Ok. Saya nak kongsikan sedikit pengetahuan saya mengenai lebah. Saya dapat info ini semasa melawat Bee Farm yang ada di Botanical Garden, Pulau Pinang. Jika anda ada kesempatan, bolehlah lawat tempat tu. Ada macam-macam lebah dan juga sumber madu asli yang boleh anda pelajari. Saya nak kongsi kepada anda tentang spesies lebah paling besar di dunia. Serius besarrr...!!
Untuk pengetahuan, spesies lebah terbesar di dunia dinamakan Giant Asia Hornet. Sebenarnya ia merupakan tebuan gergasi yang terdapat di Asia. Tebuan Gergasi Asia, juga dikenali sebagai Vespa mandarinia, dan termasuk subspesies Lebah Gergasi Jepun.
Giant Asia Hornet |
Tebuan ini bersifat pembunuh kerana ia bisa membunuh lebah-lebah lain yang bersaiz lebih kecil darinya. Ia hidup di kawasan beriklim sederhana dan tropika di Asia Timur. Saiz badan seekor Giant Asia Hornet adalah kira-kira 50 mm (2 inci), dan mempunyai lebar sayap kira-kira 76 mm (3 inci). Amacam? Besar tak?
Spesies lebah terbesar di dunia ini tidak terdapat di Malaysia. Sepengetahuan sayalah yang paling besar pun tak sampai 1 inci melainkan spesies tebuan. Jika anda nak tahu lagi mengenai lebah ini, antara tempat yang boleh dilawati adalah Cameron Highlands. Di situ memang banyaklah tempat bela lebah secara semulajadi ni.
Kalau tak silap. di Melaka pun ada.
Lupa nak bagitahu, spesies lebah yang hasilkan madu yang paling kecil ialah Kelulut. Madu asli Kelulut juga dikatakan antara madu terbaik disebabkan spesies ini agak pemilih dalam pemakanan. Dek kerana memilih ini, mutu madu Kelulut terutama dari segi rasa dia agak berlainan.
Sumber: Funny Reign
pergh...ni kalau sengat tak sampat 1 hari boleh out!
BalasPadamtgk saiz pun rasa takut dah... kalo kene sengat tu, eii.. lg la..
BalasPadamHeee besarnyaaaa..... T_T Serangga yang ena paling takut.. huaaaaaaaaa
BalasPadamHehehe.. takut ekk ... :) takut pasal apa?
Padamtak tahu pulak madu kelulut sangat baik. betul ka HH?
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.