Doakan mereka yang mendapat kesempatan pergi Haji agar dipermudahkan. Doakan mereka dikurniakan kesihatan yang baik. Doakan mereka mendapat haji mabrur. Apakah yang dimaksudkan Haji yang Mabrur?

Sebagai umat Islam, wajib mengetahui apakah itu Haji, ia merupakan rukun Islam kelima. Adalah sangat tidak kena bilamana mengaku sebagai Islam tetapi tidak mengetahui mengenai haji walhal ia merupakan rukun. Walaupun ia wajib dilaksanakan bagi orang yang mampu sahaja.
Doakan Mereka Haji Mabrur

Doakan Mereka Haji Mabrur

Perintah menunaikan haji dengan ikhlas disebutkan dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 196, yang bermaksud “Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah”.

Ibnu Kathir dalam tafsir al-Quran al-Azim memberi tafsiran 'sempurnakanlah' dengan maksud bahawa orang yang pergi haji wajiblah niat ikhlas kerana Allah S.W.T sahaja, dan tidak pergi haji niat berniaga atau yang lain, sekalipun orang yang berhaji tersebut tinggal di Mekah.

Selain itu, wajiblah ia menyempurnakan rukun, wajib dan menghindari semua larangan ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah. Inilah hakikat haji mabrur. Ia melibatkan zahir dan batin sekaligus.

Bahkan larangan sekecil apapun mestilah dihindari, sepertimana ditulis dalam surah al-Baqarah ayat 197 yang bermaksud "Maka tidak boleh rafath, melakukan kefasikan dan berbantah-bantahan semasa mengerjakan haji".

Rafath ialah bercakap atau melakukan sesuatu yang boleh menarik syahwat antara lelaki dan perempuan, seperti mencium, bercakap tentang cinta atau wanita. Sebab, Umar al-Khattab pernah mendengar seseorang berbicara tentang perempuan, kemudian beliau berkata: “Janganlah kalian bercakap tentang wanita”.

Haji Menuju Allah - Raihan


Bila bercakap mengenai Haji Mabrur ini, saya teringat satu cerita; saya ingin kongsikan cerita ini supaya kita supaya pasang niat dari sekarang untuk mendapatkannya.

Kisah ini saya ambil dari sebuah kitab bertajuk Warisan Para Awliya hasil penulisan Farid al-Din Attar. Ia mengenai Abdullah bin al-Mubarak yang bermimpi mengenai seorang tukang kasut yang dikurniakan Haji Mabrur atas niat murninya, lagi ikhlas kerana Allah S.W.T. Abu Abdurrahman Abdullah bin al-Mubarak al-Hanzhali al Marwazi lahir pada tahun 118 H/736 M. Beliau adalah seorang ahli Hadis yang terkemuka dan seorang petapa termasyhur.

Kisah Abdullah al-Mubarak dan Haji Mabrur si Tukang Kasut

Abdullah bin al-Mubarak hidup di Mekah. Pada suatu hari, setelah menyelesaikan rukun ibadah haji, dia tertidur dan bermimpi melihat dua malaikat yang turun dari langit. Dalam mimpinya itu, dia mendengar dua malaikat itu sedang berbicara.

"Berapa banyak yang datang tahun ini?" tanya malaikat kepada malaikat lainnya.
 "600.000," jawab malaikat lainnya.
 "Berapa banyak mereka yang ibadah hajinya diterima?"
"Tidak satupun"

Sembang dua malaikat mengenai ibadah haji membuatkan Abdullah rasa sangat gemetar. Dia menangis kerana mengenangkan ramai jemaah, ramai umat Islam berduyun-duyun datang ke Mekah tetapi haji mereka jadi sia-sia.

"Semua orang-orang ini telah datang dari belahan bumi yang jauh, dengan kesulitan yang besar dan keletihan di sepanjang perjalanan, berkelana menyusuri padang pasing yang luas, dan semua usaha mereka menjadi sia-sia?"

Kemudian Abdullah bin al-Mubarak mendengar lagi.

"Ada seorang tukang kasut yang tinggal di Damaskus (Damsyik) yang dipanggil Ali bin Mowaffaq." Kata malaikat yang pertama. "Dia tidak datang menunaikan ibadah haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan seluruh dosanya telah diampuni."
Damsyik
Abdullah terjaga dari tidur. Dan dia bergegas ke Damsyik untuk mencari tukang kasut bernama Ali bin Mowaffaq ini. Abdullah mahu tahu, apakah yang telah dilakukannya sehingga hajinya diterima walaupun tidak datang ke Mekah seperti yang lainnya.

Abdullah telah menemui rumah Ali bin Mowafaq si tukang kasut. Dia pun menyapa dan tukang kasut itu pun keluar.

"Siapakah namamu dan pekerjaan apa yang kau lakukan?" tanya Abdullah.
"Aku Ali bin Mowaffaq, penjual kasut. Siapakah namamu?" tanya Ali.

Sebaik sahaja Abdullah menyatakan namanya, si Ali tukang kasut tiba-tiba menangis dan pengsan. Apabila Ali sedar, Abdullah pun bermohon agar Ali menceritakan apa yang dia buat berkaitan dengan haji.

Dia mengatakan:
"Selama 40 tahun aku telah rindu untuk melakukan perjalanan haji ini. Aku telah menyisihkan 350 dirham dari hasil berniaga kasut. Tahun ini aku memutuskan untuk pergi ke Mekah, sejak isteriku mengandung. Suatu hari isteriku mencium bau makanan yang sedang dimasak oleh jiran tetangga sebelah, dan memohon kepadaku agar dia boleh dapatkan sedikit. (Almaklumlah, seorang perempuan sarat mengandung, takut nanti kempunan.)

Aku pergi menuju ke rumah jiran sebelah, mengetuk pintunya kemudian menjelaskan situasinya. Tetanggaku mendadak menagis. "Sudah tiga hari ini anakku tidak makan apa-apa," katanya. "Hari ini aku melihat keledai mati tergeletak dan memotongnya kemudian memasaknya untuk mereka. Ini bukan makanan yang halal bagimu."

Hatiku sangat sedih ketika aku mendengar ceritanya. Aku mengambil 350 dirhamku dan memberikan kepadanya. "Belanjakan ini untuk anakmu," kataku. "Inilah perjalanan hajiku."

"Malaikat berbicara dengan nyata di dalam mimpiku," kata Abdullah, "dan Penguasa kerajaan syurga adalah benar dalam keputusanNya."

Wallahu a`lam

Salam Aidil Adha buat semua pembaca blog ini.

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Semoga jemaah haji tahun ini mendapat haji mabrur..

    ReplyDelete
  2. Salam aidil adha. Mudahan semua jemaah haji tahun ini mendapat haji mabrur..

    ReplyDelete
  3. Moga yang telah terpilih kali ini mendapat haji yang mabrur...amin...

    ReplyDelete
  4. Semoga kita semua mendapat haji yang mabrur.. aminn..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement