Dalam konvensyen tersebut, Fara Fauzana berkongsi cerita mengenai tanggapan masyarakat, keluarga dan kawan-kawan apabila dia mula memakai hijab penuh. Turut sama selebriti lain berkongsi cerita dan pengalaman mereka saat mula bertudung adalah Mizz Nina, Ummi Nazeera dan Natasha Hudson.
Paling menarik ialah bagaimana mahu transformasi dalam soal pergaulan apabila sebelum bertudung menjadi seorang muslimah yang kini berhijab. Banyak tips diberikan untuk hadapi sangka buruk masyarakat, terutama sekali yang melihatkan apa yang dilakukan oleh mereka sekadar ikut trend dan bukannya kerana niat ikhlas untuk Allah S.W.T.
Berhijab adalah untuk menjaga kemuliaan seorang wanita. Berhijab adalah untuk meningkatkan darjat kemuliaan dan harga diri seorang wanita. Ia bukan menyekat kebebasan seorang wanita untuk berjaya, tetapi ia merupakan landasan betul untuk kecapi kebahagiaan dan kejayaan dunia serta akhirat.
Saya kongsikan sedikit video The Bidadari 2014, kisah bagaimana Fara Fauzana mula bertudung, dan apakah harapan dia dengan penghijrahan ini.
Dia ceritakan bagaimana reaksi awal keluarganya terhadap dirinya bila mengenakan hijab. Fara Fauzana juga ceritakan mengenai perbezaan ketara dalam hubunganya sesama rakan apabila dia terlah bertudung.
Video Kisah Penghijrahan Fara Fauzana Bertudung
Jika kita tahu ia akan memberikan segala kebaikan dunia akhirat, pasti peluang itu akan dirembat.
Salam Maal Hijrah 1436. Semoga kita menjadi lebih baik daripada semalam.
Kredit: Fanpage The Bidadari 2014
alhamdullilah
BalasPadamalhamdulillah.. cantik bila bertudung
BalasPadamSesiapa pun akan diberikan sinar keayuan bila ia mengenakan tudung.
PadamSemoga penghijrahan fara fauzana istiqamah dan Allah permudahkan perjalanannya
BalasPadamalhamdulillah..semakin ramai yang mula berhijrah
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamHarap suatu hari nanti saya pun mcm Fara gitu, boleh keluar dgn memakai tudung.. Inspirasi yang cukup baik untuk diriku yang baru mengenali Islam. :)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.