In Sha Allah, dengan entri ini, anda terutama blogger baru akan lebih tahu cara mudah nak jadikan entri blog mesra SEO dan bolehkan blog dapat trafik menerusi enjin carian walaupun blog tak ramai pengikut atau follower.
Kod HTML Yang Betul Untuk Gambar Dalam Entri
Apa yang perlu anda buat ialah buat ubahsuaian sedikit kepada kod HTML gambar dalam entri anda. Caranya?
Setiap kali anda tulis entri, bila ada letak gambar di dalam entri tersebut, pastikan anda buat perkara-perkara mudah di bawah ini.
Pertama sekali, selepas anda masukkan gambar dalam entri seperti contoh di atas, pastikan anda set gambar tersebut dalam Original size. Masalah akan timbul jika gambar anda saiznya terlalu besar. Untuk itu, sebelum masukkan gambar dalam entri, cuba resize gambar anda tersebut menggunakan aplikasi editor untuk gambar yang ada fungsi resize ini. Bagi saya, terbaik adalah gunakan Photoshop. Saiz ideal untuk gambar dalam blog selalunya dalam lingkungan 500-600 pixels bergantung dengan kelebaran bahagian post entri blog anda. Tak dapat resize tak mengapa, saya akan terangkan cara yang lain. Tapi penting anda kena set Original Size pada gambar ....
Kedua. Anda perlu pastikan bahagian Link tidak aktif. Bila dah letak gambar, klik gambar dan kemudian klik bahagian Link tersebut nyahatifkan ia.
Ubahsuai Kod HTML Gambar
Seterusnya, anda perlu buka HTML entri blog anda.Nyatakan Saiz Kelebaran Gambar
Benda lain dah, jangan kacau. Anda boleh semak kod HTML gambar saya di atas tu, sama tak dengan apa yang anda lakukan. Ia cuma ada sumber gambar img src dan sebagai tambahan anda perlu letakkan saiz kelebaran gambar tersebut. Cuma tambah width="550" atau berapa sahaja saiz yang sesuai .. boleh jadi "600" atau "700". Pastikan ia sesuai dengan kelebaran bahagian posting entri anda ehh ...Dah siap untuk proses ubah koding HTML bagi gambar untuk tujuan SEO.
Ada satu part lain, iaitu meletakkan alt dan juga deskripsi pada gambar tersebut. Untuk itu, anda perlu rujuk entri mudah saya mengenainya di sini - Tips SEO Blogspot - Letak Title dan Description
Dalam entri tu, saya ada beritahu cara nak jadikan entri itu mesra SEO dengan penggunaan Title dan Deskripsi.
Semoga berjaya, dan manfaatkan ilmu ini. In Sha Allah.
terima kasih atas perkongsian hasrul...boleh praktikkan...
ReplyDeleteIn Sha Allah, ini teknik paling mudah untuk jadikan entri kita entri SEO, lepas tu leh dapat trafik juga hanya kerana gambar.
Deleteoh info baru..baru tahu yg ni..insha Allah akan dipraktikkan nanti
ReplyDeleteBenda yang selalu dilupakan, kena praktik apa yang diturunkan ini
ReplyDeletehttp://mimialya1.blogspot.com/2014/09/entri-khas_6.html saya mohon dengan ehsan Tuan klik laman ini ya, blogger UMI telah bersusah payah membantu saya dalam masalah blog Pesona kini tidak bertuan kerana kesilapan teknik yang saya lakukan. Ada tak cara nak kembalikan saya sebagai pentadbir blog Pesona milik saya ni,..please bantu ya..moga ada hikmah
ReplyDeletelama saya tak berblog kerana terus nak settingkan blog nak log in tapi rupanya tak berjaya..boleh bantukan tuan..tqvm
ReplyDeletejika tak keberatan minta tutorialnya ya..
ReplyDeleteOwh macamtu... smartla blog sifu ni. Suka tengok.
ReplyDeleteOh ya, jika gambar hilang macam mana nak settlekan ya sifu? Selalu tertera 'No Image'. Klik entry baru ada tapi lepas selesai loading gambar hilang. Dah largekan je gambar tu still jadi macamtu lagi
dapat lagi ilmu baru..terima kasih tuan HH. lepas ni boleh lah try adjust gambar
ReplyDeleteTerima kasih tuan admin...selama ni ingat perkara ni takde ape2...rupenya secara teknikalnya boleh membantu rupenya dalam SEO...
ReplyDeleteterima kasih bagi info berguna..
ReplyDeleteSelalu pakai auto je saiz gambar...
ReplyDeleteilmu baru bgi saya...
ReplyDeleteterima kasih info yg berguna..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.