Saya fikir tak ramai yang tahu kisah bagaimana celebriti dan penyampai radio Fara Fauzana mula bertudung. Jika anda merupakan peserta Konvensyen The Bidadari 2014, anda mungkin tahu sedikit sebanyak kisah bagaimana mulanya Fara Fauzana bertudung sebab personaliti ini ada berkongsi kisahnya di dalam Program The Bidadari 2014.

Dalam konvensyen tersebut, Fara Fauzana berkongsi cerita mengenai tanggapan masyarakat, keluarga dan kawan-kawan apabila dia mula memakai hijab penuh. Turut sama selebriti lain berkongsi cerita dan pengalaman mereka saat mula bertudung adalah Mizz Nina, Ummi Nazeera dan Natasha Hudson.
Selebriti Malaysia cun bertudung 2014
Paling menarik ialah bagaimana mahu transformasi dalam soal pergaulan apabila sebelum bertudung menjadi seorang muslimah yang kini berhijab. Banyak tips diberikan untuk hadapi sangka buruk masyarakat, terutama sekali yang melihatkan apa yang dilakukan oleh mereka sekadar ikut trend dan bukannya kerana niat ikhlas untuk Allah S.W.T.

Berhijab adalah untuk menjaga kemuliaan seorang wanita. Berhijab adalah untuk meningkatkan darjat kemuliaan dan harga diri seorang wanita. Ia bukan menyekat kebebasan seorang wanita untuk berjaya, tetapi ia merupakan landasan betul untuk kecapi kebahagiaan dan kejayaan dunia serta akhirat.
Kisah Fara Fauzana Mula Bertudung
The Bidadari 2014 imuslim.my Kisah Fara Fauzana Mula Bertudung

Saya kongsikan sedikit video The Bidadari 2014, kisah bagaimana Fara Fauzana mula bertudung, dan apakah harapan dia dengan penghijrahan ini.

Dia ceritakan bagaimana reaksi awal keluarganya terhadap dirinya bila mengenakan hijab. Fara Fauzana juga ceritakan mengenai perbezaan ketara dalam hubunganya sesama rakan apabila dia terlah bertudung.

Video Kisah Penghijrahan Fara Fauzana Bertudung

Saya secara jujurnya mendoakan segala kebaikan buat mereka, selebriti yang telah diberikan ruang untuk berhijrah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Setiap orang ada peluang diberikan oleh Allah S.W.T untuk berubah menjadi lebih baik, hanya kita sahaja samada mahu merebut peluang itu atau tidak.

Jika kita tahu ia akan memberikan segala kebaikan dunia akhirat, pasti peluang itu akan dirembat.
Mizz Nina bertudung
Natasha Hudson bertudung
Program The Bidadari 2014
Salam Maal Hijrah 1436. Semoga kita menjadi lebih baik daripada semalam.

Kredit: Fanpage The Bidadari 2014

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. alhamdulillah.. cantik bila bertudung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesiapa pun akan diberikan sinar keayuan bila ia mengenakan tudung.

      Delete
  2. Semoga penghijrahan fara fauzana istiqamah dan Allah permudahkan perjalanannya

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..semakin ramai yang mula berhijrah

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Harap suatu hari nanti saya pun mcm Fara gitu, boleh keluar dgn memakai tudung.. Inspirasi yang cukup baik untuk diriku yang baru mengenali Islam. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement