Saya nak kongsikan satu tips giler kentang mudah untuk blogger baru nak jadikan entri blog sebuah entri mesra SEO. Ia berkaitan dengan kod HTML untuk perletakkan gambar di dalam entri. Sebenarnya, saya pun baru sedar perkara ini. Sebelum ini saya ada kongsikan tips SEO blogspot berkaitan gambar, tapi tak tersebut soal yang ini.

In Sha Allah, dengan entri ini, anda terutama blogger baru akan lebih tahu cara mudah nak jadikan entri blog mesra SEO dan bolehkan blog dapat trafik menerusi enjin carian walaupun blog tak ramai pengikut atau follower.

Kod HTML Yang Betul Untuk Gambar Dalam Entri

Kod HTML Yang Betul Untuk Gambar Dalam Entri
Caranya cukup mudah. Tak perlu risau, anda tutup telinga pun boleh buat cara dan teknik ini. Ia sebenarnya satu teknik kaedah asas dalam SEO. Tak rumit mana.

Apa yang perlu anda buat ialah buat ubahsuaian sedikit kepada kod HTML gambar dalam entri anda. Caranya?

Setiap kali anda tulis entri, bila ada letak gambar di dalam entri tersebut, pastikan anda buat perkara-perkara mudah di bawah ini.

Kod HTML Yang Betul Untuk Gambar Dalam Entri

Pertama sekali, selepas anda masukkan gambar dalam entri seperti contoh di atas, pastikan anda set gambar tersebut dalam Original size. Masalah akan timbul jika gambar anda saiznya terlalu besar. Untuk itu, sebelum masukkan gambar dalam entri, cuba resize gambar anda tersebut menggunakan aplikasi editor untuk gambar yang ada fungsi resize ini. Bagi saya, terbaik adalah gunakan Photoshop. Saiz ideal untuk gambar dalam blog selalunya dalam lingkungan 500-600 pixels bergantung dengan kelebaran bahagian post entri blog anda. Tak dapat resize tak mengapa, saya akan terangkan cara yang lain. Tapi penting anda kena set Original Size pada gambar ....

Kedua. Anda perlu pastikan bahagian Link tidak aktif. Bila dah letak gambar, klik gambar dan kemudian klik bahagian Link tersebut nyahatifkan ia.

Ubahsuai Kod HTML Gambar

Seterusnya, anda perlu buka HTML entri blog anda.

Kod HTML Yang Betul Untuk Gambar Dalam Entri
Bahagian yang saya birukan itu adalah merupakan kod HTML gambar tadi. Sekarang, anda perlu buang beberapa kod yang sebenarnya tidak diperlukan. Paling jelas adalah kod ini - border='0' tu .. padamkan ia kerana ia hanya menyemak je dalam HTML. Kenapa nak letak sedangkan value dia adalah kosong, ye tak?

Nyatakan Saiz Kelebaran Gambar

Benda lain dah, jangan kacau. Anda boleh semak kod HTML gambar saya di atas tu, sama tak dengan apa yang anda lakukan. Ia cuma ada sumber gambar img src dan sebagai tambahan anda perlu letakkan saiz kelebaran gambar tersebut. Cuma tambah width="550" atau berapa sahaja saiz yang sesuai .. boleh jadi "600" atau "700". Pastikan ia sesuai dengan kelebaran bahagian posting entri anda ehh ...

Dah siap untuk proses ubah koding HTML bagi gambar untuk tujuan SEO.

Ada satu part lain, iaitu meletakkan alt dan juga deskripsi pada gambar tersebut. Untuk itu, anda perlu rujuk entri mudah saya mengenainya di sini - Tips SEO Blogspot - Letak Title dan Description

Dalam entri tu, saya ada beritahu cara nak jadikan entri itu mesra SEO dengan penggunaan Title dan Deskripsi.

Semoga berjaya, dan manfaatkan ilmu ini. In Sha Allah.



14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih atas perkongsian hasrul...boleh praktikkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, ini teknik paling mudah untuk jadikan entri kita entri SEO, lepas tu leh dapat trafik juga hanya kerana gambar.

      Padam
  2. oh info baru..baru tahu yg ni..insha Allah akan dipraktikkan nanti

    BalasPadam
  3. Benda yang selalu dilupakan, kena praktik apa yang diturunkan ini

    BalasPadam
  4. http://mimialya1.blogspot.com/2014/09/entri-khas_6.html saya mohon dengan ehsan Tuan klik laman ini ya, blogger UMI telah bersusah payah membantu saya dalam masalah blog Pesona kini tidak bertuan kerana kesilapan teknik yang saya lakukan. Ada tak cara nak kembalikan saya sebagai pentadbir blog Pesona milik saya ni,..please bantu ya..moga ada hikmah

    BalasPadam
  5. lama saya tak berblog kerana terus nak settingkan blog nak log in tapi rupanya tak berjaya..boleh bantukan tuan..tqvm

    BalasPadam
  6. jika tak keberatan minta tutorialnya ya..

    BalasPadam
  7. Owh macamtu... smartla blog sifu ni. Suka tengok.
    Oh ya, jika gambar hilang macam mana nak settlekan ya sifu? Selalu tertera 'No Image'. Klik entry baru ada tapi lepas selesai loading gambar hilang. Dah largekan je gambar tu still jadi macamtu lagi

    BalasPadam
  8. dapat lagi ilmu baru..terima kasih tuan HH. lepas ni boleh lah try adjust gambar

    BalasPadam
  9. Terima kasih tuan admin...selama ni ingat perkara ni takde ape2...rupenya secara teknikalnya boleh membantu rupenya dalam SEO...

    BalasPadam
  10. terima kasih bagi info berguna..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement