Dapat income daripada platform pengiklanan RevenueHits. Saya tak pasti bila saya daftar dan kat mana saya gunakan platform pengiklanan ini. Tergaru-garu kepala saya dibuatnya. Mungkin di salah satu blog saya yang lain.

Tak banyak yang saya dapat, tapi alhamdulillah, bertambahlah sikit pendapatan dari menulis blog ini. Lagipun dah lama saya tak isikan modal dalam akaun PayPal saya. Manalah tahu kot-kot nak beli belah secara online, bolehlah guna akaun PayPal saya nanti. Pada mereka yang belum mempunyai akaun PayPal, segeralah daftar dan buka satu akaun percuma PayPal.

Boleh rujuk entri ini - Cara Buka Paypal Terima Bayaran untuk buka akaun PayPal anda sendiri, atau anda boleh terus daftar di sini - Daftar Percuma PayPal Malaysia. Anda boleh gunakan akaun PayPal itu, samada untuk terima bayaran dan juga membuat bayaran. Dan jangan risau, ianya adalah selamat 100 peratus. Saya dah sekian lama guna sejak 2008 lagi.

Pembayaran Pertama Income RevenueHits

Dapat USD5.46 income dari RevenueHits.com. Ianya adalah salah sebuah medium pengiklanan yang membayar anda dalam USD. Cukup USD5, ia akan terus masukkan income ke dalam akaun PayPal. Anda tidak perlu mohon untuk keluarkan income. Lihat seperti apa yang saya dapat, sampai tak sedar dan tak tahu macamana boleh dapat.... hoho.

Pembayaran Pertama Income RevenueHits
Tiada sebarang bayaran untuk anda daftar dengan RevenueHits ini. Segalanya percuma. Anda boleh buka akaun, dan terus gunakan kod HTML pengiklanan yang disediakan di RevenueHits.com ini. Ada beberapa pilihan banner iklan yang boleh anda gunakan bagi mendapat income blog menerusi platform pengiklanan ini.

Berminat nak jana income blog menerusi RevenueHits? Daftar terus di RevenueHits.com



17 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tahniah HH. Tumpang tanya, knp dgn lmn pgiklanan H12 tu ye? Takde masuk langsung. Mcm ada masalah je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti, saya dah lama tak guna H12 walaupun ada income masuk. Mungkin sebab dah tak banyak pengiklan gunakan platform tu.

      Padam
    2. Mmm..tak tau masalah apa. Dlm tempoh sebulan lebih sy dpt $26 dolar, lps tu 1sen pun takde.

      Padam
  2. Ini satu lagi tambah duit poket secara pasif walaupun slow, tapi tuan pun tak perasan pasal incomenye tu hehehe...dah banyak sumber lain tuan kite ni..yang ini celah gigi je...alhamdulillah Tahniah tuan..

    BalasPadam
  3. kne ada akaun paypal ke? nnt tak effect ke status di nuffnang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh tak effect Nuffnang ... sbb caranya berbeza

      Padam
  4. eh boleh try nih... tapi ruang plak sempit hu2

    BalasPadam
  5. tahniah HH, ada syarat ke nak apply ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat yang saya tahu, tk ada syarat nak apply ...

      Padam
  6. tahniah bro, insyaAllah banyak lagi menanti tu...

    BalasPadam
  7. Letak sekali Revenue dengan nuffnang takpe ke?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement