Dari sumber Utusan Malaysia Online, pihak kerajaan Arab Saudi telah menafikan laporan tersebut dan menyatakan ia merupakan satu fitnah yang amat besar, yang boleh memecah-belahkan umat Islam di dunia. The Independent telah menulis bahawa kerajaan Arab Saudi bercadang untuk memindahkan makam Nabi Muhammad S.A.W bersandarkan kepada satu pelan cadangan warga akademik Arab Saudi.
Pelan pemindahan makam Nabi Muhammad S.A.W menurut apa yang dilaporkan oleh media barat The Independent, adalah disebabkan oleh binaan yang dibuat di sekitar makam Nabi S.A.W dibina oleh Syiah Muslim.
Isu The Independent Perpindahan Makam Nabi Muhammad S.A.W
Pelan tersebut juga dicadangkan atas sebab (antara lainnya) untuk mengelakkan umat Islam dari melakukan perbuatan yang boleh disamakan dengan perbuatan syirik. Warga akademik Arab Saudi meihat bahawa kebanyakan umat Islam datang ke Madinah seolah memuja berlebihan akan makam Nabi Muhammad S.A.W, yang dikhuatiri boleh menjejaskan keimanan dan membawa kepada perbuatan pemujaan.
Dr Alawi, director of the Islamic Heritage Research Foundation, told The Independent: “People visit the chambers, which are the rooms where the Prophet’s family lived, and turn towards the burial chamber to pray.
"Now they want to prevent pilgrims from attending and venerating the tomb because they believe this is shirq, or idolatry. But the only way they can stop people visiting the Prophet is to get him out and into the cemetery." - The Independent
Cadangan atau pelan tersebut merupakan dokumen 61 muka surat yang mengandungi cadangan untuk memindahkan apa sahaja (berkaitan tubuh dan anggota badan) Nabi Muhammad S.A.W ke perkuburan al-Baqi yang berdekatan dengan Masjid Nabawi, tanpa diketahui dan tanpa nama.
Serius isu ini boleh menimbulkan ketegangan umat Islam seluruh dunia.
Saya tak boleh nak ulas apatah lagi nak berkata lebih mengenai isu ini, tetapi penting sebagai umat Islam mengetahui akan adanya cadangan ini. Biar mereka yang mahir selok-belok hal ini membincangkannya seandainya wujud kebenaran akan cadangan perpindahan makam Nabi Muhammad S.A.W.
Saya melihat dan menyedari ada pihak-pihak lain yang cuba menyelit di sebalik isu ini. Amat penting sekali umat Islam dewasa ini memahami lebih lagi mengenai Islam, dan bukan sekadar hanya soal ibadah sahaja.
Klu arab saudi dah kata ini fitnah besar, apa agaknya maksud tersirat mereka? Kenapa disebut syiah? Ahli akademik, adakah mereka termasuk ulama?
BalasPadamIsu ini wujud (pindah makam) disebabkan oleh adanya kekhuatiran golongan akademik bahawa orang warga marhein (biasa) yang tidak faham sehingga menjadikan makam Nabi sebagai tempat pemujaan.
PadamZiarah tidak salah, tetapi bila memohon doa itu seolah meminta pada Nabi Muhammad S.A.W adalah salah sama sekali. Yang patut hanya kepada Allah S.W.T sahaja.
Setuju. serahkan pada Ilmuwan islam untuk kupas isu seperti ini
BalasPadamSemoga ada kebaikan kepada Umat Islam.
BalasPadamemm... bila nawaitu ke Makkah disalah-erti.. memang ramai taksub sangat memuja makam2 nabi... astaghfirullahalazim...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.