bayar nak jadi blogger profesional .. oklah, belajar cara menulis yang boleh datangkan income, ok ... boleh masuk kelas, bayar sekian-sekian .. sebab bila keluar kelas, dah boleh jana income sendiri dengan menulis blog; maka perlu untuk pelaburan untuk ilmu tersebut.
Blog ini saya tulis untuk dedikasikan pengetahuan yang ada untuk bantu blogger kecil, blogger picisan, blogger sekadar di pinggiran yang dok tulis macam-macam di dalam blog tetapi mereka tak dapat tempat. Nak dapat tempat, kena buat itu dan ini .. bukan semua orang ada masa seperti itu.
Saya yang blogger sepenuh masa pun tak terkejar, apatah lagi blogger yang buat blog di kala waktu lapang ....
Benda ni saya fikir lama dulu...
Memberi Lebih Baik Dari Menerima
Kemudian, tinggggg ... rezeki dari Allah S.W.T; bagi saya kesempatan untuk muncul dalam dunia blog Malaysia, sampai ada yang berikan title kat saya yang sememangnya tak layak pun pegang. Jadi, sebagai kenangkan waktu susah nak naik dan wujudkan jenama sendiri dalam dunia blog ni, saya sedikit demi sedikit relakan diri setiap hari tidur jam 3-4 pagi, cuba pelbagai teknik berblog. Tujuannya cuma satu, saya nak berikan ilmu pengetahuan tentang blogging ini kepada orang lain, secara percuma.Tips blogging yang sering orang cakap ialah menulis kena ikhlas, kena dari hati ... tapi realitinya, ramai dah blogger yang tulis macam tu .. .. tapi ... mana kedudukan blog mereka? Masih lagi perlu jadi pengikutkah?
Blogger itu dapat itu ini, dapat buat duit online, dapat tajaan macam-macam, blogger lain?
Saya pun bukannya akan terus terusan berikan tips blogging. Saya dah tua, esok lusa tak siapa yang tahu kerana ajal itu boleh datang bila-bila masa.
Terima kasih pada semua orang yang baca blog saya ni, yang geledah segala macam ilmu pinjaman Allah S.W.T berikan pada saya, saya syukur .. saya boleh menulis dan berkongsi tips blogging kepada semua orang. Semoga apa yang diberikan ini akan bantu saya dilapangkan kubur, dan diberikan redha oleh Allah S.W.T.
In sha Allah.
p.s: Dalam dunia blog ni, trafik memang sangat penting. Dari trafik itulah, anda boleh sulam entri-entri blog anda supaya dikenali dan dapat tempat; tak ada trafik maka esok lusa matilah blog tersebut. Semua orang kagum dengan blog yang ada trafik tinggi .... tak percaya? Tanya diri sendiri ..
bagus bang bagi free nanti allah bagi murah rezeiki kat bang...rezeki datang tak semestinya dgn buat seminar caj sana sini
BalasPadamSelagi saya termampu, akan sampai masa, saya akan berhenti menulis .. dan mungkin saya hnya perlu bercakap sahaja .. hoho
PadamNak komen di bwh iklan2 dok bergentayangan berkelip2. komen cni bolehlah ya sifu...
PadamTakpa... Kita bg free kat org, Allah byr cash kat kita. Dlm pelbagai bntuk. Kasih syg pun rezki juga ^__^
ada nasihat yang berguna..
BalasPadamterima kasih HH, banyak memberi banyak menerima
BalasPadamAssalammualaikum... bro HH,
BalasPadamtraffik oooo traffik... hidup hanya untuk memberi... Bro HH selalu memberi ilmu untuk blogger lain.. thanks bro... moga bro sentiasa istiqamah memberi ilmu yang berguna utk mselim3...
mselim3
Selagi dalam kemampuan, saya akan cuba berikan kepada semua.
Padamhebat tul HH tq tips memang ada manfaatnya..tapi blog Etuza tu ada ke nak tengok baca bagai.hehehe ...peribadi ..
BalasPadamterbaik :)
BalasPadamBenar...tanpa adanya trafik, bagaimana ilmu hendak disampaikan dan disebarkan dengan meluas... Mahu atau tidak, perlu akui juga bahawa trafik itu penting!
BalasPadamYa. Trafik itulah yang sebenarnya KEKUATAN BLOG untuk jana income, dan tutup mulut mereka yang anggap blogging satu benda tak pekdah. Bila nampak duit .. ramai yang akan angguk tanda setuju.
Padambenar sekali... terima kasih nasihatnya ^_^
BalasPadamSama-sama Achik. Saya lihat achik pun dah makin berjaya dengan blog.
PadamSaya kagum denga Tuan Hasrul Hassan yang tidak pernah jemu untuk berkongsi informasi tenang tip, teknik, cara untuk menadapat trafik, nak edit template , nak suruh blog mesra SEO, rahsia dapat vontest SEo dan sebagainya. Saya doakan agar blog Hasrul Hassan terus maju jaya. Insya Allah... saya akan sentiasa menyokong setiap apa yang tuan lakukan.
BalasPadamusaha bro tu buat orang kagum...bro dah memberikan banyak tips dan pedmona buat mereka yang baru nak bermula macam aku
BalasPadamSaya tunggu jugak, apa isinye tuan? Nanti buat kelas InsyaAllah saya akan masuk..
BalasPadaminfo yang menarik. thanks for sharing
BalasPadamJemput singgah blog kami www.awesomevitaminsever.blogspot.com
dari segi branding, tips blogging tu memang dah lekat kat blog ni. keep up the good work boss :-)
BalasPadamwahhh...pendedahan berani mati punya nih...
BalasPadammemang tak mudah jadi seorang yang berjaya...
banyak ranjau dan liku2 yang perlu dihadapi...
thanks sebab berkongsi....
Terima kasih tuan... your sharing dah byk membantu saya dalam berblog... semoga tuan murah rezeki...
BalasPadamAlhamdulillah...saya follower baru tuan..saya dah biasa berblog, tapi mungkin sebab teknik tak kena..perlu lebih banyak korek ilmu dari tuan. Boleh singgah blog saya untuk komen. Thanks in advance.
BalasPadamTerima kasih ummu hasni kerana menjadi pengikut blog ni ... saya hargai.
Padamkita memberi 1, Allah balas 10 insyaAllah! semoga bro sentiasa murah rezeki
BalasPadamAlhamdulillah, terima kasih .. dan in Sha Allah.
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.