Apakah cabaran untuk menjadi seorang house husband? In Sha Allah, dalam blog post kali ini, saya akan kongsikan sedikit pengalaman berharga saya kepada anda. Untuk info, saya telah mula berblog sejak 2008, dan saya menjadi house husband sejak 2010 lagi. Bermakna sudah 4 tahun saya menjaga, mengurus rumahtangga, dengan sokongan isteri saya.
3 Cabaran Utama Menjadi House Husband
Cabaran utama untuk menjadi seorang house husband ialah kemampuan diri. Adakah anda seorang suami mampu untuk pikul tanggungjawab yang biasanya berada di bahu si isteri? Bukan mudah untuk menguruskan rumahtangga ni. Serius, jika anda fikir tidak berkebolehan, maka dapatkan kemahiran itu terlebih dahulu.- Kebolehan untuk menguruskan anak-anak, terutama jika bayi kecil.
- kena tahu mandikan bayi
- kena tahu sakit lesu bayi
- kena pandai baca reaksi bayi
- kena tahu bila bayi lapar, nak bermain dan sebagainya
- Kebolehan mengemas rumah
- Kebolehan memasak dan menyediakan makanan
- Kebolehan membasuh, menyidai dan melipat pakaian
Anak-anak Adalah Cabaran Utama Menjadi House Husband |
Cabaran utama yang kedua ialah bagaimana anda sebagai ketua keluarga menyara kehidupan anak isteri bila anda tidak lagi bekerja makan gaji, atau mempunyai satu kerja perjawatan tetap. Bab ni memang awal sangat bermasalah, terutama pada diri saya. Serius. Ianya berlaku pada diri saya.
Saya buat blog bukan terus jana income berterusan. Tidak ya tuan-tuan dan puan-puan. Saya kena usaha siang malam memastikan apa yang saya usahakan itu berhasil. Makan minum pun ntah ke mana, sehingga badan saya menjadi slim dengan semulajadi.
Isteri saya pun awal-awal agak skeptikal dengan apa yang saya usahakan untuk mencari pendapatan sendiri. Bolehkah blog janan income? Bolehkah blog buat duit?
Saya usaha macam-macam. Banyak bisnes online saya ceburi. Semuanya timbul tenggelam. Ada yang ok, ada yang tidak ok, ada yang ok sekejap ... ada yang lansung tak dapat apa-apa. Boleh katakan apa yang saya usahakan mula-mula ibarat kais pagi makan pagi esoknyalah.
Jangan cepat putus asa. Dengan keyakinan yang sedikit sebanyak mula dicambah oleh isteri kepada saya, alhamdulillah, berjaya juga tempuhi saat-saat sukar.
Contohnya macam saya; ketika saya dapat tawaran melancong percuma, ramai juga yang tidak percaya saya dapat benda tu menerusi hobi dan minat saya berblog. Mereka tak merasai apa yang saya rasa. Apatah lagi bila saya katakan, saya boleh dapat iPad Mini percuma dengan blog .. lagilah mereka jadi semakin kagum.
Lepas tu, bila keadaan semakin bagus, saya tulis dan tunjukkan di blog bahawa memang boleh buat duit di internet dengan adanya blog. Saya paparkan bukti-bukti duit masuk bank, saya tunjukkan bukti saya dapat hadiah macam-macam dengan blog .. maka pandangan-pandangan ini sedikit sebanyak, makin lama sehari demi sehari terkakis.
Cabaran menjadi house husband boleh diatasi jika kita tahu kekuatan diri dan memanipulasinya supaya boleh berikan kebaikan buat diri dan keluarga. Elakkan diri dari mudah putus asa, dan rajinlah berusaha untuk mencapainya.
In Sha Allah. Ianya boleh dilaksana.
p.s: Nanti saya akan kongsikan banyak tips dan panduan untuk para suami yang mahu jadi seorang house husband yang baik. Jangan mengeluh tgk cabaran-cabaran di atas, sebab ada penyelesainnya.
KM kagum dengan lelaki yang jadi househusband ni... =)
ReplyDeleteMotivasi penting
DeletePerkongsian yang berguna ni sifu HH. Buat blog dan bekerja sendirikan :-) Kena kuatkan semangat dan berusaha untuk berjaya tanpa putus asa.. :-)
ReplyDeleteGood job bro...pandangan masyarakat melayu mmg segelintir sgt memandang rendah...tp sgt bangga...ajar lagi bro...julia bercita2 nak jd house wife...
ReplyDeleteAzam kena kuat, dan tak mudah mengalah. Kena cekal dan sentiasa berusaha dengan keupyaan maksima.
DeleteThanks bro HH. Teringin jugak jadi house husband ni. Boleh jadi inspirasi. Hehe.
ReplyDeleteMemang ramai yang pandang rendah bekerja online begini di Malaysia, saya sendiri pun terkena juga kadang2 tapi kena explain jugak lah.
ReplyDeleteItulah. Inilah tujuan saya menulis entri ini supaya orang di luar sana lebih faham.
Deleteterbaiklah bro, macam-macam tugas isteri boleh buat, kalau yang tak boleh pun susu badan je...heeee
ReplyDeleteHehehe.. tapi skang ni dah ada satu alat yang boleh suami pakai kat badan dah .. hoho ...
Deletehati kena kental kan bro?.... bukan senang sebenarnya. Saya tgh laluinya skang ni...sana sini cari projek dlm masa yang sama tak nak anak2 terabai...
ReplyDeleteBetul tu. Saya siap jumpa ntah sapa2 offer mereka promosi bisnes di blog.
DeleteSebab tu blog Sembang Sukan muncul utk dijadikan salah satu sumber perdapatan sejak jadi househusband sepenuh masa ni...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.