Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.
Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun Facebook
- Langkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.
- Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan ini - https://www.facebook.com/help/delete_account
- Langkah ketiga, klik pada kekotak Delete My Account; dan anda akan dibawa untuk pengesahan. Anda akan diminta untuk masukkan password akaun Facebook anda.
- Kemudian, anda akan diberitahu bahawa anda mempunyai 14 hari tempoh bertenang selepas anda bersetuju untuk padam akaun Facebook anda. Anda dilarang untuk login kembali ke akaun yang telah anda mahu padam.
- Sekiranya anda login ke akaun yang ingin anda padam, satu notifikasi akan keluar yang mengingatkan anda bahawa akaun Facebook anda dalam proses untuk dipadam dalam tempoh yang telah diberikan. Anda akan lihat tarikh sebenar akaun Facebook anda akan dipadamkan. Dalam notifikasi itu, anda akan nampak dua butang pilihat tersendiri - iaitu meneruskan padam (confirm deletion) dan batal (cancel deletion).
Semoga entri ini akan dapat selesaikan masalah mereka yang mahu padam akaun Facebook peribadi. Apabila anda padam, semua gambar, notifikasi berkaitan akaun Facebook anda itu juga turut terpadam.
Semoga bermanfaat.
Kebetulan la pula..saya br je selesai memadamkan akaun FB untuk selama lamanya... :))
BalasPadamAda tempoh bertenang 14 hari sebelum keputusan terakhir, dalam masa tu mungkin ubah fikiran ke...
BalasPadambelum nak delete lagi rasanya...:D
BalasPadamMacam artis pula kepada yang terasa nak padam akaun facebook ni hehe
BalasPadamoh begitu..bagus tip dari HH ni
BalasPadamOh begitu cara nak delete atau padam akaun Facebook, maklum sajalah kalau si isteri tak mahu laki dia bercatting di Facebook...bolehlah padam nanti.
BalasPadamkalau nk buat facebook baru tu kene tunggu 14 hari jugak ke?
BalasPadamEh ... tak lah, dah boleh buat hampir immediately.
Padammacam mana nak bunuh diri
BalasPadammurai-batu@waumail.com
hidup segan mati tak mau
kerja malas
duduk bawah jambatan jadi ktak surhana
kawan-kawan asyik kata aku gila saja
yang si soleha dengan suzy pulak senang senang dapat MAS KAWIN
duit ada tapi \malas nak belanja
Camne plak nga gmbar2 kt dlm fb tu..kna delete jgk ke?
BalasPadamCamne plak nga gmbar2 kt dlm fb tu..kna delete jgk ke?
BalasPadamJika dah delete akaun FB, semua isi kandungan akan delete sekali.
Padamt.kasih HH
BalasPadamAlhamdulillah..trma ksh ya.ilmu yg bermanafaat!tq.
BalasPadamTq. Maksudnya org lain dah tak boleh fb kita lg ker?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTq bro.. Mmbantu
BalasPadamBeres
.
Kalau dah padam fb, dah tak ingat le plak nak buat blik..sebab dah lama tinggal cara buat acc dulu...em alahai..
BalasPadamtq.baru lepas delete.tp amik masa lama sgt smpi 14 ari..terus delete je da ler..dulu saya takder fb aty tenang je.
BalasPadamterima kasih share cara padam akaun fb ni, setakat tak rasa nak padamlagi kot akan datang
BalasPadamAdakah jikalau dipadam akaun
BalasPadamfacebook,akaun yang terpaut seperti instagram akan terpadam sekali.?
Setahu saya .. tidak.
Padamkalau tak ingat password tu mcm mane?email thu
BalasPadamkalau xthu password mcm mne nak dlete?
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.