Pelik? Tak pelik pun, sebab apa yang saya sediakan, kongsikan di dalam blog ini banyak lompangnya. Saya mengaku ada tips dan panduan buat duit dengan Adsense yang belum saya teroka sehabisnya. Saya masih lagi cuba nak mahirkan diri. Saya pun orang baru belajar walaupun dah ada akaun Google Adsense ni sejak 2008 lagi.
Oleh sebab saya pun orang baru belajar, dan saya masih lagi belum mampu nak buktikan berjaya buat duit sehingga USD1000+ dengan Adsense, jadi nak cakap lelebih pun tak boleh. Takkan nak ketuk tong kosong biar bunyi dengar setaman ye tak? Nak cerita biar nampak hasil.
Cara Jana Wang Dari Adsense
Jadi, saya anggap diri saya tidak layak untuk sembang kencang mengenai Adsense.
Namun, alhamdulillah, ada ramai rakan yang telah sudi kongsikan pengalaman, tips mengenai Adsense ini, sehingga ada yang jana income dari Adsense puluhan ribu ringgit sebulan! Jika anda ada baca tips-tips Adsense yang saya berikan, anda tentu perasan ada rakan pembaca blog ini yang tinggalkan tips tersebut di ruangan komen entri berkaitan Adsense ini.
Bila anda baca komen-komen tersebut, tak ada satu pun yang kata Adsense tak boleh jana income. Semua yang komen mengatakan Adsense adalah medium pengiklanan yang paling menguntungkan dan berbaloi-baloi untuk blog.
Weihh mana tidaknya, dibayar dalam USD ...
Adsense Adalah Jana Income Menerusi Trafik Blog
Jika biasa blog kita jana income RM50 setiap bulan guna medium pengiklanan seperti Nuffnang, Komli, Advertlets dan lain-lain .... dengan Adsense blog anda boleh jana USD50 setiap bulan - begitulah antara bezanya yang ketara. Adsense berkaitan trafik, jika blog anda banyak trafik, maka income dari Adsense juga akan banyaklah terhasil.Adsense pula .... anda boleh letak bersama iklan lain tanpa ada masalah. Anda boleh letak iklan Adsense bersama iklan Nuffnang, boleh letak bersama Komli, bersama Innity, bersama H12, bersama RevenueHits .. bersama PopAds dan lain-lain.
Mengapa? Sebab Adsense memang Google punya, dan bloggger.com juga adalah Google punya. Nak tak nak, jika anda ada akaun Google Adsense ... boleh tahap wajib pasanglah dalam blog anda. Dan jangan risau, ia tak jejaskan pun status Glitterati Nuffnang yang ramai blogger takut hilang tu.
Ok. Sekarang saya dah ngaku banyak lagi benda tak tahu mengenai Adsense; jadi siapa nak dirujuk? Panduan mana yang patut anda baca untuk jana wang dari Adsense ini?
Jika anda tanya saya; ada dua ebook panduan mengenai Adsense yang boleh anda baca.
- Pakej Lengkap Jana Wang dari Adsense 2.5
- Pakej Lengkap Raja Adsense Revive
Raja Adsense dah lama, dah banyak buat orang berjaya buat duit dengan Adsense. Kini sudah ada versi baru yang lebih power, malah ada pelbagai tips tambahan untuk blog jana wang dari Adsense.
Jika nak tahu selok belok dari A-Z cara jana wang dari Adsense, maka saya syorkan anda baca ebook tersebut dan ikuti panduan yang ada. Jika tak ada akaun Google Adsense .... maka dapatkan panduan tu untuk tahu cara-caranya.
Saya anak murid, jadi takkan nak dedah rahsia tok guru pada umum, melainkan anda dapatkan sendiri panduan tersebut. Baca dan praktikkan. Anda berjaya, saya suka.
Cubalah Google Adsense untuk blog anda. Dan mula jana USD100 pertama anda sekarang hanya dari blog! Berminat nak belajar jana wang dari Adsense, terus klik - Panduan Raja Adsense Revive
Kita pernah apply 2 X tapi failed...Tak ada rezeki lagi tu..Kena cuba lagi nampaknya...
BalasPadamJangan berhenti untuk mencuba. Bukan anda seorang yang apply benda ni, ramai lagi .. saya pun tak henti henti buat permohonan semula untuk unbanned di blog ini.
PadamNewbie macam saya ni rasa2 boleh ker apply adsense? sedangkan belum sampai 6 bulan dalam arena blog ni.. Kalo tak silap , adsense pra-syarat perlu mempunyai website atau blog sendiri selama 6 bulan. Betul ka?
BalasPadamCuba dulu, dan tengok apa respon dari mereka. Dari respon mereka tu barulah kita makin faham apa yang sebenar mereka nak sehingga dibolehkan buka akaun Google Adsense. Kena berani mencuba dulu ...
PadamNak apply pun tak dapat2... asyik kena reject masalah bahasa jer mcmne nak menjana duit... huhu. Yg ini xde siapa pun nak dedahkan caranya selain dari buat blog BI atau buat entri BI
BalasPadamHari tu Google Adsense Malaysia dah ada ... ntah apa jadi tak tahu.
PadamSekarang ni, saya cuma boleh tengok je kawan-kawan lain buat duit dengan adsense
BalasPadambelum lagi daftar adsense nie
BalasPadamAlhamdulillah sudah beberapa kali dapat payment dari Google Adsense. Malangnya masih menggunakan kaedah payment by cheque.
BalasPadamMaybank cas banyak juga kalau nak clearkan cheque luar dan mengambil masa.
Kalau ikut Kak Yanmie, elok guna Western Union. Tapi tak reti he...23x
Hahaha.. macam aku jugaklah .. guna check lagi, tapi nak tgk cash out akan datang ni camner .. dah letak wsteren union dah .... tunggu nak sampai had je ..hoho
PadamSekarang adsense untuk blog bahasa melayu dah susah nak dapat :)
BalasPadamYg adsense nama dah pernah blok tue try apply baru guna video dari youtube...
Hmmm saya dah dapatkan adsense utk youtube saya . hoho
Padamsy apply pun x lulus lg..hihi...klu gtu nak cuba lagi ni
BalasPadamHmm jangan putus asa, kerap bertanya pada mereka salah satu jalan penyelesaian terbaik, Lagi banyak kita tanya .. dia akan nampak blog kita .. dan akan personaly suruh staff dia belek blog kita cari kelemahan yang patut kita perbaiki.
Padamfulamak! banyak! huhu
BalasPadamtgh running tp ntah bila bila nk cukup utk cashout ..huhu
uv xkencang sgt mcm bro ..huhu
Hahaha .. kencanglah sangat .. blog2 saya yang ada adsense tak power trafik lagi .. in Sha Allah, nak susun strategi terbaik untuk tahun 2015 ...
Padambanyak kali juga apply, masih lagi tak lepas.
BalasPadamtengok cek tu besynya bila saya nak dapat?
BalasPadamhmmm .. tu cek cek biasa je .. ada yang angka lagi besar ... ramai IM underground buat duit dengan Adsense ni ....
PadamGuna Western Union senang untuk cash out Adsense, lokasi pun banyak.. Ikut pengalaman saya, blog yang trafik dalam 1,000 UV sehari pun senang-senang nak dapat $100 dollar sebulan, memang best..
BalasPadamHMmm 1K UV .. itulah saya nak cuba engage balik dengan adsense ni. Blog2 lain cam lembab sikit.
Padammas, saya neh gak bisa bhasa jawa gmn, :D
BalasPadamebooknya bhsa indo gak,, :D
Hi, saya dah pernah apply Adsense tapi dah kena banned dah. Saya ada terima email dr mereka tentang itu. Saya nak tanya kpada sesapa yg pernah terima email adsense disable ni, dia tulis kat email tu full name termasuk middle name ke tak? Contohnya, 'Hi First Bin Last' atau 'Hi First Last'? 'First' mewakili first name, yang 'Last' tu last name.
BalasPadamSaya pernah. Boleh baca entri entri berkaitan iklan adsense disable .. ada 2 ...... 3 entri sy cerita termasuk cara nak appeal
PadamAssalam. Tuan Hasrul Hassan , dimanakah saya boleh melijhat semua entry berkaitan google adsense diblog tuan?.. saya puas mencari label adsense diblog ini tetapi tidak berjumpa. Mungkin tuan blog boleh memberi tunjuk ajar. Terima kasih.
BalasPadamAlhamdulillah...selepas ikut cara kenapa xdpt..saya apply balik,,katanya nak view blog kita dlm masa 3 hari..tapi xde respon walau dh seminggu..saya cuba "send feedback" ,,Alhamdulillah 2hari slps tu approved!!
BalasPadamAlhamdulillah. Jangan berhenti dan putus asa. Kena usaha sampai dapat, in Sha Allah akan rasa sangat berbaloi.
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.