Kurang pendapatan menjadi punca rasuah. Dan saya nak tambah, kurang pendapatan juga adalah punca jenayah. Kenapa boleh jadi kurang pendapatan? Antara sebab yang paling saya nampak ialah lebihan perbelanjaan. Belanja kita jadi lebih dari pendapatan yang ada, makanya, duit yang ada pada kita tak pernah cukup disebabkan oleh lebihan perbelanjaan ini.

Kadangkala, lebihan perbelanjaan ini bukanlah perkara disengajakan. Ia boleh berlaku tanpa kita sedari. Apatah lagi bila kita tiada simpanan wang kecemasan. Mana nak cekau duit apabila duit gaji sudah habis dibelanja untuk keperluan asas kehidupan - makan, minum, tempat tinggal?

Jenayah Berlaku Akibat Desakan Belanja Kehidupan

Bila dah terdesak nak mencari sumber kewangan, maka langkah yang mudah ramai yang ambil ialah dengan melakukan aktiviti jenayah. Lihatlah jenayah yang berleluasa sekarang, kalau diselidik sampai ke akar umbi, segalanya berpunca dari duit - iaitu punca pendapatan. Tak cukup duit; ada yang merompak, ada yang mencuri, ada yang meragut, ada yang berjudi, ada yang jadi keldai dadah, ada yang jual diri, ada yang buang anak, ada yang ... ishh macam-macam lagilah, termasuk juga rasuah.
Kurang Pendapatan Punca Rasuah
Sejak dua menjak ini, sudah banyak kes melibatkan rasuah didedahkan. Bermakna, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memang menjalankan tugas mereka dengan berkesan. Paling nampak ialah kes-kes rasuah melibatkan kakitangan awam, dan paling ketara sekarang ialah rasuah melibatkan anggota-anggota Kastam Diraja Malaysia. Amat mengejutkan apabila jumlah yang ditahan, ditangkap dan didakwa kerana rasuah sangat ramai. Ia menjadi ancaman besar untuk penguasa Kastam.

Rasuah boleh berlaku di mana-mana, termasuklah ketika nak dapatkan tender-tender kerajaan. Ia bukan hanya berlaku di kalangan anggota kakitangan awam sahaja, tetapi juga pihak swasta.

Nak lagi dengan kenaikan harga petrol. Maka, akan tercetuslah keadaan yang dinamakan efek domino. Hanya kerana naiknya harga petrol, maka perbelanjaan lain dikhuatiri akan mendadak naik berlipat kali ganda. Semua orang tahu mengenai efek domino kenaikan harga petrol termasuklah yang beri keputusan untuk naikkan harga petrol.

Bila perbelanjaan dah terlebih, pendapatan pula kurang, maka jenayah seperti rasuah memang akan jadi satu epidemik dalam urusan seharian terutama melibatkan perniagaan.

Nak tak nak, kerajaan perlu fikirkan cara dan mekanisme supaya pendapatan ditingkatkan khas untuk mereka yang terdedah dengan gejala jenayah rasuah ini.

Siapa mereka, anda boleh fikir sendiri, bukan setakat Penguasa Kastam semata.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kurang iman punca rasuah. Kalau kita sendiri diletak $100k depan mata, sanggup tolak tak? Kalau 1 juta? Waa..

    BalasPadam
  2. kadang2 tu pendapatan dah cukup, tp sbb rs nk mewah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Bila dah biasa hidup mewah, ada je yang rasa tak cukup.

      Padam
  3. Betul tu bro... Rasuah sekarang ni ada dimana-mana... paling bahaya kes kastam tuuu.... salah guna kuasa lak tuu... haihhhh....

    BalasPadam
  4. belanja asyik melebihi pendapatan itulah tak ukur kemampuan sendiri

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement