Nampak sangat saya sudah berada di kedudukan umur yang lelah untuk disebut. Dipandang sekali, ingatkan ada 20 ribu follower di Twitter, tetapi rupanya angka tersebut merujuk bab lain. Hoho .. baru nak mulakan senyum sampai ke gusi, rasa tak menjadi ... hahaha...

20 ribu followers di akaun Twitter. Hoho .. "Kau ingat kau siapa? Artis? Ahli politik?" ... no no, saya bukanlah sesiapa pun. Saya lelaki berkahwin satu beranak tiga tinggal berdekatan dengan sebuah pekan kecil bernama Parit Buntar yang kedudukannya mampir sekali dengan Bali, Indonesia ... errkkk ... bukan, dekat dengan Nibong Tebal, yang sememang terkenal dengan Pasar Kemboja dan juga Udang Galah sepitnya biru.

Wow 20 Ribu Follower Twitter ... Opps ...

Twitter hasrulhassan.com panduan blogger pakar seo sifu blogger

Sudah lebih 20 ribu tweet dikongsikan menerusi laman twitter saya. Saya jarang tweet secara peribadi, tetapi banyak tweet di situ terhasil disebabkan auto-tweet entri blog saya, seandainya ada entri baru diterbitkan. Tweet saya juga meliputi entri-entri lama yang mungkin saya perlu paparkan kembali pada mereka yang ingin tahu soal blog - panduan menulis, tips SEO, tips blogging termasuklah kisah blogger Malaysia yang menarik untuk dikongsikan.

Jadi platform twitter saya gunakan untuk .....

  • Kongsikan tajuk entri berkaitan dunia blog - tips blogging - panduan blogger dan SEO blogspot.
  • Kongsikan kisah rakan blogger yang menarik pada pembacaan saya.
  • Kongsikan gambar-gambar yang saya post di akaun Instagram saya terutama tatkala pergi bercuti atau melihat sesuatu perkara menarik berlaku di depan mata.
  • Juga informasi menarik yang dirasakan sesuai untuk pengikut twitter saya.


Dah follow? Jika sudah, saya ucapkan terima kasih .....

Pastikan jangan terkeliru antara jumlah tweets dengan jumlah follower yang ada, walaupun angka seakan nampak sama (samalah sangat).... hoho.

Terasa macam nak follow? Jangan segan silu, boleh follow di sini - http://www.twitter.com/hasrulhassan ... nak unfollow pun boleh, saya tiada masalah.... sebab saya menerima anda secara rela, dan anda berhak untuk tidak menerima saya secara rela. Tak mahu paksa ... sebab bak kata orang bercinta, jika dipaksa takkan kekal lama ... esok lusa putus jua...


12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wah dah cecah angka 20.7k.. banyak..banyak... apapun semoga teruskan bertweet ye...

    jom singgah corner saya.. aienlieyrusli.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm tak sedo pun ada banyak tu .. hoho

      Padam
    2. bro HH layak ad ramai mcm tu krana sifat rendah diri yg ada :-) so smua org suka - kedaionlinemy.com

      Padam
  2. Tahniah tuan, memang tuan layak bergelar artis atau org ternama...kerana budi tuan yang tak terhingga dan ikhlas inilah, maka ramailah pengikut2 akan bertambah bukan hanya Twitter tetapi di Fan Page, Linkedin dan lain2 fans....tuan yang terbaik, I follow...

    BalasPadam
  3. Madah berhelah ayat terakhir bro HASRUL...haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... amcam? ada rupa ayat romeo tak Sha? keh keh keh ...

      Padam
  4. Balasan
    1. tau la mu ada ribu ribu follower lebih dari aku .. hoho

      Padam
  5. twitter ni membantu tak dari segi ranking di search engine ya?

    BalasPadam
  6. Wahhh ramai tuuu....... Deno ada folo Mr. HH tapi kurang aktif twitter....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement