Perhatian diberikan kepada blogger yang lantang bersuara menerusi blog masing-masing. Dan perkara ini bermula bila satu satu naik kes ke mahkamah berkaitan blogger. Walaupun yang terbabit itu blogger yang dalam niche politik, tempias tetap juga dirasai blogger lain.
Kecelaruan Dunia Blog Malaysia
Kes blogger caci maki blogger lain, kes blogger jatuhkan dan busukkan nama blogger lain. Kes hasad dengki, kes menyamar, kes penipuan identiti, kes berbalas-balas entri penuh imarah ... mula menjebak. Jika mulanya hanya berlaku dalam blog yang berpaksi parti politik, ia kemudian menular ke blog-blog personal. Manakala blog-blog informasi ... menjadi 'orang tengah' menghangatkan situasi.Saban waktu ada sahaja nama blogger naik di dada akhbar atas kes-kes yang boleh saya sifat memalukan. Paling ketara kes blogger yang muncul dengan blog papar kisah seks mereka. Memang terkejut satu Malaysia.
Blogger Popular Mula Jadi Bahan
Blogger-blogger popular mula jadi target individu tertentu. Kes gambar blogger dijadikan cover buku seks. Kes blogger diceraikan menerusi blog. Kes blogger sindir-sindir blogger lain ....fuh ... kes itu kes ini, jika nak disenaraikan, nampak macam dunia blog ni dah banyak benda negatif dah. Banyak isu tersebut jadi highlight blogger lain.Dan saya, tak terkecuali dalam menjadi agen merencana cerita. Kesalahan yang sangat saya kesali. Atas kerana mahukan trafik, ada cerita yang boleh jadi sensasi saya paparkan di blog walaupun corak penulisan saya sudah disaring tapis agar tidak bawa aib yang boleh membinasa.
Tapi manusia, ibarat permainan telefon rosak. A kata jong jeng .. B dok sebut jeng jong .. sampai ke pengetahuan C... udah jadi jong jong ... jadi camner? Yang kasihan adalah pengunjung dan pembaca yang terbawa rasa dan emosi.
Hati Kena Tenang Bila Menulis Entri
Saya dah pernah berkata berkali-kali di dalam entri blog ini, amatlah perlu bila mahu menulis sesuatu bilamana hati, perasaan, emosi dan akal berada di dalam keadaan stabil. Bila dok marah, dan menulis .. pasti sekali ia akan didorong oleh emosi melampau sehingga membolehkan iblis dan syaitan curahkan lagi pemangkin membara.Manusia ini mudah terlanjur dan terbabas. Saya akui, dalam perjalanan saya menulis blog, ia memang berlaku. Walaupun ia tidaklah sekerap mana, tapi ia akan berlaku. Percayalah, jika tidak hari ini, esok lusa .. mungkin hati yang sudah lama bersabar meletup juga... dan blog yang menjadi medium mudah luah rasa akan jadi pengantarnya.
Bukan apa, jangan sampai satu masa ... masyarakat sudah pandang rendah pada blogger. Nak percaya ke tak nak, nak baca ke tak, apatah lagi benda-benda lain yang berkaitan dengan blogger yang memang kerjanya buat blog sepenuh masa.
Hoho ... penat blogger-blogger kurun dulu berusaha naikkan nama blogger di persana online, sehinggakan menjadikan blogger satu kerjaya. Tapi bila dah sesama blogger main tikam-tikam ni .. tak seronoklah rasa.
Kita ingat pada Tuhan. Cuba-cubalah kita istifar.
Bila dah berada di dalam dunia blog, maka kentalkan jiwa, kerana jiwa blogger perlu kental untuk hadapi segala dugaan dan kemungkinan.
Lihat atas dan lihat bawah. Hari ni kita top, esok ke tak top dah ...
betul sesangat tu..kalau dah ke lubang, memang takde dah update blog..:D
ReplyDeleteSebelum kita ke atas, kita dari bawah dulu.... hmm seronok jadi blogger picisan macam ni je... takde serabut nak fikir siapa nak dengki kat kita... siapa nak tulis blog tentang kita... yang penting happy :)
ReplyDeleteSaya juga sedang belajar banyak untuk menjadi blogger.
ReplyDeleteTerima Kasih. Peringatan yang sangat baik bagi Ani yang baru nak serious dalam berblogging. Terima Kasih :)
ReplyDeleteSemoga Kita dijauhi perasaan hasad dengki... Amin.
ReplyDeletesatu artikel yang menarik untuk dihadam... memang betul2 makan dalam...
ReplyDeletenamun begitu...blogger juga manusia...tempat luahan perasaannya adalah blog...
di sini rumahnya...di sinilah tempatnya mengungkapkan perasaan dan pandangannya...
bila di jentik sudah pastilah dia akan terasa... sedangkan dia tak pernah jentik orang...
Deleteitu satu contoh...
ada sesetengah blogger suka sangat mengutuk keji orang lain sejak dari zaman awal dia berblog sampai dah beranak pinak... hanya itu kerjanya...walhal orang lain itu tidak pun pernah kisah atau peduli tentang dirinya...
Deletenamun dia suka pula mengusik orang lain... seperti dia adalah paling sempurna... paling hebat.. paling gah...
mohon hasrul hassan tidak begitu...
lebih hairan lagi apabila dia di usik, dia tahu pula untuk melenting...cari populariti dengan jalan murah?
Deletetak ke mana...
selagi bernama manusia..masalah ini tetap akan ada punya
ReplyDeleteBetul. Tak boleh tidak, kena juga terima hakikat bahawa akan ada masa, kita termakan pujuk rayu nafsu dan bisikan syaitan.
DeletePena umpama lidah setajam pedang apabila menghiris.
ReplyDeleteNak jadi blogger yang jiwa kental jugak,tapi perempuan jiwa tak kental sangat..kalau kena bahan.cepatlah rasa nak undur diri..
ReplyDeleteAda je blogger wanita yang kekal maintain .. walaupun kena bahan ..
Deletein sha Allah.. tulis yang baik-baik sahaja kerana blog juga merupakan platform untuk menjana pendapatan akhirat..
ReplyDeleteBetul tu... tapi manusia, selalu lupa .... jadi kenalah sesama beringat dan beri ingatan.
Deletehentam saje le labu.
ReplyDeleteSaya tak femes.. So tak rasa apa lagi... Koh koh
ReplyDeleteNak jadi blogger yang kekal ...keras, degil, teguh dan tak jemu2...ada lagi...?
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.