Kalau saya nak senaraikan produk-produk yang ada di pasaran yang ada kaitan dengan keajaiban Apple stem cell ini .. fuhh .. memang banyak. Anda boleh Google sendiri kalau mahu tahu, pasti akan berjela-jela senarai produk yang punyai kandungan aktif ini.
Keajaiban Apple Stem Cell
Apa yang ajaibnya sel stem epal ini?
Ok, menurut beberapa kajian yang telah dijalankan, sel stem epal dibuktikan mempunyai kandungan bahan aktif anti-oksida yang sangat tinggi. Sel stem epal adalah sel yang diambil daripada sebiji epal. Epal yang terbaik dijadikan sumber bahan untuk sel stem ialah epal yang dapat bertahan lama walaupun jatuh ke tanah. Ada banyak jenis epal, namun bukan semua jenis epal mempunyai sel stem yang berajaib ini.
Epal Tak Sama
Sel stem epal yang dijadikan bahan aktif untuk perawatan dan kecantikan adalah merupakan sel stem daripada epal yang diketahui mempunyai ketahanan yang tinggi. Anda perlu tahu ada banyak jenis atau spesies buah epal, dan tahap rintangannya adalah berbeza. Jika kita lihat sebiji epal yang dibiarkan lama dalam keadaan biasa atau persekitaran, lama kelamaan ia akan mengecut, berkedut dan membusuk. Epal jenis ini tidak sesuai diambil sel stem untuk bidang perawatan dan kecantikan.Manakala, epal yang tahan cantik dan nampak segar yang dapat bertahan sehingga 6 hingga 8 bulan adalah sumber terbaik untuk diekstrak atau diambil sel stemnya. Yang diketahui, epal yang dinamakan Malus domestica adalah yang terbaik.
Malus domestica menurut Wikipedia:
The apple is the pomaceous fruit of the apple tree, Malus domestica of the rose family (Rosaceae). It is one of the most widely cultivated tree fruits, and the most widely known of the many members of genus Malus that are used by humans. Apples grow on deciduous trees which are large if grown from seed, but small if grafted onto roots (rootstock). The tree originated in Central Asia, where its wild ancestor, Malus sieversii, is still found today.
Sel stem epal berkesan menjadikan seseorang individu itu kembali merasai nikmat keremajaan dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan membaiki epidermis iaitu lapisan luar kulit selain membentuk pigmen kulit. Sel stem buah ini mampu memberi kesan positif kepada manusia kerana ianya berupaya memperbaiki tisu dan sel dalam badan di samping menggalakkan penghasilan sel baru.
Secara asasnya pun, kalau dilihat dari segi khasiat sebiji epal, ada banyak kelebihan orang yang menjadikannya sebagai makanan harian. Malah, cuka daripada epal juga mempunyai banyak khasiat untuk pemulihan kesihatan.
Elemen Kesihatan Dalam Sebiji Epal
Epal mengandungi elemen kesihatan ohytonutrient yang boleh melambatkan proses pengoksidaan kolestrol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Pengambilan sebiji epal atau jusnya setiap hari mampu melambatkan proses penuaan.Sel kulit manusia juga mempunyai jangka hayat terhad, ditambah pula usia yang semakin meningkat selain keadaan persekitaran yang tidak menentu memberi implikasi negatif kepada kulit. Secara tidak lansung keadaan itu menyumbang kepada kehilangan regangan kulit, menimbulkan kedutan dan sekaligus mempercepatkan proses penuaan.
Lebih menarik lagi bahawa buah epal sangat kaya dengan fitonutrien, protin dan mempunyai sel hidup yang panjang. Sel tisu berkenaan didapati boleh membantu melindungi sel induk kulit manusia daripada unsur yang boleh merosakkan kulit seperti sinaran ultra ungu (UV).
Begitulah ajaibnya sumber alam ciptaan Allah S.W.T ini, sesungguhnya setiap sesuatu yang dijadikan Allah di muka bumi ini bukanlah sia-sia, ada manfaatnya pada manusia yang menjadi penghuninya.
Epal memang sangat sedap... lagi2 epal merah tu :)
BalasPadamsedapnya apple tu kalau makan macam tu je..memang terbaik la produk nie..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.