Semasa saya hadir ke Konvensyen The Bidadari, saya akui terdapat permintaan yang tinggi untuk doktor wanita, tak semestinya doktor wanita cantik. Mana tidaknya, amatlah perlu untuk lebih ramai doktor wanita diwujudkan supaya para isteri kita terutama wanita Islam dapat menerima rawatan yang terbaik daripada doktor yang sejantina.
Saya sendiri pun agak kekok bila memikirkan isteri perlu bertemu doktor lelaki untuk sakit berkaitan wanita. Rasa tak selesa. Apatah lagi buat empunya badan. Alhamdulillah, nasib baik isteri saya ada kenalan dari kalangan doktor wanita, dan ada di antaranya juga adalah kenalan dan rakan saya semasa di sekolah dahulu. Jadi, kepercayaan itu ada, dan rasa tidak selesa itu boleh dihindarkan.
Kasihan pada isteri, anak-anak perempuan, adik beradik perempuan dan juga ibu kita kalau kita benarkan mereka dirawat oleh doktor lelaki.
Kita Perlukan Lebih Ramai Doktor Wanita
Sebab Perlu Ada Lebih Ramai Doktor Wanita
Kita perlukan lebih ramai doktor wanita supaya boleh mengelakkan perkara-perkara berikut berlaku:- Elak segan malu wanita terutama para isteri bertemu doktor berkaitan sakit puan.
- Elak wujud fitnah disebabkan oleh perbezaan jantina terutama bagi kes-kes melibatkan rawatan berkaitan sakit puan.
- Suami rasa selesa apabila si isteri menerima rawatan di klinik mahupun hospital.
- Membolehkan pengetahuan mengenai kesihatan terutama berkaitan wanita diketahui jelas tanpa taboo.
Kita perlukan lebih ramai doktor wanita kerana hanya wanita yang tahu dengan sebenarnya penyakit seorang wanita. Agak janggal walaupun doktor lelaki itu seorang pakar sakit puan bercerita soal perkara-perkara sulit seorang wanita, terutama mengenai isteri, anak dan ibu kita.
Satu bonus jika ada doktor wanita cantik!
Apabila seorang pensyarah menyatakan bahawa bilangan pelajar wanita dalam bidang perubatan yang diterima masuk ke fakulti berkaitan lebih ramai daripada lelaki, saya anggap ia satu perkembangan yang bagus dan positif. Setidaknya, kehadiran lebih ramai pelajar wanita bijak pandai ini dalam satu aspek patut dihargai, dan bukannya persoal kenapa tidak ramai pelajar lelaki.
Saya seronok mengetahui beberapa rakan blogger wanita yang juga pelajar di dalam jurusan ini sangat iltizam untuk tamatkan pengajian, apatah lagi melihat impian blogger terkenal Fatin Liyana yang telahpun berjaya bergelar seorang doktor perubatan.
Siapa lagi rakan blogger yang ambil jurusan ini? Anda tahu? Jika tahu boleh beritahu saya di sini (klik).
Antara rakan blogger yang bakal menjadi doktor ...
Kita lelaki mestilah nakkan doktor wanita untuk rawat isteri terutamanya masa bersalin. kalau klinik/hospital swasta bisanya boleh pilih, kalau hospital kerajaan mungkin bergantung pada siapa yang bertugas.
BalasPadamdoctor perempuan memg ramai, tp yg minat pakar sakit puan dari klgn perempuan itu yg kena dipupuk.mslhnya kalau doctor perempuan pun xminat?hehe.lgpula doctor pelatih lelaki atau perempuan wajib praktikal bahagian o&g, nak tak nak terpaksa jugak.i don't think doctor lelaki nak sgt masuk department tu tp sb have to.kat hos gov memg susah sikit nak pilih2.jadi, lelaki sekalian, sediakan wang yg mencukupi.hehe.
BalasPadammcm ni punya comel doktor makin ramai la pesakit lelaki hahhaha
BalasPadamdoktor lelaki dan perempuan mesti seimbang pula..risau juga kalau doktor perempuan yang rawat pesakit sakit tuan..
BalasPadambeban doktor tu berat woo..
BalasPadamaku setuju 200% bro..sebab aku daha rasa masa bini aku nak bersalin hari tu..tapi nak buat macam mana dah darurat
BalasPadamBetul tu,cn berpegang pd konsep darurat,redha je jumpa doc laki,tp kalau diberi pilihan mmg takmo doc laki! Malu...huhu
BalasPadamTerima kasih :)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.