Saya sebenarnya pun suka makan jeruk. Sesekali, saya dan isteri akan pergi dapatkan jeruk kat kedai Jeruk Madu Pak Ali. Hmm .. al fatihah buat Pak Ali. Tak boleh makan selalu jeruk ni, sebab dia berasid, tak elok untuk kesihatan perut. Kalau makan sekadar nak hilang gian dan mengidam, ok la kot. Alah .. la ni bukan kira dah ngidam ke tak .... semua pakat bantai makan .. benda sedap ... hoho siapa yang tidak suka, lelaki pompuan sama je ..
Resepi nak buat jeruk mangga ni tak susah pun. Cuma yang mungkin nak jadi masalah ialah bekalan Mangga tu, atau juga dikenali sebagai Mempelam, atau juga disebut sebagai buah Pauh. Ada yang membezakan setiap jenis dan nama ni .. tapi bagi saya ... semuanya sama je ketika ia masih muda, rasanya tetap masam, walaupun ada jenis yang ada rasa kelat sedikit.
Jeruk Mangga Asamboi Menjadi Fenomena
Bila bekalan Mangga atau buah Pauh ni susah nak dapat, maka akan hadirlah mereka yang bijak ambil peluang untuk pasarkan produk ini. Untuk mereka yang benar-benar nak merasa, nak makan, yang dok mengidam jeruk Mangga, pasti cara paling mudah nak dapat ialah dengan membelinya dari mereka yang menjual.
Ok.
Katakan anda tidak ada masalah dari segi bekalan buah Mangga atau Mempelam atau Pauh ini; bolehlah cuba untuk buat sendiri. Kata orang, buat sendiri jeruk ini lebih puas hati, boleh adjust untuk kena dengan citarasa sendiri.
Resepi Mudah Membuat Jeruk Mangga Asam Boi
Tak susah pun nak buat jeruk Mangga sendiri. Seperti awal yang saya katakan tadi, perkara utama ialah Mangga, tak ada Mangga, maka takkan adalah jeruk Mangga sendiri.. hoho ...Untuk buat jeruk Mangga, bahan-bahan berikut diperlukan:
Mangga atau Mempelam atau buah Pauh muda. Nak lagi syok yang dianggap kirau atau hampir nak masak. Sebabnya? Tak adalah keras sangat nak makan nanti. Tapi ada yang kata, elok yang muda belia, sebab bila jadi jeruk, dia akan jadi lembut. Ok .. itu terpulang pada citarasa, sebab itu buat sendiri lebih afdal kalau tekak ni susah nak terima citarasa orang lain... ye tak?
Asam Boi. Yang ini anda boleh dapati dengan mudahnya di kedai-kedai. Fenomena jeruk Mangga terkini kena letak Asam Boi, kata mereka lebih asyik ... hoho ...
Gula. Bahan penting untuk menjadikan Mangga tadi bertukar menjadi jeruk. Kuantitinya banyak, saya boleh katakan ia mestilah lebih dua kali ganda daripada bahan utama Mangga itu tadi. Jika ada Mangga dalam 3 bijik, paling kurang gula nak kena ada 9 sudu besar gula.
Garam. Ada yang letak, ada yang tak letak. Bagi saya elok letak sedikit sebagai penambah perisa. Ia bergantung dengan Asam Boi tadi, kalau letak Asam Boi banyak, maka garam ni boleh dianggap tak perlu pun, sebab Asam Boi ada rasa manis, masin gitu ... :)
Dan bahan yang dianggap cukup penting untuk jadikan jeruk Mangga kick .. ialah cili api. Cili Api mestilah dari jenis berapi-api pedasnya. Banyak atau sedikit terpulang kepada anda. Kalau mahu lebih pedas, maka letakkanlah banyak ... segengam pun tak mengapa.
Teknik Menggaul Kena Betul
Caranya ... mula masukkan Mangga muda tadi ke dalam bekas dan masukkan gula. Gaul sehingga sebati. Oh ya, jangan lupa potong kecil-kecil buah Mangga tadi, saiz potongan penting supaya ia senang mudah nak dijerukkan. Jika besar sangat, nanti tak rasa sebatian campuran nanti. Jadi, saya syorkan ia dipotong kecil, tetapi tidak terlalu kecil. Pastikan juga sebelum dicampur dan digaul, Mangga tidak terlalu berair atau basah.Bila dah gaul Mangga dengan gula sehingga sebati, barulah dimasukkan Asam Boi. Anda akan lihat, campuran sebati Mangga, gula dan Asam Boi akan keluarkan sedikit cecair. Jadi, tak perlu tambah air.
Kemudian, masukkan sedikit garam jika perlu. Bab ni anda kena rasa sedikit. Kalau macam tak ada kelainan 3 rasa, barulah masukkan garam.
Lepas tu, masukkan bahan terakhir iaitu cili api. Potong cili api ini kecil-kecil, lagi halus lebih baik. Sebabnya mudah untuk bahan-bahan itu bergaul mesra dan rasa pedas itu terserap dalam sebatian tadi. Gaul dan gaul .. dan gaul ... sampai nampak semua dah sekata rata.
Masukkan dalam bekas bertutup.
Siap.
Masukkan sebatian atau campuran jeruk Mangga ini ke dalam peti ais. Biarkan selama 4-5 jam. Lebih sejuk, lebih sedap ... baru anda akan terasa kemanisan gula, keserasian rasa Asam Boi, dan pedasnya cili api tadi.
Mungkin entri ni tak berapa nak jelas sangat mengenai resepi jeruk Mangga Asamboi yang tengah menjadi fenomena ni, kalau nak tengok cara-cara siap dengan gambar detail boleh rujuk di sini - Resepi Jeruk Mangga Asamboi perghhh tengok gambar pun dah leleh air liur ..
Ok. Selamat mencuba Resepi Jeruk Mangga Asamboi ini.
Kredit gambar: Denai.my
mudah kan
BalasPadamassalamualaikum hh...memang betul tu dah jadi fenomena kat fb skg ni...bila tengok jer dah buat kecur jadinya...jadi buat sendiri tu lebih puashatikn...mama pun baru dua hari postkn entri jeruk ni...bila dah buat sendiri mmg rasa puas sgt dpat makan...:)
BalasPadamtgk pon dh terliur....
BalasPadamHahahah itulah pasal, memang fenomenalah jeruk mangga ni kat mana2
PadamSedap sehingga mengalirkan air liur ni..hehe
BalasPadamaduuh.. dah menitik air liur ni
BalasPadamSila tadah air liur tu .. :P
Padamsedapnye..terliur nye
BalasPadammemang "viral" la resipi ni p mana mana pun org akan bercakap pasal jeruk ni
BalasPadamHaaa tau tak apa ... :) dan ramai yang tahu ia viral, ambik kesempatan untuk berbisnes mengenainya.
PadamSgt viral smpii saya pun terjebak
BalasPadamhuhuuu saya tak minat mkn benda msama-masam macam nie..
BalasPadamDah kawin lom ni? Hoho .. :P
Padamlaa ni jugak nak pi cari jeruk...naseb duk kat penang senang dpt..
BalasPadambaru je makan tadi kat opis..ahaha..ada plak orang bawak kan..rezeki :D
BalasPadamNgidam ke ehhh? Hoho .. berapa bulan dah bro?
Padamkalau tak dak pelam ganti buah epal gerenti jilat jari..
BalasPadamdah terliur tengok banyak blog yang update gambar nie..adeh...
BalasPadamWah, sampai ke sini resipinya.ni yg buat terliur.
BalasPadamHahahaa.. penangan SEO nih dapat tahu ramai cari resepi ni.
PadamMemang fenomena sungguh..tambah dengan musim hujan..mencicah memang sedap la
BalasPadamslrrpppp tengok pun dah telioq ni kalu buat tatau ler hehehe
BalasPadammemang buat terliur, kecor... bro boleh buat bisnis ni....heee
BalasPadamTu la pasal, Ramai pula yang mencari, bukan setakat mak orang, anak mak, sedara mak .. hoho .. lelaki pun sama.
PadamGlurpx3... tengok buah manggan pun dah meleleh air liur.. Haha..
BalasPadamSekarang buah mangga pun dah naik harga.. terpaksa buat jerik mix (campuran)
Ok laaa dah try jual kat Festival terengganu hari ni tak sampai separuh hari habis jeruk mangga mix kena sapu atas meja...
sedapnya!tengok buah mangga tu pun dah tergoda :)
BalasPadamsedap dimakan, boleh buat dengan adanya resepi ini. tengok pun sudah terliur
BalasPadammemang tengah mengidam benda ni sekarang ni!! T-T
BalasPadamNampak sedap sangat nihhh
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.