Amboi. Macam kena perli lak isteri saya oleh penghantar GDex ni. Hoho ... "Kak, ada lagi ke barang tak sampai?" ... hmmm kata isteri saya .."A'ah .. ada lagi .. " Tanda saya dan isteri masih lagi belum puas shopping online di Lazada Malaysia. Mana taknya, ada banyak tawaran giler kentang serba menarik. Setakat pengalaman shopping online di Lazada Malaysia, ini baru pertama kali beli barang online lebih daripada RM1K dalam masa sehari!

Banyak juga barang dapat dengan nilai tersebut. Semua dibeli dengan tawaran hebat yang ada sepanjang masa.

Lazada Malaysia Online Shopping Terbaik

Pengalaman beli belah online Lazada Malaysia
Sebenarnya wife saya beli barang online menerusi Lazada Malaysia untuk dapatkan produk terbaik harga diskaun untuk buat cabutan bertuah sempena Hari Keluarga persatuan di Hospital Parit Buntar. Bajet tidaklah besar mana, tapi alhamdulillah, dapat beli dengan harga diskaun, jadi banyaklah dapat barang untuk cabutan bertuah nanti. Jadinya, in Sha Allah, takkan ada yang kecewa nanti bila hadir ke Hari Keluarga Hospital Parit Buntar.
Pengalaman beli belah online Lazada Malaysia

Jimat Banyak, Shopping Depan Komputer Sahaja

Jadi, boleh jimat banyak. Dah la kena keluar bajet untuk tempah dewan tempat makan malam, pastu katering lagi, jadi bajet kena buat betul-betul supaya tidak terlajak lebih. Dengan kira-kira dibuat segala segi, dapatlah sedikit peruntukkan untuk buat cabutan bertuah.

Jika nak beli kat kedai biasa, memang tak cukup bajet yang ada, jadi isteri saya ambil keputusan untuk browsing atau window shopping dulu di Lazada Malaysia. Lebih 20 barang dapat cari, semua dengan harga potongan dan diskaun.

Mula ingatkan ambil masa lama la barang nak sampai sebab banyak beli. Tapi rupanya, sehari je dah sampai depan rumah. 3 hari berturut-turut barang dari Lazada Malaysia dihantar oleh GDex. Sedar-sedar, kena hon depan rumah .... dan kakitangan GDex siap turunkan dan angkat barang terus masuk dalam rumah. Saya cuma tandatangan tanda terima.

Pengalaman beli belah online Lazada Malaysia
Saya dah banyak kali beli barangan online menerusi Lazada Malaysia ni. Saya dah pun tulis beberapa kali dalam blog. Anda boleh godek sendiri dan baca. Saya pernah beli secara COD, beli dulu bayar kemudian. Dan saya pernah bayar guna PayPal. Jadi, ada banyak kemudahan pembayaran disediakan.

Nak lagi best, jika anda bayar guna kad debit/kredit dari CIMB, akan ada diskaun dan tawaran lain lak. Haaa .. ini memang satu kelebihan la buat pemegang kad CIMB ni.

Bila dah jadi pelanggan setia, akan adalah sampai email yang berikan vaucer khas Lazada Malaysia. Ada baucer potongan RM10, RM20, RM50 .. dan potongan diskaun 30 peratus, 40 peratus yang menjadi tambahan kepada potongan dan diskaun yang telah tersedia di laman web Lazada Malaysia.
Lazada Malaysia

Seandainya anda tanya saya .. "Boleh percaya ke Lazada Malaysia ni..." Tentulah saya kata boleh .. sebab pengalaman beli belah sebanyak lebih daripada 5 kali ... semuanya puas hati. Tak cuba takkan tahu, lagipun kalau rasa tak puas hati, hubungi sahaja customer servis yang ada. Apa ada hal, ye tak?

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement