Erkk .... terkejut gak bila tetiba dapat email dari Komli, manalah tahu kot-kot nak bagi bonus ke apa ke .... buka email, rupanya pihak Komli India yang kontek, mati-mati ingatkan Komli Malaysia. Saya terima email dari pihak Komli India mahu kerjasama, atau dengan kata lain nak suruh saya apply dalam Komli India.

Ini pertama kali dapat email daripada Komli India. Sebelum ini, pernah dapat email dari Geniee Japan, lepas tu dari MediaWhite Dubai, kemudian SwitchAds UK, pernah juga dapat dua kali email daripada Innity. Semua platform media pengiklanan online/blog ini saya dah apply, cuma yang tak lepas adalah Innity walaupun mereka yang hubungi saya dahulu. Sebelum ni pernah juga apply Innity dua kali, dan dua kali itulah mereka reject permohonan saya...hoho ...

KOMLI India Mahu Kerjasama Sebagai Affiliate


Memang ada banyak medium pengiklanan yang blogger Malaysia boleh cuba, ada yang memang masyuk, dan ada yang lambat nak masyuk. Saya pernah cerita income-income yang saya dapat dari medium pengiklanan PopAds dan juga H12 ... dua-dua lumayan dibayar dalam USD. Tapi saya dah berhenti letak iklan dari dua medium pengiklanan ini atas beberapa sebab.

Komli Bagus Tapi ....

Komli memang antara medium pengiklanan yang bagus bagi saya. Saya dah terima sebanyak 3 kali payment daripada mereka. Yang leceh sikit pasal Komli ialah kena apply untuk keluarkan earnings, dan banyak step nak kena buat. Kena hantar invois setiap kali dapat penyata bulanan. Saya ada kongsikan cara-cara nak keluarkan earnings dari Komli ni (rasanyalah).

Bila dah hantar ke bahagian akaun Komli, tunggu je la, tak ada maklum apa-apa dah selepas tu. Tau-tau tetiba ada duit dalam akaun bank...hoho. Lambat sikit nak terima duit dari Komli ni, jadi kena banyak bersabar ...

Saya pilih Komli sebab dia berikan pilihan kepada saya. Saya boleh sekat iklan yang tak sepatutnya keluar, dan ia ada sistem swap iklan yang mana kalau tak ada iklan premium Komli, saya boleh letak banyak iklan lain khususnya dari program affiliate yang saya sertai. Jadi, ruang iklan Komli dapat dioptimasikan dengan baik.

Parterships with Komli Media India ... hmmm mungkin tak sign up kot. Dah ada Komli sedia ada pun dah cukup pening nak urus ... hoho ....

Buat blogger baru, anda harus tahu bahawa terdapat lebih dari 101 medium pengiklanan blog yang boleh dicuba ... dan jika ditanya pada saya, medium manakah yang paling lumayan untuk jana income blog, saya akan kata - Google Adsense .... :)


15 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Alhamdulillah rezeki HH. tahniah ;)

    ReplyDelete
  2. ramainya berminat ngan blog hh,, haisyyy,, bila la nak hebat macam anda,, hehe

    ReplyDelete
  3. banyak betul iklan boleh menjana pendapatan, :)
    tahniah ya abg hasrul !

    ReplyDelete
  4. iklan komli bagus sebab sediakan ruang tuk kita letakkan iklan lain jika iklan komli tidak disiarkan..tu je sebab kenapa saya kekal dengan komli..hehe

    ReplyDelete
  5. ko tanya dulu..diorang bayar untuk trafik malaysia atau trafik india sahaja?

    kalau blog hang banyak trafik india..tak apa gak.

    aku dah blah dari komli nih. tinggal innity je masih kekal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah ... aku tak rasa pun trafik banyak dari India tu .. tapi aku biasa la gak komen blog depa ni ...

      Delete
  6. Adsense jugak yang paling best ye :-)

    Saya tetap dengan nuffnang sebab memang tak pandai nak buat duit dengan program pengiklanan macam ni

    ReplyDelete
  7. Betul tu bro HH. Adsense lagi terbaik dari semua bab-bab letak iklan ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi rasanya Adsense tak leh operasi dalam blog ni ... blog lain tu ok je running tapi trafik ciput sgt la .. adeh.

      Delete
  8. Sbg salah satu cabang pendapatan

    ReplyDelete
  9. kena banyak trafik dari india ...kalau tak memang tak masyuk la..

    ReplyDelete
  10. Mesti ramai orang India pun minat kat abg HH kaaaaaaan :D

    Tahniah..tahniah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa... hitam itu menawan bagi mereka ..

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement