Bila bercakap soal koma ni, saya teringat banyak cerita-cerita tentang koma. Koma adalah satu status keadaan diri seseorang yang misteri, nak kata mati pun tidak, nak kata hidup pun tidak. Boleh diibaratkan berada di antara dua alam, antara dunia dan alam roh. Roh masih belum secara totalnya keluar dari tubuh, dan tubuh pula secara totalnya juga belum ada keseluruhan rohnya.
Maksud Koma
Klinikalnya, koma adalah kondisi ketidaksadaran jangka panjang yang penderitanya tidak dapat terangsang, bahkan dengan stimulus yang paling menyakitkan sekalipun. Ia bukan penyakit, dan ia hadir tanpa alert. Ia boleh berlaku hatta kepada orang yang nampak normal sekalipun.Koma adalah suatu keadaan di mana pesakit tidak memberi tindakbalas kepada persekitaran dan tiada komunikasi dengan dunia luar. Pesakit kelihatan seperti tidur, tetapi sebenarnya mereka telah melewati keadaan tidak sedarkan diri yang lebih jauh daripada tidur. - Dr Zamzuri Idris, Pakar Bedah Otak dari Jabatan Neurosains, Universiti Sains Malaysia
Awal tadi, saya katakan bahawa misteri koma ada kaitan dengan roh seseorang. Saya nak bicara lebih soal ini, memang jauh dari kearifan diri. Hal dunia roh bukanlah untuk dibincang secara terbuka tanpa guru. Ia soal alam ghaib. Hanya orang yang ada pengetahuan luas dengan sumber yang afdal percaya boleh kita dengar dan bincang.
Peringkat Koma
Koma ada banyak peringkat. Dari segi klinikal peringkat tersebut boleh dibezakan dengan beberapa ujian tertentu.Pakar-pakar perubatan mengklasifikasi koma megikut Skala Koma Glasgow berdasarkan pergerakan mata, tangan dan bunyi suara. Setiap pergerakan ini dicatat dan dijumlahkan bagi mengkategorikan pesakit samada koma ringan, sederhana atau teruk. - Dr Zamzuri Idris
Ok. Berbalik pada kisah sahabat saya.
Kisah Sahabat Saya Bernama Bob Ketika Koma
Sahabat Saya Bob Dalam Keadaan Koma |
Sahabat saya bernama Bob. Dia telah merasai saat-saat berada di dalam koma. Dan alhamdulillah, Bob telah sedar dan kembali ke pangkuan keluarga tersayang. Bob koma setelah menjalani satu pembedahan di dalam perut. Awalnya Bob dah sedar dan stabil, namun takdir Allah S.W.T yang sentiasa mahu menguji hamba-hambaNYA, Bob ditakdirkan merasai misteri berada di dalam koma.
Ramai yang kata, apabila seseorang itu berada di dalam koma, dia akan didatangkan dengan pelbagai mimpi. Ada yang terima mimpi ngeri, ada pula yang terima mimpi yang indah. Namun, kebanyakkannya adalah mimpi penuh misteri. Adakah mimpi-mimpi ini hadir dalam keadaan koma dengan firasat tertentu?
Untung saya, Bob dengan rela hati berkongsi kisahnya yang sekelumit tetapi penuh makna buat semua.
Saya kongsikan status sahabat saya bernama Bob ini kepada anda. Mungkin ada sesuatu yang boleh diambil iktibar dan pengajarannya.
Kalimah Allah Cahaya Putih Terang
Koma secara amnya ada empat peringkat. Ia bergantung dengan pemeriksaan neurologi. Empat peringkat tersebut ialah peringkat jaga, keadaan tidak bertenaga, keadaan stupor (tidak boleh berfikir atau mendengar) dan koma.
Semasa kita dalam keadaan sedar, sel-sel otak iaitu neuron adalah aktif. Ia menghantar signal kepada jiran-jirannya dan wujud interaksi yang sangat banyak. Tetapi semasa koma, sedikit sahaja aktiviti wujud di dalam otak pesakit, kerana sel saraf sedang sakit tetapi terpaksa terus bekerja bagi menghidupkan tuannya.
Misteri koma terjawab dengan menyelongkar ke sebuah ’dinding’ yang memisahkan di antara minda sedar dan bukan sedar, iaitu Sistem Pengaktifan Retikular (RAS). Bab ni anda boleh cari sendiri, in Sha Allah akan jumpa dengan apa yang dimaksudkan dengan RAS.
Harapnya perkongsian serba sedikit ini bukan sahaja mengingatkan kita bahawa kelak nanti, semua kita akan menemui Maha Pencipta, yakni Allah S.W.T. Dan beruntungnya mereka yang telah diberikan peluang hebat untuk merasai sedikit sebanyak apa itu alam roh yang sememangnya menjadi misteri alam ghaib tidak tercapai akal manusia.
Semoga pengisian ini dijadikan muhasabah diri.
koma adalah satu keadaan di mana kita jika berpeluang untuk sedar semula supaya jangan sia2kan apa yang telah kita sia2kan selama ini...
ReplyDeleteBetul. itulah peringatan hebat Allah pada hambaNYA yang alami koma.
DeleteSubhanaAllah.. hurmmm.. Tertarik dengan cerita kawan abang HH ni... menjadi pengajaran
ReplyDeleteSaya juga turut tersentap ....
DeletePengacara yg kutuk rakyat palestin enth mimpi apa ketika koma ye. Ngeri sgt kot smpi putus nafas..
ReplyDeletebaca entry ni teringat masa arwah mak saya koma dulu...
ReplyDeleteterbaik :)
ReplyDeleteteringat pernah koma jugak masa sakit dulu, tapi masih kecik... kebanyakkan cerita koma ni, mereka dapat lalui keadaan di alam barzakh... wallahualam..
ReplyDeletesemoga sentiasa sihat, abg bob :)
Uishhh ... pernah koma masa kecik? Camner Sha tau?
DeletePernah koma dulu semasa kemalangan jalanraya tapi tak merasai pengalaman seperti bob...
ReplyDeleteTeruk tu kemalangan ... kemalangan camner tu Ida?
DeleteAllah... sedih bila baca kisah ni, teringat kat arwah Syu. Moga Syu tenang di sana. Amin..
ReplyDeleteTidak semua yang koma merasai pengalaman seperti kawan HH, Bob. Beruntungnya beliau dapat petunjuk Allah
ReplyDeleteTapi adik saya macam mana..baru sedar dari koma dibemar pulang tapi diri lain sgt..dia meracau mengamuk pukul sekeliling yg ade sekitarnya..dia juga seorang oku pertuturan.sudah berubat tapi ada naik turunnya..ada sesiapa boleh kasi tau saya sekeluarga untuk ikhtiarkan?
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.