Yap, pokok ini boleh 'dididik' menjadi pokok bonzai. Tapi serius, makan masa bertahun nak jadikan ia pokok bonzai yang cantik. Saya ada tanya seorang tauke cina bagaimana nak buat ia jadi pokok bonzai, nanti saya kongsikan kepada anda - itupun jika nak cuba tukar pokok Bunga Kemboja Cina biasa ni jadi Pokok Bunga Kemboja Cina ala-ala kemetot.
Pokok Bunga Kemboja Cina
Cara Tanam Pokok Kemboja Cina
Pokok Bunga Kemboja Cina ni saya dapat daripada pemberian mak sedara dua pupu sebelah mak saya. Ada juga benih pokok ini saya dapat daripada jiran Cina saya. Ada dua cara nak tanam pokok bunga ni, satu menerusi batang pokok dan kedua menerusi biji benih daripada buah pokok Bunga Kemboja Cina ni.Bagi saya, paling mudah tanam guna benih. Boleh baca cara nak tanam pokok ni di sini - Kemboja Cina
Tips Tanam Pokok Bunga
Kata orang tua-tua, nak tanam pokok kena tengok orangnya juga. Bukan semua orang ada 'bakat' nak tanam pokok-pokok ni, lagi-lagi pokok jenis berbuah. Apa yang saya diketahuikan oleh set-set otai tanam pokok, orang yang nak tanam pokok kena rasi, mesti bersifat sejuk. Orang 'tangan panas' tak boleh atau tanam takkan menjadi. Mungkin ada enzim tertentu pada tapak tangan kot yang pengaruhi.... hoho ... anak saya kata, pakailah sarung tangan kalau nak tanam pokok, tak adalah kena mengena dengan tangan tu ... hoho ..Pokok Bunga Kemboja Cina atau dikenali dengan nama saintifik Adenium kena tanam pada pasu besar kalau nak dia membesar cantik dan dijadikan pokok hiasan pokok bonzai. Kalau anda tanam pasu kecik, pokok ini tak dapat membesar terutama bahagian akar dan batangnya. Bahagian akar dan batang pokok inilah yang boleh anda ubahsuai menjadikan ia sebuah pokok bonzai yang cantik.
Ia dikenali dengan nama saintifik Adenium obesum merupakan pokok dari famili apocynaceae. Ia sejenis pokok yang berbunga cantik. Berasal dari Africa Timur dan Selatan Arab. Juga digelar dengan gelaran desert rose iaitu rose padang pasir mungkin kerana bunganya seakan ros dan hidup subur di kawasan yang kurang air.
Teknik Tanam Pokok Bunga Kemboja Cina Jadi Pokok Bonzai
Teknik yang dikongsikan kepada saya oleh seorang tauke cina untuk jadikan Pokok Bunga Kemboja Cina ni pokok bonzai:- Tanam dalam pasu besar
- Siram air minima, air banyak akan rosakkan akar dan batang pokok
- Pangkas atau potong bahagian batang pokok
- Gunakan tali atau dawai halus untuk ikat bahagian tertentu batang pokok bagi bantutkan pembesaran normal
- Lilitkan batang sesama batang untuk hasilkan bentuk pokok bonzai yang menarik
- Letak baja pertumbuhan daun, bukan pertumbuhan bunga
- Letakkan ia pada tempat yang dapat sinar matahari maksima
Teknik di atas ambil masa lama, dan bukan masa sekejap nak jadikan pokok ini sebuah pokok bonzai yang cantik. Anda kena bersabar sedikit. Dan ia ada musuh utama dalam proses pembesarannya. Nanti saya akan ceritakan kemudian.
Oh ya, lupa nak bagitahu .. pokok ini beracun, walaupun beracun tapi ulat beluncas suka sangat makan daun pokok ini. Hairan tak? Hmm selalu memang pokok yang ada bahaya tertentu memang suka haiwan dan serangga ni dok serang. Racunnya ialah pada getah pokok ini, jika termakan memang boleh bawa akibat yang buruk.
Hoho .. house husband yang gemar pokok bunga ... siapa yang ada tips lain, bolehlah kongsi nanti ye.
selalu tgk wrna putih ja
BalasPadamTidak pernh dengar pulak pokok ni beracun.. nasib termakan je baru da racun, kalo sentuh pn beracun, mampus la..huhu (joking)
BalasPadamBenda cantik memang ada 'senjata' macam bunga mawar ada durinya. :)
Padambapak saya suka tanam bunga. tapi setakat ini tak ada pulak dia tanam bunga kemboja. biasa bunga kemboja ni jumpa kt kubur. tapi warna putih. betul tak? ke saya yang tak kenal bunga? huhu.
BalasPadamErkk .. hmm ia antara pokok yang mudah nak dijaga ... tak perlu siram banyak air, tetapi musuh dia ada .. iaitu ulat beluncas.
Padamdulu banyak pokok ni kat rumah...sejak pencemaran baja berlebihan...habis semua mati...
BalasPadamNi pokok yg orang cina kata bawa 'ong' tu ek?
BalasPadamDulu banyak pokok ni kat rumah. Memang cantik.
BalasPadamWarna merah cantik berbanding warna putih
BalasPadamhttp://www.lovehutladyvitamin.com
bunga ni cam pempuan perangainya. haha
BalasPadampokok ni ada tanam dekat rumah.. lepas tu akan keluar mcm tanduk panjang.. ada jiran beritahu dalam tu ada benih...
BalasPadamYup betul. Dalamnya ada biji benih, bentuk dia ada bulu2 halus, leper je. :)
Padamwalaupun bonzai,ada keluar benih gak ke?
PadamYa, ada .. dia memanjang je buah benih dia.
Padamkwn ucu ada tanam pokok kemboja tu dalam pasu...tp sering da masalah daun gugur kemudian pokok terus mati. kenapa ya?
BalasPadamTgk bahagian bawah pasu, tak boleh ada pelapik sbb air tak leh bertakung. Akar dia tak boleh ada banyak air, nanti mereput ... :)
PadamMmg mkn masa yg lama ka.. aduu.. sy geram tgk pokok kemboja ni.. dh 2 thn sy jaga. Tapi.. lmbat nya.. baja tiap smggu pkai.. yg organik pya.. baja lain xcuba pn..
BalasPadamHmm tak juga. Paling penting ke letak tempat banyak cahaya matahari.
PadamUbi lembik cmna nk buat ya.. Sy baru beli. Ubah ke pasu ubi mkin lembik plak. Pdhal siram semua sama ja.. Buat ms skg sy dah xsiram. Kena ujan pn tak.. hya letak bawah bumbung. Ada cara tak utk pulihkan ubi lembik.
BalasPadamBatang (ubi) lembik.. Bagaimana nk atasi ye?
BalasPadamKena biarkan pada matahari tanpa air.
PadamSalam encik. Saya ada bunga kemboja cina berwarna hitam dan merah, tapi dalam masa yang sama, ada keluar bunga kemboja berwarna pink. Maksudnya, saya punya kemboja tu kacukan ke encik?
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.