Sebenarnya dah lama saya nak cerita tentang pertemuan dengan bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI), tetapi entah kenapa, berat nanang je jari jemari ni, tambah lagi idea tersekat-sekat nak menulis perihal rakan-rakan, sahabat handai serta batch lain SEMESTI.

Pertemuan saya dengan bekas pelajar SEMESTI adalah disebabkan AGM Alumni Semesti (ASTI) yang perlu diadakan. Tahu tak bila benda ni dibuat? Ia diadakan pada 17 Mei 2014 (baru sekarang saya nak tulis cerita .. hoho)

Mesyuarat AGM Tahunan ASTI

Saya bertolak naik keretapi dari Parit Buntar ke Rawang pada tgh malam 16 Mei 2014. Perjalanan yang memang telah biasa ditempuhi, apatah lagi dengan menaiki keretapi. Saya memang suka travel naik KTM, terutama jika saya bersendirian. Wife saya walaupun merupakan bekas pelajar SEMESTI, tak dapat join memandangkan ada hal berkaitan anak-anak yang perlu diuruskan.

Saya, House Husband ... jadi isteri beri kelebihan kat saya pergi seorang diri. Kira macam cutilah dari urus anak-anak... hehehe..

Alhamdulillah, saya tiba di Rawang sebelum suboh. Dan beruntungnya saya ada sahabat yang juga orang kuat ASTI yang sanggup angkut saya dari stesen keretapi. Dari stesen keretapi Rawang, saya naik kereta tumpang sahabat saya yang kacak, singgah di hentian rehat selepas tol Damansara, mandi sekadar ada memandangkan ketika itu Selangor dikenakan catuan air. Nak buang air besar pun fikir lapan belas kali ... hoho...

Destinasi diteruskan ke Kelab Golf Seri Selangor yang terletak di Kota Damansara.

Walk for Life, Hunt for Fun ASTI 2014

Program awal yang saya sertai adalah ASTI Walk Hunt. Ada tema lak tu, Walk for Life, Hunt for Fun. Amacam? Menarik tak?

Hari hujan. Program jadi terbantut sekejap, tapi selepas pihak AJK bincang-bincang, yang hadir untuk turut serta dalam program pagi tu pun setuju, program Walk Hunt diteruskan. Batch saya hantar 3 team untuk jayakan program ni ... yang lain .. err tak tahu. Bila hantar 3 team tu, anda tentu boleh agak batch saya ni macamana ... :) memang sporting.

Sampai je, biasalah, tentulah catch-up cerita yang ada, baik antara sahabat mahupun dengan junior senior yang ada. Lepas tu, isi perut memandangkan sarapan pun dah tersedia. Lagi-lagi tengah hujan, memang rasa seperti banyak ruang kosong perlu diisi. Makanan alhamdulillah, servis disediakan oleh Kelab Golf Seri Selangor memuaskan .... lagipun owner dia adalah juga bekas pelajar SEMESTI.

Lepas dah kenyang, taklimat pun dah diberikan dan t-shirt khas warna hijau dah disarung, maka bermulalah ASTI Walk Hunt.

Nak cerita banyak, rasa tak retilah pulak, jadi anda layan gambar-gambar yang saya sediakan. Ada kenal sapa-sapa tak? Ada wajah yang familiar bagi anda? Dan .. cuba agak siapa yang menang dalam Walk Hunt ni .. ehemm ehemm .. hehehe...
Walk for Life, Hunt for Fun ASTI 2014
Walk for Life, Hunt for Fun ASTI 2014
Walk for Life, Hunt for Fun ASTI 2014
Walk for Life, Hunt for Fun ASTI 2014
Walk for Life, Hunt for Fun ASTI 2014
Walk for Life, Hunt for Fun ASTI 2014
Walk for Life, Hunt for Fun ASTI 2014
Walk for Life, Hunt for Fun ASTI 2014
Walk for Life, Hunt for Fun ASTI 2014
Walk for Life, Hunt for Fun ASTI 2014
Nanti saya sambung lagi dengan gambar-gambar aksi berbaju hijau ASTI Walk for Life, Hunt for Fun 2014 ini.

p.s: Seronok oo jumpa kawan-kawan lama dan mangsa-mangsa buli masa form 5 .... hahaha...


7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Replies
    1. Hmm .. ni xtvt beso .. yg kecik2 banyak laieee

      Delete
  2. Gathering dgn kwn2 lama mmg best,CN ex panglima,tak pernh pun join gathering sbb jauh di perantauan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eceh. Jauh kat luar negara leteww .. ye tak ? hihihi.. :P

      Delete
  3. amboi mangsa buli. nampak sangat HH ni kaki buli ye :P

    ReplyDelete
  4. terbaiklah bro!

    aktiviti camni mmg best...boleh jumpe member2 lama...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement