Harga nombor plet atau pendaftaran kenderaan termahal Malaysia setakat ini ialah W1N yang berharga RM748,000. Ia dimiliki oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Nombor Plet BMW Eksklusif
Baru-baru ini, ada bidaan untuk nombor plet pendaftaran kenderaan bermula dengan BMW, yang mana 5 daripada nombor plet eksklusif tersebut dimenangi oleh ahli anggota pentadbiran kerajaan. Nombor plet termahal yang dimaksudkan ialah BMW1, BMW2, BMW7, BMW9 dan BMW10. BMW6 dimenangi oleh jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. Manakala BMW5 dimiliki oleh kerabat diraja. Pihak JPJ ada polisi tertentu untuk dedah dan tidak mendedahkan siapa empunya pemilik nombor plet termahal di Malaysia.Kredit Foto: Paultan.org |
Siapa agaknya anggota pentadbiran kerajaan yang menang bidaan nombor plet kenderaan tu ehhh ... hoho.
Menurut kenyataan Ketua Pengarah JPJ dalam akhbar, JPJ tidak boleh dedahkan nama anggota pentadbiran kerajaan yang menang bidaan nombor plet kenderaan BMW harga mahal. Ia sebagai langkah patuhi keputusan kabinet yang mahu nama pemenang bidaan nombor plet pendaftaran kenderaan mahal dirahsiakan bagi elak persepsi negatif daripada masyarakat.
Pemilik Nombor Plet BMW
- BMW1 - Anggota Pentadbiran Kerajaan
- BMW2 - Anggota Pentadbiran Kerajaan
- BMW3 - Kerabat Diraja Selangor - Tengku Ahmad Shah
- BMW4 - Tidak dinyatakan
- BMW5 - Kerabat Diraja
- BMW6 - Datuk Lee Chong Wei
- BMW7 - Anggota Pentadbiran Kerajaan
- BMW8 - Ahli Perniagaan
- BMW9 - Anggota Pentadbiran Kerajaan
- BMW10 - Anggota Pentadbiran Kerajaan
Sekarang mari tengok senarai harga plet pendaftaran kenderaan termahal yang telah ditempah menerusi JPJ di Malaysia.
Senarai 12 Nombor Plet Termahal di Malaysia
Ramai orang kaya di Malaysia ni, cuma mata kasar kita je yang tak nampak ... ye tak?
Saya pernah juga bida nombor plet, untuk dapat angka atau nombor yang kena mengena dengan jiwa sentimental ... hoho ... kena bayar dalam RM200 untuk dapatkan nombor plet yang khusus yang kita nak - kiranya langkau barisan atau turutan la.
Bidaan nombor plet oleh JPJ memang sumber income jabatan ini sampai dapat kaut RM400 juta setahun .. harapnya bolehlah tengok-tengokkan bab lain juga terutama bab keselamatan jalanraya, bila dah ada pendapatan yang lebat hebat ni. Dengarnya nanti, JPJ nak buat duit lagi untuk saman cermin gelap dan lampu sorot pada kenderaan ... hoho ..
Apa pendapat anda?
biarkanlah mereka..orang banyak duit kan..
BalasPadamasalamualaikum HH..mahalnya.. jutawan tu, apapun dengan harga klas pertama hehehe
BalasPadamserammm tengok......agak2 kalau lapo boleh ker makan no plat tu.....ehehehe
BalasPadamOrang kaya mahu nombor cantik boleh beli, biasa lah, nak tunjuk-tunjuk.. org sederhana macam saya ni huhu.. tidak mampu...
BalasPadamdahsyat ye...
BalasPadamEsok nak mohon kerja dengan JPA nanti saya pun boleh beli DR1
BalasPadamDa dpt ke keja? Dr bli no plet mhal baik bg mkn n sedekah org miskin
PadamGlup.... hurmm... kalu dah berWANG... apa pun sanggup....
BalasPadamhttp://supernifzvitamin.com/khasiat-madu-lebah/
Tak mampu pakai BMW lagi, kalau dapat plat pun ok sangat dah :P
BalasPadamhurmmmm, saya memang tak mampu lah nak beli nombor plat mahal-mahal nih, baik buat isi perut huuu
BalasPadamBila dah kaya mesti nak kan kuasa. Bila dah kaya dan berkuasa... maka nak kan perhatian dan keistimewaan... Besar sungguh dugaan orang kaya ni didunia ini...
BalasPadampatutla minyak mahal
BalasPadamgolongan kaya senang-senang berbelanja duit dan golongan miskin pula terpaksa bertaruh nyawa demi sesuap nasi..duit memang tak cukup apatah lagi makan dan minum..sekadar ajak kalian berfikir...
BalasPadamadess...kalau saya memang tak la nak beli2 no plat ni..x der faedah bagi saya( kata-kata orang yang tak berduit kakaka)
BalasPadamharga no plat lagi mahal dr kereta.
BalasPadambeli plate yg harganya RM210 pun kena berkira2 juga ni...heee.
BalasPadamkalau sanggup nombor cantik ada harganya, tapi yg mahal sangat macam ni nak jual balik pun bukan mudah,,,
fuh..memang tak mampu, n bukan prioriti, kan? :D tapi syukur sebab nmbr plat yang dapat nie pun rasa dah cukup cantek n senang nak ingat. hehe..
BalasPadamPerghh, harga plat dah boleh beli rumah sebiji
BalasPadamSbb da ada umah berbuah2 la bli no plet pulak. Lg pun keja gov kan snang byk elaun bgai yg jwatan besar2
Padamno lawa semuanya mahal belaka
BalasPadamhaha...ayat baik punya.
BalasPadamfuh... kita nak beli kereta pun tak mampu. Ni beli nombor plet je dah mahal macam ni
BalasPadamKalaulah wang sebanyak ini didermakan kepada orang-orang miskin..
BalasPadamMahu pengsan melihat harga. Bagi mereka yang mampu harga lelongan adalah celah gigi. :)
BalasPadamTak termampu nak jangkau harga no.plet tu...syukurlah apa yang ada ni
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.