Bagai tidak percaya, laman web Bit.ly telah dianggap berbahaya, dan bermasalah dengan Malware. Diberitakan laman web Bit.ly yang merupakan laman web untuk memendekkan URL yang panjang telah dikesan berbahaya oleh pelayar internet Crome.

Bit.ly adalah salah satu perkhidmatan yang telah ramai digunakan untuk memendekkan URL. Contoh kependekkan URL dari http://www.hasrulhassan.com/2014/10/nota-ringkas-peperiksaan-online-pegawai-tadbir-diplomatik-m41.html menjadi http://bit.ly/previewcopyptd2014

Pautan Bit.ly Bermasalah Malware

Saya antara pengguna aktif akaun Bit.ly. Saya sering menggunakan perkhidmatan percuma Bit.ly untuk mempromosikan sesuatu produk di blog, terutama produk-produk daripada affiliate. Agak mencemaskan bila saya buka salah satu pautan menggunakan Bit.ly ini telah terus membawa saya ke paparan di bawah ini.

Paparan ini walaubagaimanapun tidak berlaku jika menggunakan pelayar Firefox dan juga Internet Explorer. Ia hanya berlaku seandainya anda membuka pautan tersebut menerusi Crome.

Saya berharapan kes ini tidak terus berlaku, dan akan selesai tidak lama lagi. Saya pasti pasukan Bit.ly sedang melakukan sesuatu agar perkhidmatan mereka dibenar dan dibolehkan. Agak merugikan bila servis percuma ini dianggap sebagai satu ancaman berkaitan Malware.

19 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Apa yang menyebabkan masalah tu ye?

    BalasPadam
  2. IM pun kadang-kadang guna jugak. Baru guna semalam. Ken tunggu sampai semuanya jadi okay balik. Harapnya.

    BalasPadam
  3. aah..tadi blog saya kena malware jugak disebabkan bit.ly...tapi sekarang dah ok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm berjangkit nampak gayanya ehh .. :) sib baik dah ok.

      Padam
  4. sebab malas nak guna link macam tu tuk IM....kalau tuk share dekat twitter dulu selalu juga guna

    BalasPadam
  5. Saya pernah guna Bit.ly dulu, memang memudahkan. Berkenaan dengan serangan Malware, mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Tapi jangan bimbang, dah tentu team Bit.ly akan terus menghubungi Google untuk membuang amaran tersebut dari browser Chrome..

    BalasPadam
  6. saya rasa disebabkan banyak org guna, smpai tahap ada malware la.. sekadar pandangan , saya pun pernh guna bit.ly untuk 8share suatu ketika dahulu.. heheh

    BalasPadam
  7. gua pun terkena jg... habis semua promote down... huhuhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm patutlah kali ni nampak sale produk Pakej Rujukan Peperiksaan PTD 2014 Tok Puteh cam slow je ehh ...

      Padam
  8. Patutlah semalam..

    BalasPadam
  9. Ha ah saye kene juga baru2 ni...terus tutup chrome dan guna firefox, ye ia stabil dan ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerewet sangat si Crome ni .. itu tak leh .. ini tak leh .. hoho ...

      Padam
  10. Takpe2 banyak lagi url pendek yang lain..

    BalasPadam
  11. baru tahu. tak mo pakai dah la yang ni..maceh HH

    BalasPadam
  12. jarang sangat aku pakai shorten url ni..sebab ada cara lagi best daripada ni dan senang nak track.:D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement