Ada tanya saya, "Bang, kalau saya dapatkan servis advertorial dengan blog abang, boleh ke bisnes saya dapat sale?". Ikhlas jujur saya katakan, saya tak boleh nak jamin, sebab ia bergantung dengan pembaca dan pengunjung blog ini. Jika mereka memang berminat untuk dapatkan produk tersebut, mereka akan beli bersandarkan informasi yang telah saya berikan menerusi post Advertorial. Sukar saya nak dapatkan bukti advertorial berkesan promosikan produk, melainkan .... jeng jeng jeng ....

Saya mungkin tak dapat nak buktikan menerusi penulisan advertorial untuk pengiklan di dalam blog ini boleh dapat sale. Tapi saya boleh buktikan menerusi penulisan berbentuk advertorial ini, saya telah berjaya hasilkan banyak komisen menerusi program affiliate, walaupun entri berbentuk advertorial itu telah saya tulis lebih setahun berlalu.

Bukti Advertorial Berkesan Jual Produk

Cuba lihat beberapa skrin shot ini:
Bukti Advertorial Berkesan Jual Produk
Jika tiada pengiklan yang mahu dapatkan servis advertorial daripada saya, maka ... saya pun buatlah servis advertorial untuk diri sendiri ... guna produk orang lain dari Bisnes Online Tanpa Modal ... 

Saya tulis, saya terbitkan. Dan biar .....

Jika Allah S.W.T mahu memungkinkan rezeki itu, maka in Sha Allah dapatlah saya merasa sekupang dua. Tapi sudah cukup nak buktikan bahawa advertorial memang berkesan jual produk. Cuma nak jadi ia berkesan itu perlu lihat siapa penulis dan pemilik blog; dan kekuatan blog itu dalam enjin carian.

Saya percaya ramai blogger Malaysia yang tulis entri seperti ini dan jana income saban waktu walaupun produk itu bukan produk mereka, terutama rakan blogger yang buat duit dengan blog menerusi program affiliate.

Cuba bayangkan pula, jika anda seorang pemilik bisnes, ada produk ... ada jenama; dan ada blogger yang tulis sebuah entri advertorial mengenai produk anda ....pastu memang terbukti pula advertorial ditulis boleh jual produk ... tidakkah ia untung untuk anda dalam jangka masa panjang?

Ada bisnes dan produk, nak dapatkan servis daripada blogger Malaysia menulis berkaitan produk dan jenama anda? Jika berminat nak tahu, boleh lihat di Advertorial.MY. Di sana ada banyak blog dan blogger yang sedia bantu anda lariskan produk dan jualan menerusi penulisan advertorial.

Tak tahu bagaimana rupa penulisan berbentuk Advertorial dalam blog? Boleh baca contoh ini - Rujukan Lengkap Kerjaya Jururawat

Atau baca yang ini ...

Buku Hartanah Terbaik Mesti Beli

Saya mewakili blogger yang ada menyediakan servis penulisan Advertorial ini mengalu-alukan semua usahawan untuk bekerjasama ... ini adalah peluang pengiklanan paling murah yang usahawan baru boleh dapatkan, yang mana potensinya di luar batasan ruang.

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya pun sedang mencuba buat advertorial melalui ashadee...cuma sekarang nie lebih kepada cuba untuk mengkreatifkan penulisan.ada banyak juga yang kena saya pelajari tentang advertorial nie.Dari sini saya belajar untuk memperbaiki penulisan.Biasalah blog personal lebih kepada penulisan yang santai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penulisan yang santai lagi senang nak buat sales ..

      Delete
  2. Saya belum mula lagi..rasa-rasanya belum bersedia kot

    ReplyDelete
  3. masih bekerja keras untuk dapatkan sales ini..

    ReplyDelete
  4. Penulisan yang santai dan simple memang terbukti berkesan untuk menarik minat pembaca terhadap advertorial yang diiklankan...semoga aku pun blh berjaya seperti tuan admin juga...

    ReplyDelete
  5. Pengiklanan advertorial menerusi blogger bukan sahaja paling murah, malah ia evergreen dan untuk jangka masa panjang

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement