Konvensyen The Bidadari 2014 Penghargaan Tertinggi
Konvensyen yang merangkumi ekspo, karnival dan juga bengkel ini merupakan acara tahunan yang dijalankan oleh iMuslim Academy dan saban tahun mendapat perhatian ramai terutama di kalangan wanita-wanita muslimah di rantau ini.Alhamdulillah, Konvensyen The Bidadari 2014 telah berjaya diadakan dengan lancar dan baik sekali. Penampilan hebat speaker-speaker yang petah berkata, dan berkongsi pelbagai cerita sangat mengujakan dan memotivasi diri setiap peserta yang hadir untuk menjadi insan yang lebih baik.
Saya sendiri hadir di Konvensyen ini untuk bersama di dalam program School of Sahabah yang khas untuk para bapa, suami dan lelaki muslimin. Memang terbaik. Banyak ilmu yang saya dapat di School of Sahabah, terutama berkaitan menjadi seorang suami dan bapa yang mengikut acuan Rasulullah S.A.W yang telah tunjukkan lebih beribu-ribu tahun dahulu.
Berpeluang Bersama Speaker dan Penceramah Hebat
Di dalam program dua hari tersebut, saya sempat hadiri beberapa sesi bengkel ceramah yang disampaikan speaker-speaker hebat antaranya:- Ustaz Pahrol Mohamad Juoi - Rasulullah S.A.W Bapa Terbaik Dunia
- Ustaz Dr Zahazan - Guru Pembentuk Dunia
- Ustaz Dr Shauqi Othman - Generasi Wahyu
- Ustaz Mohd Yusof Arbain - Nilai Sahabah Di Sisi Ummah
- Dr Abu Anas Madani - Dunia Digadai, Syurga Digapai
Banyak benda membuka minda dan pemikiran saya. Banyak perkara yang telah saya kutip. Banyak pengalaman lampau yang boleh dijadikan iktibar dan sandaran. Banyak kisah Nabi, para Rasul dan sahabat Rasululllah S.A.W yang sudah berbekam di dalam minda.
Tiga soalan yang ditanya oleh saya juga telah dapat diberikan jawapan.
Alhamdulillah, saya juga diberikan rezeki oleh Allah S.W.T untuk bawa bersama isteri, biras saya bersama dua rakan SEMESTI ke Konvensyen The Bidadari 2014 ini. Terima kasih kepada iMuslim yang memberikan kesempatan yang tidak terhingga nilainya ini.
Gambar Hari Pertama Pendaftaran Konvensyen The Bidadari 2014
Kepada anda yang mahu dapatkan cerita The Bidadari 2014 versi muslimah, boleh baca entri dari rakan-rakan blogger ini:
- http://hasyanaurah.com/2014/09/the-bidadari-2014-konvensyen-wanita-terbesar.html
- http://mumtazahsanusi.blogspot.com/2014/09/konvensyen-bidadari-2014.html
Mungkin tahun hadapan, 2015 akan ada kesempatan untuk anda pula hadir bersama ke Konvensyen The Bidadari, in Sha Allah.
Tahniah en Hasrul.. Semoga dapat serba sedikit manfaat dari konvesyen ini
ReplyDeleteSukar saya nak gambarkan. Malah, isteri saya pun sudah kelainan setelah hadir ke majlis ini sebegini besar.
Deletehttp://madey09.blogspot.com/2014/09/semakin-naik-seo-graf-trafik-blog.html tahnia hargailah penghargaan yang Allah anugerahkan.
ReplyDeleteKlik blog Etuza ya , mungkin entry kali ini ada nama Hasrul. Tqvm
Tahniah bt HH.
ReplyDeleteTahniah bro...... :D
ReplyDeleteTerima kasih. In Sha Allah, akan ada peluang juga untuk blogger lain.
DeleteTahniah bro HH. Satu penghormatan tu.. :-)
ReplyDeleteTahniah abg hasrul. Maju lagi setapak ke depan
ReplyDeleteTerima kasih. Saya bersyukur dapat terbabit.
DeleteAlhamdulillah...tahniah...^_^
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah kerana berpeluang melibatkan diri dalam program yang bermanfaat sebegini.. ^^,Rosmiza Ali Official Blog™
ReplyDeleteAlhamdulillah. Ada yang nampak kekuatan blog ini dalam penyebaran hal-hal berbentuk sebegini. Tapi saya pasti ini mungkin juga usaha rakan blogger Denaihati.
Deletepatut le sunyi sepi blog ni sari dua lepas...
ReplyDeleteErrr sehari dua ni ... saya gi Terengganu bercutilah @encikarman
DeleteAntara salah 1 pengalaman manis menjadi seorang blogger adalah dpt melibatkn diri dgn program yg berfaedah. Rindu nak aktif blogging mcm dulu...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.